Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Sunday, October 28, 2012

Dugaan kami

Sejak peristiwa kereta kami kena pecah timbul bermacam2 masalah pulak,  tapi tak pe laa kami terima dugaan ini dgn tenang dan redha.  Termasuk minggu ini dah 3 minggu kami menumpang rumah PIL, dan kami bernasib baik sbb parents husband duduk dekat2 je dgn rumah kami dan juga bersyukur sbb PIL jugala yg tolong kami menghadapi masalah ini dgn mencari penyelesaian utk kami.

Saya mulakan cerita pasal gangguan misteri dlm rumah sejak awal bulan lepas memula kena tu kami berdua spt menafikan segala benda yg terjadi hinggalah gangguan tu beralih ke arah anak saya Adam dan pada masa tu baru kami ambil serius.  Memula tu hampir setiap hari kami balik keje terasa megantuk spt tak boleh tahan2 mata dan rasa amat malas nak solat sbb keletihan dan asiklaa nak tido awal tanpa menghiraukan anak tambah lagi saya terasa lenguh2 dan sakit badan macamkan saya berlari merentas desa pada hari tu dan yang pelik nya tido awal pastu tetiap hari pukul 2 pagi tersedar tak boleh tido.  Bila bunyi2 pelik tu kami selalu kata jiran2 la kot yg bising tu dan satu hari tu saya tido awal dan ingatkan Deer  yg tengokkan Adam tapi kami sesama tido dan Adam kitaorg biarkan dia tgk TV channel disney Junior sorang2 MasyaAllah menyesal kalau di ingatkan kenapa kami cuai ... rasa nak nangis tau tak teruk sungguh kami as a parents.  Bila saya tersedar ternampak Adam duk main sorang2 kat tempat mainan dia tu ooh masa tu kami tido di hall rumah konon nak tgk TV pastu kalau tetido tak pe Adam tak turun bwh main tangga.  Adam main sorang2 macam bercakap dgn seseorg pastu menari2 terus saya panggil dia tido kat sebelah saya sambil peluk dan tak pikir apa2 pun, sejak itu Adam duk ckp kat kami dia nampak 'kakak ' dan 'kakak' ajar dia menari pusing2 pastu bila Deer nak basuh berak Adam ritu dia ckp kat Deer sambil senyum 'kakak' ada kat situ pastu Deer kata meremang bulu roma dia tapi Deer tak layan la.  Dan esoknya dah siang saya pun tanya la Adam pasal cerita 'kakak' tu terus Adam citer yg 'kakak' tu cantiklaa dan baik la lagi menakutkan laaa nak balik tido dan kami agak tentu kami mengantuk, letih, sakit badan dan tentu sekali tak mau solat adalah sebab itu kot dia sengajakan kami begitu sbb agaknya dia nak main dgn Adam .. Ya Allah sensungguhnya kami hambamu hanya takut pada MU Ya Allah.

Sejak kami menumpang di rumah PIL jiran kami duk sms Deer memalam bertanyakan kenapa kucing kami memalam bising.  kami mmg tinggalkan kucing dlm cage dirumah dan setiap hari kami ulang alik duk bersihkan cage dan bagi makan kucing.  Pastu bila kami bitau jiran masalah kami ni dan jiran pun mengakui dia pun sama jugak lately dan anak dia plak duk ckp sorang2 depan pintu rumah pastu tulaa kami nasihatkan dia jumpala mana ustaz utk pagarkan rumah dan berubat la apa2 patut. Harapnya jiran kami tu tadela plak dia yg terkena lepas ni sbb rumah kami dipagar takut plak benda tu bertenggek kat rumah dia plak.  Jiran inda sebelah lagi tu confirm la tade masalah kan sbb dia mmg okay je takkan la org india kena gangguan begini plak.

Alhamdulillah dgn bantuan PIL dorang bawa kami jumpa Ustaz Sabri dari Darul Syifa Rawang membantu kami memulihkan rumah itu.  Proses pemulihan rumah dibuat pada malam Raya iaitu hari Jumaat malam pada pukul 10pm, Ustaz memerlukan 500gram lada hitam dan 3kg garam kasar dan membaca surah2 Al-Quran sambil letak Ustaz letak campuran campuran garam lada hitam sekeliling rumah dan kami kena tinggalkan rumah bersama garam tu selama seminggu dan selepas ni kami di nasihatkan mengamalkan bacaan Yassin selama 40 hari berturut dan hendaklah selalu baca Yassin.  Kitaorg  amat berharap la lepas ni rumah kami pulih seperti biasa dan selamat di duduki.  Walaupun gangguan ni nampak macam tak logik bagi sesetengah org tapi saya percaya hanya org yg pernah mengalami nya sahaja yg percaya dgn benda ini. 

