Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, February 25, 2010

My Saving Challenge

Sejak dah menginjak ke usia 3o ni kan saya telah mengamalkan perbelanjaan bijak (berjimat cermat) tadelaa lagi nak belanja bukan2 seperti sebelum ni. Semasa usia muda2 saya gemar sekali berbelanja utk benda2 berjenama (i stressed on brand you) walaupun tak berapa cantik dipakai tapi saya puas. Kalau makan pulak tak berkira langsung kalau boleh setiap hari nak makan sedap2 kiranya nak makan kat tempat yg glemer jek .. cam malu plak kalau diingat balik hikkkk.


Tapi kini saya punyai misi kalau boleh diizinkan Allah saya ingin punya aset dan simpanan utk jaminan masa tua tapi yg sendiri punya tau tak nak bergantung kat laki semata2. Saya pun skrg ni mementingkan pemakan sihat .. kan kesihatan yg baik tu lebih penting dari wang ringgit .. jadi selalu jugak saya bawak bekal, kalau masak sendiri dirumah terjamin kebersihannya dan makanan pun berkualiti contohnya skrg ni kalau nak beli sayur nak yg organic ajerrr pastu goreng pakai minyak yg berkualiti spt minyak zaitun, jagung dan soya dan terkini minyak sawit warna merah tu apa daaa nama Carotino kot ... ia kaya dgn vitamin E. Yang paling penting utk mencapai misi diatas kalau bawak bekal begini setiap bulan saya jimat dlm RM 300 tau (tu duit portion makan2 kat opis ) .. w/pun sekali sekala ada jugak berbelanja kat opis ni spt makan2 kat Sooka Sentral dgn umiameer n mak su serta kawan2 lain duhet belanja blnan aku masih ada balance hehheheeh sukaaaa.


image from popsugar.

Tapi ada yg salah sangka laaa dgn misi aku ni .. tetiba i rasa tak nak lagi laa saving gila2 cam ni sbb ada org sangka aku ada masalah kewangan plak. Tetiba plak rasa cam next mths nak mkn kat Tony Romas tetiap hari sampai gemuk. Pastu rasa nak shopping handbag yg mahal nak matik tu dan belik kasut penuh satu almari pastu nak beli make up setiap minggu dan belik baju lawa2 setiap kali keluar shopping dgn Deer. Tapi bila dipikirkan balik cam gila plak aku nak buat cam tu kan ke aku jugak yg kata mulut org tak boleh dibendung weiii tah pegi matiklaaa org nak kata apa yg penting aku ada saving ko adooooo?? ... Apa selekeh sangat ke haku skrg ni .. tak pe nnt aku nakjugak shopping baju keje baru. Kadang2 kalau kita tgk org yg mengata org cam tu sebenar nye kalau aku ckp cam keji plak tapi hakikatnye dorang lagi laaa selekeh dari aku tapi perasan nye lebih. Hehheeh matik laaa org marah nnt tapi nampak nya kita ni kalau terlampau diam kan org cakap tu plak tapi walau cemana sekallipun aku takkan laa brag around malu weeeh nampak bodoh je dan aku jugak tak penah kisah pun poket org lain yg penting aku jaga poket aku tak mau kasik nipis. Saya tak de masa nak jaga tepi kain org apatah lagi nak jaga tepi poket org tu .... :D


