Sejak peristiwa kereta kami kena pecah timbul bermacam2 masalah pulak, tapi tak pe laa kami terima dugaan ini dgn tenang dan redha. Termasuk minggu ini dah 3 minggu kami menumpang rumah PIL, dan kami bernasib baik sbb parents husband duduk dekat2 je dgn rumah kami dan juga bersyukur sbb PIL jugala yg tolong kami menghadapi masalah ini dgn mencari penyelesaian utk kami.
Saya mulakan cerita pasal gangguan misteri dlm rumah sejak awal bulan lepas memula kena tu kami berdua spt menafikan segala benda yg terjadi hinggalah gangguan tu beralih ke arah anak saya Adam dan pada masa tu baru kami ambil serius. Memula tu hampir setiap hari kami balik keje terasa megantuk spt tak boleh tahan2 mata dan rasa amat malas nak solat sbb keletihan dan asiklaa nak tido awal tanpa menghiraukan anak tambah lagi saya terasa lenguh2 dan sakit badan macamkan saya berlari merentas desa pada hari tu dan yang pelik nya tido awal pastu tetiap hari pukul 2 pagi tersedar tak boleh tido. Bila bunyi2 pelik tu kami selalu kata jiran2 la kot yg bising tu dan satu hari tu saya tido awal dan ingatkan Deer yg tengokkan Adam tapi kami sesama tido dan Adam kitaorg biarkan dia tgk TV channel disney Junior sorang2 MasyaAllah menyesal kalau di ingatkan kenapa kami cuai ... rasa nak nangis tau tak teruk sungguh kami as a parents. Bila saya tersedar ternampak Adam duk main sorang2 kat tempat mainan dia tu ooh masa tu kami tido di hall rumah konon nak tgk TV pastu kalau tetido tak pe Adam tak turun bwh main tangga. Adam main sorang2 macam bercakap dgn seseorg pastu menari2 terus saya panggil dia tido kat sebelah saya sambil peluk dan tak pikir apa2 pun, sejak itu Adam duk ckp kat kami dia nampak 'kakak ' dan 'kakak' ajar dia menari pusing2 pastu bila Deer nak basuh berak Adam ritu dia ckp kat Deer sambil senyum 'kakak' ada kat situ pastu Deer kata meremang bulu roma dia tapi Deer tak layan la. Dan esoknya dah siang saya pun tanya la Adam pasal cerita 'kakak' tu terus Adam citer yg 'kakak' tu cantiklaa dan baik la lagi menakutkan laaa nak balik tido dan kami agak tentu kami mengantuk, letih, sakit badan dan tentu sekali tak mau solat adalah sebab itu kot dia sengajakan kami begitu sbb agaknya dia nak main dgn Adam .. Ya Allah sensungguhnya kami hambamu hanya takut pada MU Ya Allah.
Sejak kami menumpang di rumah PIL jiran kami duk sms Deer memalam bertanyakan kenapa kucing kami memalam bising. kami mmg tinggalkan kucing dlm cage dirumah dan setiap hari kami ulang alik duk bersihkan cage dan bagi makan kucing. Pastu bila kami bitau jiran masalah kami ni dan jiran pun mengakui dia pun sama jugak lately dan anak dia plak duk ckp sorang2 depan pintu rumah pastu tulaa kami nasihatkan dia jumpala mana ustaz utk pagarkan rumah dan berubat la apa2 patut. Harapnya jiran kami tu tadela plak dia yg terkena lepas ni sbb rumah kami dipagar takut plak benda tu bertenggek kat rumah dia plak. Jiran inda sebelah lagi tu confirm la tade masalah kan sbb dia mmg okay je takkan la org india kena gangguan begini plak.
Sejak kami menumpang di rumah PIL jiran kami duk sms Deer memalam bertanyakan kenapa kucing kami memalam bising. kami mmg tinggalkan kucing dlm cage dirumah dan setiap hari kami ulang alik duk bersihkan cage dan bagi makan kucing. Pastu bila kami bitau jiran masalah kami ni dan jiran pun mengakui dia pun sama jugak lately dan anak dia plak duk ckp sorang2 depan pintu rumah pastu tulaa kami nasihatkan dia jumpala mana ustaz utk pagarkan rumah dan berubat la apa2 patut. Harapnya jiran kami tu tadela plak dia yg terkena lepas ni sbb rumah kami dipagar takut plak benda tu bertenggek kat rumah dia plak. Jiran inda sebelah lagi tu confirm la tade masalah kan sbb dia mmg okay je takkan la org india kena gangguan begini plak.
Alhamdulillah dgn bantuan PIL dorang bawa kami jumpa Ustaz Sabri dari Darul Syifa Rawang membantu kami memulihkan rumah itu. Proses pemulihan rumah dibuat pada malam Raya iaitu hari Jumaat malam pada pukul 10pm, Ustaz memerlukan 500gram lada hitam dan 3kg garam kasar dan membaca surah2 Al-Quran sambil letak Ustaz letak campuran campuran garam lada hitam sekeliling rumah dan kami kena tinggalkan rumah bersama garam tu selama seminggu dan selepas ni kami di nasihatkan mengamalkan bacaan Yassin selama 40 hari berturut dan hendaklah selalu baca Yassin. Kitaorg amat berharap la lepas ni rumah kami pulih seperti biasa dan selamat di duduki. Walaupun gangguan ni nampak macam tak logik bagi sesetengah org tapi saya percaya hanya org yg pernah mengalami nya sahaja yg percaya dgn benda ini.
Tapi dengan dugaan seperti ni menyedarkan kami agar lebih beringat kepada Allah dan sentiasa la membaca surah Yassin walau sesibuk mana pun kami dan Ustaz juga pernah mengingatkan kami rumah yg diserikan dgn surah Yassin mmg dijauhi dari benda2 jahat. InsyaAllah lepas ni walau sesibuk mana pun kami akan ingat utk membaca surah Yassin dan Al Quran .



1 comments:
ya allahh.. macam2 dugaan.. mmg dari dulu dah ada, kan.. tapi tak terus sgt sampai main dgn adam gitu yek..
mmg kena ingat makhluk allah ni berbagai, and syaitan & jin tu tujuannya satu je.. menyesatkan manusia.
yelah ain.. bykkan baca quran and yassin sebab itulah pendinding kita, kan.. (mengajar diri sendiri sebenarnya niii..)
nanti update la on how it has been lepas ustaz dah pulihkan rumah tu yek?
Post a Comment