Tapi dengan dugaan seperti ni menyedarkan kami agar lebih beringat kepada Allah dan sentiasa la membaca surah Yassin walau sesibuk mana pun kami dan Ustaz juga pernah mengingatkan kami rumah yg diserikan dgn surah Yassin mmg dijauhi dari benda2 jahat.  InsyaAllah lepas ni walau sesibuk mana pun kami akan ingat utk membaca surah  Yassin dan Al Quran .

Salam Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha, saya beraya di rumah PIL kat Kepong.  Raya kami seperti biasa je tadela bersiap meriah seperti aidilfitri ala biasa2 je la dan kat rumah PIL adalah adik beradik mil datang beraya dan kami pun adalah pegi beraya rumah makcik saya ka Keramat & Kemuning itu je dan mak cik saya tu adalah buat makan2 sempena aidladha.

Lama saya tak buat entry sbb sibuk dan tah laa lately nih sejak peristiwa  kereta kena pecah tu memacam masalah pulak muncul. Tak pe laa nnt next entry i citer la ... dan sehingga itu Selamat Hari Raya Aidiladha.

daaaaaaaaaaaa

Tuesday, October 16, 2012

Semalam

Semalam, waktu balik keje kami singgah pasar malam sbb nak beli biskut kegemaran Adam maka kami park kat tempat yg konon berhampiran dgn pasar malam.  Bila nak balik tu tiba di kereta kami tak sangka kereta kami kena pecah dan kami tengok memula skali bagpack Adam tade.

i terus terdiam maka terpikir segala harta kesayangan anak ku ilang, bila Deer cek kat bonet belakang org tak guna tu ambik 1 bag Adam, 1 diaper bag, 1 bag kursus yg mengandung sijil peserta serta borang penilaian dan cenderahati peserta dan 2 tie kepunyaan Deer.  Kat bonet tu ada semua barang tu kecuali bag Adam je duk kat seat belakang, dan kat bonet juga ada 2 pasang kasut Deer 3 pasang kasut i serta 1 lagi bag baju i tapi yg tu dia tak ambik. Benda paling mahal org dpt last nite hanyalah Sony PSP Adam semata segala benda lain tade nilai, tapi kami berharap dia buang bag toys tu so kami dpt kutip balik toys kesayangan Adam maka kami pusing2 sekitar tu tak jumpa jugak.  Dalam bag Adam mengandungi 1 Sony PSP berserta charger, toys kesayangan (barbara, OSh, Meow, dll) Batman & Ultraman original figurine yg dia kumpul selama nih semua hilang begitu saja. 

 'Barbara' nih kesayangan Adam sejak kecik lagi dan agak susah nak bagitau Adam yg Barbara dah tade walaupun dia tau tapi tetap dia tanya berkali2.  If any of u yg baca ni ada terjumpa appreciate sangat if you could tell me mana tempat yg i boleh beli yg lain.

2 benda kat atas tu paling kesayangan dan mmg selama nih tido kena bertemankan sinchan & barbara tapi alhamdulillah walaupun dia nangis2 mintak tapi dia paham dah kena curi org.  Deer punya barang kursus yg hilang tu dah jadik satu keje plak kena pegi opis buat balik benda sama again, dah le weekend hari tu sebahagian barang kursus tu kena air sbb rumah pil bocor akibat org renovate sebelah rumah aishsh memacam dugaan laa.
No more PSP ye Adam, tak pe ada baik nya benda nih hilang kalau tak Adam asik nak games je.  InsyaAllah ada rezeki memi beli lain ye.  Yang penting kita semua selamat tade apa2 kecederaan pun dan barang yg kita hilang tu boleh kita cari ganti.  Takpe laa kita redha dan kalau la ini dugaan utk kita tadelaa berat mana compare dgn org lain yg lagi teruk kerugian dari kita .. apapun Alhamdulillah mungkin Allah nak bagi rezeki lain buat kita insyaAllah.