Okaylaaa Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Adam 6 mths old

Lama dah tak update, dari hari ke sehari duk tangguh kononnya nak tunggu letak gambar .. hmmm pastu sampai ke sudah gambar tak upload. Tapi kalau setiap entry nak letak gambar2 peribadi kang ada yg kata aku showing off plak kan. Hheheeh biasalaa cakap org tak boleh dihalang baik kita beringat2 kan diri sendiri.
Last week masa CNY break kitaorg ke rumah PIL pastu jalan2 kat Pavilion dgn PIL and BIL pun ikut skali. Keluar dgn dorang seronok jugak sbb setiap kali keluar2 cam ni dorang yg belanja kitaorg ni, bkn apa kalau kitaorg tolak kang mesti PIL tu terasa plak .. lagipun biasalaa parents kan mesti anggap anak dorang kecik lagi w/pun dah besar panjang dan berkeluarga dah pun. Kali pertama lah kiranya aku ni jejakkan kali di Pavilion ni setelah Adam lahir, sebelum ni tok sah dikiralaaa selalu gak aku g sana sbb nak makan kat fudcourt situ. Bestlaa g Pavilion ni sbb baby room dia mmg bersih dan wangi ... anak saya sangat selesa sepanjang proses mencuci poo poo dia tu.
Besok cuti lagi tapi tak tau plak la nak kemana lagi, lagipun besok hari Jumaat kalau nak keluar kena tunggu lepas solat Jumaat dulu. Tapi yg penting nya besok Adam dah 6 bulan .. heheheh syukur Alhamdulillah sepanjang tempoh itu Adam sihat walafiat w/pun sekali2 sakit sbb lembu punya hal tu je. Auntie i cakap elok buat pulut kuning bersempena sekali dgn Maulidur Rasul, InsyaAllah i nak buat kalau tade halangan .. saat2 cam ni kan best kalau my mom ada kat sini boleh suruh mama buat bkn nya my auntie tak boleh buat kan tapi rasa bersalah je nak suruh dia. Cepatnya besar anak ku ini tak puas rasanya nak main2 masa baby kecik2 dulu .. sekarang ni dia lasak nyeeeeeee tapi baguslah utk dia tu maknanya dia membesar dgn baik. Kalau kita dukung sekalipun dia boleh toleh satu badan tau sampai kita rasa nak jatuh je pegang dia, dah le berat .. lenguh btul tangan ni. Sekarang ni baru terfikir nak beli baby pouch laa ke baby bjorn tu .. hmmm mana elok ye.
Okay laa till next time
Daaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, February 12, 2010

Meticulous Attention to Detail

Ohh sebelum memulakan bicara baik aku bersyukur terlebih dahulu ... saya bersyukur sangat kerana selama ini saya ada pekerjaan tetap dan juga pekerjaan yang stabil .. Alhamdulillah :D Saya mengakui yg saya ni tadelaa keje bagus kebaboom pun, janji siap keje da .. tu je. Mungkin tak pandai ampu or kipas2 kot tu yg boss tade laa suka aku sangat.

Aku ni kan ada boss lebih dari 4 org pastu semuanya busy giler .. bagi keje kat aku tak yah citerlaa camana byk nye. Dah bagi keje semua nya urgent pastu agak2 laa lepas 5 minit tanya dah siap ke blm .. kalau blm siap buat muka sentap. Dlm byk2 boss aku ni adalaa sorang boss besar ni dia tak brapa suka aku sejak .. mm aku rasa lah sejak aku balik cuti bersalin hari tu kot dia kerap duk compare aku dgn sec ganti dulu. Ooops sebelum tu jgn ckp aku ni tak boleh terima bila kena marah .. tadelaa aku dah biasa daa kene2 marah ni dah jadik sebati pun dgn diri aku nii okay sambung balik citer ... Dah la dia tak suka pastu duk asik carik salah aku dgn duk cek setiap keje aku yg aku ni plak asik buat kesalahan berulang kat dia sorang jek. Ntahlaa naper dgn aku ni patutnya lebih berhati2 ni tak dah berhati2 dan teliti pun masih aku buat salah gak. Aku salah kira claim dia tu adala shot duhett dlm rm 100 dia dpt kesan yg tuh dan dia kira kesalahan kedua aku dlm membuat claim dia pastu dia tanya aku yg aku boleh ganti ke duit dia tu kalau nnt dpt tak ckp kat tgn dia. Hehehehe akupun dgn konfiden nya jawab la balik yg aku akan ganti dgn duit gaji aku ni. Jadi skrg ni aku takut nak buat keje utk dia lagi takut akan ada kesalahan lagi ... eeeii malu laaa cam bodoh je rasanya. Aku ni dah keje punyalaa lama tapi masih duk takuk ni gakkkkk ... sadis nyee

Aku pening ni tgh duk kira gaji akan dtg ni nak kena spare siap2 la nnt kot kedepan hari ada boss mana plak yg shot duit claim ni boleh aku ganti dgn duit spare aku ni. bilaa laa agaknya aku ni nak dpt keje yg berkenan dihati ni .. kalaulah boss lama aku dulu nak hire aku balik kat tempat keje baru dia kan bagusss. Hmmmmm

p/s: aku ni malu sket nak ckp org aku keje apa ... bkn nye apa ada org cop org yg keje seketari ni kuat berangan. Iye aku mmg berangan sorang2 nak jadik Nicole Richie.

