Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, March 25, 2013

Adam yg demam

Last week Adam demam, nothing serious cuma viral fever je tapi sbb kami risau sblm tu Adam kerap muntah, tak mau makan minum pastu dia ckp sakit kat bahagian kepala yg jatuh hari tu.  Hari khamis malam kami bawak Adam ke hospital la sbb makan apa pun muntah walaupun air kosong dan mata dia kuyu layu tapi menten buat aksi ultraman versi kurang power la.

Admitted hari Khamis malam, Adam asik bangun je malam tu sbb tak selesa kot nurse duk dtg cek dia mestila dia rimas. Sebelum ni Adam tak pernah kena tahan ward dia tak biasa tido hospital.  Malam pertama bilik yg ada cuma wad 2 katil, pastu katil Adam baby cot adoii laa lenguh tangan ini duk pegang Adam yg takut nak memi peluk .. boleh bayangkan tak cemana i tido lagi bawah dari katil cot Adam tu yg kejap2 dia bangun panggil memi.

Hari pertama, tengok la katil kecik kat sebelah tu dan tempat i duduk suap Adam situ la i tido.  Gambar bawah tu lepas off drip kejap sbb nak mandi, Adam mintak pegi taman .. boleh je dia main panjat2 situ sihat la kejap pastu lepas mandi tengok TV.


Memi suap nasi goreng, kena kasik ugutan kalau tak makan dr dtg cucuk Adam terus abis separuh nasi tu .. nasib baik dah tak muntah langsung.



Tengah hari sket dia demam balik, tido jela bila tak sihat tapi sihat sket je boleh nampak jelas dia terlompat2 terus.  Masa tu dah tukar katil dan legalaa kalau tak sakit tangan sbb kena pegang tangan dia tu. Dr datang check dua kali sehari dan masa dr cek tu dia sahkan tade kaitan dgn peristiwa jatuh hari tu cuma viral fever sahaja .. alhamdulillah.  Bagus dr tu, kami ke hospital ni sbb nak dr kishore tu la dari Adam kecik lagi dia okay pun dgn dr ini jugak laa.


Malam tu tukar lagi, tukar bilik plak dan kali nih tukar bilik single masa memula nak tukar tu dah malas dah sbb tak larat nak tukar itu ini tapi sbb ada org nak masuk dan anak dia dua org skaligus admitted so dia perlukan bilik 2 katil jadi kami beralah laa.  Lega jugak dpt tukar bilik sbb Adam bising, kalau tidak kesian org katil sebelah.
  
                             
Dah bertambah sihat .. see dah  nampak ceria pun.
Breakfast yg Adam tak mau mkn, ubat pun dah susah nak makan sbb dah bertambah sihat dan bertambah la ego nak melawan walaupun nurse tu yg bagi dia tetap degil tak mau jugak. 

Hari Sabtu Adam dah fully recovered dah, dia mintak lolypop  ... gigih mkn gula2 hinggakan di abaikan lunch dia tu.  Sikit pun dia tak teringin nak mkn, mmg dia ada masalah pemakanan yg gula2 tu papa dia la yg bagi patutnya jgn tunjuk langsung kat Adam tapi tula papa mmg senang kena paw dgn Adam.  Pagi dr dtg lagi dia nak tunggu sampai petang sikit kalau okay baru boleh balik dan petang tu jugak kami pulang ... lega balik rumah dan alhamdulillah tade apa2 nasib baik dlm apa2 hal pun kami bertindak cepat sbb dr kata after 1 week pun kesan jatuh hari tu mungkin ada tapi tulaa kepala Adam mmg tade apa2 kesan dari jatuh hari tu.  2 malam kat hospital mmg kami lemau asal dr dtg cek Adam je me n deer lemau sbb kami tertido.

Till next time
daaaa

Tuesday, March 19, 2013

Berangan je

hi ...ehehe entry kali kedua rini, eh terlebih rajin dan jugak ambik kesempatan la sementara ada idea n ada masa serta mood nak bercerita nih.  Gigih kan buat entry kat umah lagik, almaklumlaa i skrg kurang bz kat rumah sbb anak pun dah besar tade nak merengek or nak menetek serta nak mintak nak dukung2 serta nak kendong2 ... eheheh rasa best plak.