Monday, October 15, 2012

My Nenek

Minggu lepas nenek saya yang saya panggil Mok kena tahan ward sbb dia dehydrate dan jugak sakit sendi.  Kami mulanya risau laa tapi setelah beberapa hari dihospital mok semakin pulih dan sekarang ni Alhamdulillah dah pun pulang ke rumah. 

Mok dihospitalized selama seminggu di Hospital Kuala Lumpur dan yg menunggu mok masa tu gilir2 la mak cik2 saya termasuk laa mak cik saya yg itewwww yg saya palang itu.  Mama saya mengelupur dikampung memikirkan nak datang ke tidak tapi setelah dibincang2 bersama kakak nya iaitu Cik Nun mengatakan tak perlulaa mama saya datang sbb mok tadela serius sangat cuma keletihan je. Mama saya takut nak dtg kang dia jadik mangsa keadaan lagik memandang dia laa yg sentiasa kena bila mana adik dia tu nak tutup kesalahan diri sendiri maka dia highlight mama saya utk kaver dia .. ok udah2 laa topik ini sakit tangkal jantung nak kupas isu ini.



 L to R - Cik Nun, Mok, Mia & Adam.  Adik Mia Daniel tak dpt ambik gambar sbb dia menyusu kalau tak kami susun kat tilam mok tu. 
Kelihatan disitu Adam bersama2 mamatok nah duk tunggu 'nenek' ... Kami sempat melawat mok hari sabtu je sbb hari2 lain keje dan tak sempat nak singgah kan visiting hour sampai kul 7pm, walaupun opisku sekangkang kera je dari GH tu nak dpt parking spot situ hazab maunye pkl 7pm baru dpt parking.  Dan esoknye tu Ahad mok dah keluar pun, sekali visit pun jadik laa sbb kami pegi dari tgh hari sampai petang baru balik haah puas ati duk situ setengah hari dan nasib baik Deer tak kisah pun walaupun Deer ada skali dia okay je lepak situ lelama.  Ward Mok kali ni sempit la, dulu mok duk bilik sharing 4 org lagi luas ini sharing 2 org mmg beratur laa nak masuk situ dan kebetulan cousin i pun dtg skali bawak anak n isteri dia mmg sempit terpaksa ko keluar aku masuk pastu gitulaaa seterusnya lalu org sebelah annoyed sbb bising laa visitor mok nih but hehehh wat to kan.

Sekarang mok berada di rumah Cik Nun tgh bermasam muka dgn pembantunya menurut cerita Cik Nah, heehhee tah laa apa la yg tak kena dgn pembantu baru tu. Begitulaa perangai mok saya kadang2 dia attention seeker mungkin dia rindukan anak2 dia berkumpul depan dia.  Apapun Alhamdulillah mok dah kembali pulih dan sihat cergas semoga mok terus sihat begitu.


till next time
daaaaaaa

Congratulation Nor .. :D

Congratulation to my fren Nor yg selamat melahirkan baby girl seberat 3.75kg at Pusat perubatan Naluri Wangsa Maju.  Nor ni my officemate baru kat kampeni Telco i keje skrg, my fren ni ambik cuti awal sbb dia tak larat dah nak dtg ofis dan dia beranak di minggu 40 rasanya.  Baby ni lahir thru C-sect atas sebab2 tertentu, her 1st baby also Csect.

Bilik Nor kat hospital ni adalah same room masa i bersalinkan Adam dulu .. hehehehe  masih sama dlm bilik tu. 

Baby girl ni anak kedua Nor dan diberi nama Wan Nurnajla Hanania .. cantik nama tu.  Baby agak besar jugak sbb masa saya dukung tu lenguh tangan ini, masa tu baby nangis i terketar2 angkat sbb Nor tak boleh angkat lagi dia masih tak boleh dukung baby so i ni terpaksa la cuba dan berjaya dukung baby yayyyyy.  Gerun jugak nak angkat pada mulanya sbb macam tak yakin, iyelaa dah lama tade baby kecik jadik takut plak nak pegang sbb nampak cam so fragile must handle with care.