Thursday, February 11, 2010

All about moo moo

Dari last weekend sampai la hari ni Adam tak begitu sihat, ni semua gara2 lembu lagi lah. Lagipun Adam dah sememangnya Lactose Intolerance sejak lahir lagi kan dah tu aku jugak yg tak berhati2 pilih makanan anak. Rasa bersalah ler .. i'm a bad mother. Sekarang ni i bagi dia minum Isomil soy formula, setakat ni okay je laa cuma kadang ada constipation sket.

I dah start bagi solid food kat Adam masa he turned 5 mths hari tu tapi my baddddd nyampah dgn diri sendiri .. i pegi beli nestum soya and rice hmm kononnya dah bagi SOYA and RICE tak tgk lah ingredient lain sbb kat tin tu dah terang2 tulis Soya kan, pastu main bagi je.



Selang beberapa hari lepas tu i bagi la dia Heinz yg bottled pureed tu yg apple dia suka sangat then i beli pelbagai flavours salah satunya i beli strawberry yogurt pastu kan dua2 yg Soya RIce and Heinz strawberry tu ada skimmed milk (susu lembu ler) . Sebabkan itu dlm 5 hari lepas dia makan semua tu tetiba satu hari masa balik ambik Adam kat rumah my auntie dia ckp Adam macam tak sihat je hari ni tak ceria cam biasa pastu bila balik rumah dlm 30 minit tu dia muntah banyak sangat (semua susu je keluar cam paip air) pastu poo2 kerap, tanpa berlengah terus g klinik ... bila dr ckp ada cek tak ingredient nestum and fruit pureed tu i baru perasan yg kitaorg tak cek pun kat tin nestum tu. Bila balik rumah tengok kat tin ada la tulis tapi kecik sangat pastu yg fruit pureed tu yg strawberry yogurt tu dah terang2 lah ada susu.

Hari minggu duk rumah je tukar pampers Adam berkali2 nasib baik lepas sehari mkn ubat Adam beransur sihat tapi tak pulih sepenuhnya lagi masih sikit2 lagi poo2 yg cair beberapa kali which is not normal for him yg selalunya constipation. Sekarang ni dia asyik merengek je kadang2 badan dia macam suam2 nak demam tapi tak demam. Harap2 2 or 3 hari lagi okayla tuh. Saya pun dah stop bagi makan solid lagi for temporary nnt dia betul2 pulih baru start bagi balik. Tapi dah cari baby cereal yg lain for him yg lactose free iaitu Heinz stage 1 cereal without milk, kalau nak bagi just gaul dgn air suam je or campur je dgn susu dia or lagi baik dgn susu ibu (tapi i dah tade susu ibu nak bagi kat Adam .. sedih lagik). Saya risau laa in future camana la kalau saya terlepas pandang lagi benda2 cam ni, must extra careful next time. Ooh besides that i heard that baby yg lactose intolerance tak boleh mkn kacang, chocolate, white sauce pasta, Ice cream dan byk lagi lah. Kesian Adam byk bende tak boleh mkn tapi harap nnt dia paham la hendaknya.
Masa ni dia dah okay sket dah tapi still muntah2 sikit2 je ... abis comot muka dia sbb masa tu dia tgh meniarap main2 dgn toy dia. Adam ni kuat tau tade pun nangis melalak ke apa cuma merengek2 sikit je tu pun agaknya perut dia tak sedap kot. Harapnya next week Adam pulih sepenuhnya ... boleh gi jalan2, Adam kan suka g jalan2.
Till next time
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s - furry frens saya tu si Ob tu tak nak masuk dlm rumah langsung dahhh merajuk apa tah, dulu kdg2 masuk gak ronda2 dlm rumah. Si molley ball plak byk gugur bulu laa asik tergaru2 je, abis dlm cage di tu penuh bulu. Nasib baik cage kat luar ..nnt nak mandikan dorang lah.



