Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, November 16, 2012

Bukan lagi rumahku

Lama kan tade entry, tahlaa malas nak tulis malas nak pikir letih lagi satu sedih membelenggu diri nih haa. Pasal rumah ku ini laa, i share sini harap tadelaa sapa2 yg tetiba nak mempertikaikan kejadian ini masalah nye ini blog aku kan suka ati laa.

Nak sambung cerita hari tu selepas Ustaz datang tabur garam bersama lada hitam pada malam raya Aidiladha rumah kami tinggalkan selama seminggu tapi ulang alik kan bagi mkn kucing kat porch depan rumah.  Kucing duk dlm cage la dan kat bahagian porch pun ustaz tu tabur jugak garam lada hitam dan esoknya kami balik sampai takat porch tu jela dan kami tengok garam ada yg dah cair tapi kami tak buat apa pun biar kan jela.  Jenguk jugak kat pinggir pintu depan tu nampak ada garam yg dah cair ada yg tak.  Seminggu kemudian tu kami bukak la pintu nak bersihkan rumah, masa tu i happy sangat dgn harapan rumah dah pulih dan kami dah boleh balik masa tu i mop satu rumah berkali2 bilas tetap la belengas.  Kami kutip alik garam yg tak cair bersama lada itam tu sbb ustaz kata tanam depan rumah dekat area tong sampah.  Deer kemas bahagian atas dan i kemas kat bahagian bawah, adik ipar i iaitu adik Deer ikut skali dan dia baca yassin semasa kami mengemas tu tetiba Deer panggil suh naik atas. Tengok je la gambar kat bawah tu



Gambar pertama tu kat dlm bilik master iaitu bilik kami ada kesan cakar kat sofa, gambar kedua kat tangga ada kesan tapak kaki haiwan dan gambar ketiga ada kesan tapak kaki haiwan jugak.  Selama ni sebelum berubat ada jugak kami tinggal kan rumah lelama tade plak timbul kesan tapak kaki haiwan ... pastu plak ada sorang adik mama i ni  (ala yg i citer maki kat mama i ritu) kata musang la masuk dlm rumah la siap gelak2 laa konon i berangan tak lojik okay sbb rumah i bkn jenis setinggan yg ada lubang tu macam rumah dia duduk tu ... kita yg mengalami nya so kitaorg tau laa. Kalau di telek tapak kaki apa pun i tak pasti tapi bukan tapak kaki kucing dan masakan tikus sebesar itu lak tapak kaki nye.  Kalau lubang plak celah mana yg berlubang besar kat dlm rumah tu sbb kami dah teliti bebetul tade langsung ciri2 diceroboh haiwan.  Tapak kaki tu plak mengiring dan ada byk lagi yg muncul selepas tu tapi kami tak ambik gambar dan baru minggu lepas muncul satu tapak tangan budak dlm lingkungan umur 5 thn yg pasti bkn tapak tangan Adam sbb Adam tak langsung kami bawak ke situ dan melepasi kawasan tu sekalipun.  Adam masa memula duk rumah MIL ritu mengamuk2 nak balik rumah seram tgk dia ngamuk gitu dah tu i balik ambik kotak mainan dia tapi tetap jgk ngamuk tapi lelama sket dah kami bagi dia air yassin, mandi air ustaz Alhamdulillah semakin lupa dah nak balik rumah.

Pastu garam yg kami kutip tu tak tanam immediately tapi letak kat penjuru rumah dan esoknya balik keje kami pun gali la lubang kat depan rumah tu, punya la keras tanah tu nak gali dan yg menggali nye i ler sbb Deer tah laa tak menyakinkan dia buat dan Deer cuma kuis2 tanah tu bagi clear lubang tu pastu kami pun tanam la.  Lepas tanam garam tadi tetiba tangan Deer berdarah macam kena duri pokok masakan kena apa2 sbb dia tak buat apa pun eiii  ngerilaaa.  Balik rumah kami mandi dgn air ustaz tu bagi sambil baca yassiin la malam tu.  Plan nak baca Yassin kat rumah tu tak ckp pun 40 hari sbb kami dah fed upp dgn rumah tu baik kami pindah laa tak ada hati duk situ.  So setakat ni dan sampai tahun depan kami plan menumpang la rumah PIL sampai laa kami jumpa rumah baru.

Nasib baik rumah ni kami sewa, ustaz kata benda tu dah lama kat bahagian atas rumah cuma dia mengamuk sbb ada pendatang baru yg ikut i balik kalau tak benda tu duk ada kat atas tu pun kami tak perasan sbb dia tak penah kacau sikit pun kecuali dia hanya mendekati anak kami Adam tu je.  Alhamdulillah nak jadik sbb Allah nak tunjuk dgn  pendatang baru tulaa kami realize anak kami ada kawan mistik kalau tak tak tau laa sampai bila dia nak berkawan dgn Adam.  Padahal selama nih dah berkali2 Adam bagi tau i ada 'kakak' kata atas la, kat tangga la dan kakak main dgn dia laa tapi semua tu i mmg tak perasan hinggala sekarang.

Adam pulak bila i tanya dia kakak tu sapa dia jwb 'kawan Adam', 'kakak cantik, baik dan kakak main awan2 (lawan2) main kejar2" bila ingat balik mmg obvious okay gaya Adam bermain tu bersama seseorg tapi tah kenapa selama ni kepala kami macam block duk pikir 'alaa budak2 biasalaa ada kawan imaginasi'.

Entry saya ni bkn nak menakutkan or mengaibkan sesapa cuma itulaa pengalaman kami dgn dunia mistik ni dan mmg tak de niat lain dan mmg i masih terkejut benda nih benar2 jadik kat kami. Kalau nak percaya pun percaya la kalau tak percaya sudah .. sbb benda sebegini kalau tak menimpa kami mmg kami tak percaya dan benda sebegini hanya dipercayai oleh org yg sudah mengalaminya.

till next entry
daaaaa

1 comments:

suriani said...

kita semua kena percaya makhluk allah ni ada berbagai jenis, ye tak?

kesian ain and family.. sabar la ye.. tentu ada hikmah sesemua ni terjadi..