Ooh sebenarnya nak citer pada bulan lepas yg i tak period tapi tak tak pregnant, memula tu i feeling pregnant laa sbb lama okay tak period pastu sakit gila belakang n bloated sbb tersumbat tapi dah cek tade nye, tapi period ku dtg jua akhirnya dan kelegaaan gila segala sakit pinggang bloated tu ilang.  memang tak penah tau i tak period lama macam nih of coz i ingat i pregnant dan kiranya pada minggu i period tu kalau i pregnant dah 8 weeks tapi seb baik gak tade sbb mmg tak bersedia lagi tapi kalau ada tu terima jegh. Tapi tup2 pagi esok tu kami dpt perkhabaran gembira dari aku yg feelin pregnant tetiba sil i yg betul2 pregnant ahaaahaahhaha lawak pun ada gak mmg kuat berangan sunggu i nih,tapi okaylaa nanti ada jugak baby baru dlm family ... leh tumpang dukung2 main2 dgn baby so Adam nnt dpt sepupu baru.  Sil i tau dia pregnant di minggu ke 3 mmg cepat dia dpt detect ye lagipun anak pertama biasalaa kita mmg lagi alert n excited dan lagi gembira tentulaa pil saya bakal dpt cucu pertama dari anak perempuan tunggal mereka tentu kegembiraan nya lagi lebih ye tak.  Tapi tulaa i kesian tengok sil walaupun baru kandungan cecah minggu ke4 dia dah rasa keletihan dan pening2 cuma dia tadela muntah2 lagi, . Sil i cerita hari tu kawan2 dia pun dah boleh teka dia pregnant anak lelaki dari raut muka dia yg tak berseri walaupun dia make up so i jangka mmg dia teringin anak lelaki kot moga2 dia dpt spt dia yg nak dan kalau dpt anak lelaki ke perempuan ke kita mengharapkan baby tu sihat.

Oleh sebab nanti ada pertambahan ahli keluarga pil, me n Deer lagi ligat laa nak speed cari rumah nih tu yg saban minggu duk cari rumah tu, kalau boleh nak pindah la sebelum sil i bersalin nnt takut nnt parent in law sil nak dtg sini nak duk mana dah la umah pil nih dah fully occupied semua bilik .. masa tu i terpikir jugak ada hikmah jugak laa aku tak jadik pregnant kalau tidak lagi tersumbat laa rumah nih dgn bilik kami yg tak berapa besar nak sumbat 2 org anak tido dlm bilik tu .. oooh kesian aku dgn diri sendiri. Tapi tu laa tak tau la lagi rumah mana kami bakal beli sbb baru duk cari2 dulu tgk2 dulu cemana takkan laa main hentam je kalau laki ku itu sekaya laki Marion R counter lain laaa maunye aku pilih rumah spt pilih underwear je. 
Tu gambar Adam sebelum jatuh longkang kat luar .. happy je kat dlm nih, dia pun berangan cam memi gak.


Gambar kat atas tu merupakan antara rumah contoh yg pegi tengok weekend ritu, masa kat show hse gallery nih laa Adam terjatuh dlm longkang dan masa tu tak abis duk bincang lagi dgn agent.  I berkenan rumah nih sbb spacious, location pun tak jauh dari KL alaa area selayang templer park tu je dan rumah nih inclusive kitchen cabinet kat atas tu serta kitchen hob, dapur memasak tu, aircond 4 units, kipas 4 units, built in wardrobes for 3 bilik dll byk lagi nak explain sini kang i pulak jadik agent hartanah. Dan kurang berkenan nye sbb macam suwey plak sbb Adam terjatuh kat lokasi situ. Lagi satu harga rumah tu mahal gak tapi loan i cek dgn bank pakai nama sorang lepas je apatah lagi kalau combine eheeh berangan, kalau i nak tak kira makan pasir pun aku sanggup asal ada rumah sendiri, poket kosong tak pe hari minggu kita jgn keluar. Tapi tu la keputusan kena buat betul2 jadik kita cari lagi dan buat perbandingan dan dari itu tah bilaa laa aku dpt rumah idaman kalau cam nih .. tah laa kita tunggu dan lihat jelaa sampai bila aku nak mencari, doakan kami dpt rumah ye. ... kalau tak dpt gak korang anggap la daku nih kuat berangan.