Friday, February 5, 2010

Cloudy week

Hari ni sangat lah malas nak dtg keje w/pun dah hari jumaat, sebabnya rasa macam tak cukup rehat je pastu letih plak. Kat rumah byk sangat keje tergendala kononnya tak menang tangan nak buat. Baju basuh banyak pastu lipatnya tidak, haihhh camana laaa ni. Hari minggu bantai tido... tu pun last week nasib baik jugak sempat gosok baju stok seminggu kalau tak tak taulaaa. Letih laa ckp pasal keje rumah ni, sampai malam pun tak abis mmm tapi tak pe laa buat pelan2 lama2 siap jugak.

Sepanjang minggu ni i bawak bekal .. sbb nya kan skrg ni Deer diet maka tetiap pagi kenala buatkan roti sandwich ke tak pun salad ke kadang2 kena prepare soup2 ke or pasta olio ke. Alang2 dah masak for him i pun ambiklaa peluang bawak bekal jugak, lagipun skrg ni i tgh control jugak makan2 ni sbb nye kan baby fat byk lagi kot. Next week dah janji2 dgn member nak puasa sama2 Isnin dan Khamis kalau boleh insyaAllah harapnya tade halangan.

About Adam pulak dia ni lately ni agak susah for me to put him to bed, everytime dia mengantuk dia guling2 or playing with something, tak pun dia merengek mintak dukung sambil2 gosok mata. Tapi i dah tak paksa dia tido dah, i biar je dia bergolek guling atas tilam tu pastu bagi dia main sampai dia tido sendiri. Kalau dalam kereta pulak dia suka tido tapi sebelum tu dia mesti nyanyi utk diri sendiri sampai terlena .. hehheh soo funny, takde sapa ajar pun cuma selalunya sblm tido i mmg kadang2 nyanyi nursery rhymes tu kat dia.

Tgh pikir ni nak buat apa lagi ni ... tade idea ni.

Last weekend i bawak dia jalan2 pegi Ampang Point dan Times Square. Memang kesilapan la bawak baby gi Times Square tu tak de apa pun kat situ, kalau nak beli baju ku mmg heaven la jugak tapi kena tinggal la baby kat mil next time kalau nak ke situ jugak. Times Square tak de kemudahan yg sesuai for baby spt changing room dan lif yg lambat dan alwayss full pastu pulak crowded yg tak sesuai jugak buat bayi ni. Ampang point pulak walaupun ramai nampak org bawak baby tapi bagi ku agak tak sesuai nak bawak stroller kat situ memandangkan aku park agak jauh maka bergilir2 dgn Deer dukung Adam .. ooh tujuan ke situ nak makan kat Taiwan House, beef noodles dia mmg meletopss sedap, kadang2 tetiap minggu dtg mkn sini ... tapi satu je kekurangannya ialah bila dah sampai rumah tekak ni rasa hauss sangat maybe sbb ajinomoto byk sangat kot.

Tak nak duduk dlm stroller pastu suruh org dukung je ..


See tak sabar nak balik dah sbb dia dah ngantuk

Nak siapkan satu entry ni pun mengambil masa setengah hari .. mana tak nye asik ada je gangguan kat sini (sebenarnya i update masa office hours .. teruk kan) hikss. Sekarang ni asyik hujan je petang2 pastu nak balik mesti jam giler, nak pulak hari Jumaat org berlumba2 nak balik. Okaylaa till next time Daaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, February 3, 2010

Corporate culture

Pagi2 dtg opis mesti cek email kan... pastu tgk yg mana patut nak buat apa baru start buat keje. Pagi tadi saya ada terima satu email motibasi dari umi ameer hehhhe mmg kelakar la, tu ler yg i berminat nak tepek kat sini. Tuan punya yg merekacipta poster tersebut tidaklaa saya tau sapa maka saya berharap jgnla disaman saya ni mencilok gambar org.