Bila i tengok gambar i dgn Nor mmg i nampak lagi comot dan pucat dari Nor ... mmg dia berseri walaupun baru semalam bersalin ooh masa i dulu tade gambar selepas bersalin cantik begini mmg tak sanggup nak up sini mmg hazab la dgn rambut nye dan muka sememeh tapi org lain alahai mentennye. Sekarang ni kat ofis boring lor tade Nor kalau tak lunch sesama dia boleh share2 story mory  .. To Nor cepat2 sembuh dan kembali langsing bertenaga selepas ni ye.


till next time
daaaa

Friday, September 28, 2012

Adam Demam

Salam Jumaat, hari keje tade mood le dah tu tetiba dpt call dari Cik Nah kata Adam berak2 n muntah2.  Adam jarang sakit2 dan demam sebelum nih dan Alhamdulillah syukur jarang sakit tapi budak2 biasalaa kan akan ada laa sekali sekala demam nih cuma saya nih cuak sbb setiap kali demam je mesti tinggi 39 to 40 tempt dia. 

Sebab dah jarang demam maka bila dia demam saya panik takut serta tak reti nak buat apa padahal dia dah peluh okay dah tapi selagi dia tak mau makan dan bangun berlari spt biasa tu risau.  Kalau la boleh dipindah penyakit ini pada ku Ya Allah bagi pada ku menanggungnya.

Kesian baby memi ..  And kalau tak reda jugak petang nih kita go hospital je terus sbb Adam tak mau minum makan ubat.


till next time
daaaa

Thursday, September 27, 2012

Itu Ini

Hi, i'm back .. last week bz laa tak sempat nak tulis byk entry hidupku terkejar2 sbb Deer tak de kat rumah dia o/station.  Rasa syok duk umah cik nah sbb dekatnyee from office saya hehehhe rasa tak sempat nak kematu bontot pun ehhh dah sampai ke parking lot.  Walaupun dekat saya menten kuar umah kul 6.45am sbb takut jam dan takut parking penuh .. saya takut nak parking tempat sempit eeeii seram takut langgar keter org sebelah.

Utk itu saya saya sertakan gambar dibawah sepanjang minggu lepas dan jugak weekend minggu lepas ..  Hari Sabtu saya pegi melawat mok, hari Ahad pegi kenduri pastu gambar makanan yg saya masak kat rumah silalaa tengok.
Melawat mok saya yg baru2 ni katanya tak sihat, biasala mok dah 83thn alhamdulillah sihat tapi ritu dia demam dan buat kami semua risau.  Rupanya mok rindu anak cucu dia so bila kami dtg dia gembira terus boleh bangun dah. Tapi mok dah tak berapa kuat nak berjalan dah,  walau camana pun saya gembira sekurang2 nya mok masih sihat dan tak nyanyuk. Mok sekarang dibawah jagaan Cik Nun (kakak mama saya) actually dah lama Cik nun jaga mok dah brapa tahun dah.
 Adam panggil mok 'nenek' patutnya panggil moyang tapi dah semua cicit mok panggil dia 'nenek' so kita folo je la.  Cik Nah tido rumah Cik Nun malam tu teman Mok dan esoknya pembantu baru Mok dah sampai so skrg Alhamdulillah skali lagi kita bersyukur dah ada org teman mok tido malam2 tak de la mok tido sorang kalau tak Cik Nun letak baby monitor sebelah mok so that dia dengar mok batuk ke nak bangun ke tapi tetap risau jugak kan sbb duk sorang2 dlm bilik. Untuk gembirakan mok kami dtg setiap minggu laa insyaAllah mulai skrg supaya mok tadelaa kesunyian.
Adam tengah hiburkan mok dgn music .. siap nyanyi dan menari lagik tapi nak record dia taulaa terus di berenti kalau nampak kita hulur camera lama2. 
Sebenarnya saya bertudung utk ke kenduri anak jiran selang sebijik rumah, kenduri dibuat di masjid berdekatan taman perumahan kami jadi adalah elok jika saya bertudung penuh walaupun saya blum lagi sepenuh masa bertudung tapi jika mengenakan tudung saya tak suka selempang kan selendang kat bahu or letak je atas kepala rasa tak sempurna gitu.
Hidangan Adam, Salmon pan grill dgn sayuran  ... tapi Adam makan macam main2 je tetaplaa kena pujuk jugak ooh sebenarnya kami berdua pun makan ini juga sbb dah alang2 masak utk Adam malas pulak nak pikir masak apa utk Deer yg tak mau mkn nasik tu.


till next time
daaaaa