Kalau kita tgk gambar ni mungkin kita gelak or mungkin ada yg terasa ke tapi pada hakikatnya ianya adalah benar kat mana2 pun ada macam ni. Utk selamatkan periuk nasi kita demi mendapatkan sesuap nasi utk keluarga apa saja pun kita sanggup buat, bak kata pepatah baru di opis saya ni jgn dipasir2kan periuk nasi ku. heehheh maap yer jgn maraaaahhh. Tapi kawan saya selalu ckp truth is alwaysss hurts kan, begitulaaa

Okaylaaa takut nak ckp byk2 pasal isu2 di atas tu lagipun saya tak pandai ler nak ulas lebih2 kang kena samang matikkkk .... tak pun kena pecat ke .. alamaakkkk terlebih sudeyyy.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, January 26, 2010

5 months lil Adam

Today is my son 5th months birthday ... time past by so fast kan. Rasa macam baru semalam beranak kan dia. Hari ni juga saya bawak dia g klinik for 5th mths jab, harap nya dia tak demam dan memang selalunya tak pernah demam lagi setiap kali pegi jabs hehhe Alhamdulillah.


Gambar ni di ambil 2 minggu lalu

Tadi masa nak kena jab dia menggelupur marah sebab kita pegang kaki dia tak mau bagi gerak (kan nak jab kat peha dkt bontot dia tu) pastu kena baring kan dia tu .. apalagi terpekik laa dia marah pastu agaknya dia tak sedar dah kena cucuk jarum tu tetiba je cam tade apa2 je. Pastu masuk dlm keter dia nak lompat(alaa lompat sambil kita pegang dia style berdiri tu) tapi setiap kali dia lompat dia merengek sakit . ..hhahaha lawak laa Adam ni. Masa sampai kat rumah my aunty td pun dia ceria je tade laa macam dulu merengek selepas kena jab .. agaknya sekarang dah kuat kot heheheheh cam tu laa budak lelaki kan tak leh manja2 sgt. Dulu masa Adam umur sebulan kan dia kena hospitalised due to CMPA dlm seminggu pastu keluar hospital 2 hari dia sakit lagi batuk2 n wheezing. Sebab dulu dia dah batuk kuat sangat agaknya berbekas dlm ingatan bayi dia tu so hari ni kalau dia tengok kita batuk dia akan stop main pastu akan staring at us macam pelik then dia macam sedih pulak agaknya dia fobia dgn batuk .. hehehh Adam oh Adam dan terkini iaitu beberapa hari lalu dah pandai imitate org batuk pulak.


Atas ni gambar latest Adam ... taken 5 days ago. Satu malam tukar baju 2 hingga 3 pasang sbb asyik muak tak pun dia menyembur air liur sampai basah baju. Tengok binkie busuk dia tuh .. sayang tu.

Lately ni Adam selalu jugak kena macam rashes kat bontot dgn tepi bird dia tu, macam allergy dgn lampin pakai buang la. Maybe sebab hari tu i tukar la pakai pampers lain utk letak kat rumah my auntie sbb auntie i kata dia tukar pampers setiap sekali Adam kencing so tak payah laa beli yg biasa (biasanya i pakai Huggies dry) beli yg termurah dipasaran la konon. Sedar tak sedar baru seminggu je pakai pampers baru ... weekend tu i tgk kat situ macam melepuh2 kulit dia kesian pulak .. tak nak lagi dah pakai yg pampers tu baik i tukar balik kat Huggies tu. Selalunya saya guna hari2 kat rumah lampin Huggies dry & Mamypoko, macam Huggies tu pakai siang so bila malam or nak gi jalan2 baik guna Mamypoko sbb kalau terleka tak tukar tu pun tak pe. I tak sangka pulak yer ingatkan semua lampin pakai buang tu sama je. I ada jugak beli CD (cloth diaper) tapi tak guna lagi macam besar pulak pastu macam malas pun ada ... macam mana nak go green and save our mother earth ni :(.

okaylaa till next time ... Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tgh pikir ni camana nak go green ni.