till next time
daaa

Peristiwa jatuh longkang

Lama tade update, citer byk nak share sini cuma cam biasa laa asik malas nak buat entry kalau ada gangguan spt gangguan keje aah bkn gangguan iblis, itu gangguan iblis masa keje kat opis lama dulu skrg dah tenang dlm dunia pekerjaan walaupun bz tetap i menten buat keje sambil senyum.

Nih nak citer minggu lepas berlaku kecuaian makbapak dlm menjaga anak, nak salahkan diri sendiri pun mmg salah laa tapi benda nak jadik kan tetaplaa terjadi jua.  Sejak dua menjak nih kami sibuk duk gi survey2 rumah yg hendak dijual, yelaa kami kan tade umah jadi utk org spt kami yg tak ado ni nak beli rumah kena cari bebetul yg murah, cantik, lokasi sesuai .. mmg payah laa nak jumpa tu yg kami masih mencari nih.  Dan minggu lepas kitaorg pegi tgk rumah kat area Selayang laa, rumah baru cantik laa dan kitaorg pegi ke show hse gallery yg bersebelahan dgn site pembinaan tu dan kami bawak Adam skali ke situ.  Abih tu nak tinggal kat sapa kan dah anak aku tentu laa aku angkut kemana jua ku pegi .. kat situ kebetulan ada launching pada hari tersebut dan org agak ramai laa. Tengah duk syok2 bincang dgn agent rumah n org bank sembang2 sambil minum2 kat luar dlm khemah Adam duk main2 depan mata kami jua tak pegi jauh pun dan kejap2 i panggil dia pastu jap2 Deer panggil. Masa tu kami takut dia main kat tepi jalan risaukan kereta tapi dlm duk panggil2 tu dia terjatuh dlm longkang, masa tu i sedar sbb ada dengar bunyi 'dush' terus nampak pak guard pakistan tu terjun dlm parit tu sepantas kilat ambik Adam pass kat Deer.  Memula cuak jugak takut longkang ada air tapi dlm tu kering hanya ada daun je, pastu bila Deer dukung Adam tengah nangis tu i nampak darah byk mengalir laju dari kepala dia pastu tangan Deer mengigil.   Org2 yg kat situ semua panik suh i pegi hospital cepat2 dan mmg sepantas kilat kami pecut ke Tawakkal. Masa kejadian tu dlm pukul 12 tengahari mmg waktu tu kalau luka sket pun berdarah byk kan sbb waktu panas.



Luka kat kepala Adam cuma terkena bahagian luaran sahaja .. Alhamdulillah tak ada jahitan apa pun.

Adam n papa tgh tunggu turn nak x-ray.  Adam dah okay tak nangis dan dah ckp macam biasa, masa nak x-ray tu dia okay je bagi kerjasama sbb kami ckp mesin x-ray tu adalah Jet pasukan GUTS ultraman Tiga.

Lama gak nak sampai hospital tu adalaa dlm 20 menet cam tu kot tapi rasa lama sbb darah dia basah sampai ke baju i.  Dah sampai hospital darah berenti dah sbb i tekap terlalu kuat kot nurse ckp so luka pun dah cantum mmg tak nampak dah besar mana lubang pun ... Alhamdulillah. Tapi kena x-ray gak laa walaupun tade apa2.  Ekoran kejadian itu mmg i kena marah dgn mak cik ku cik nah sbb katanya i tak jaga anak bebetul pastu mil duk bebel hinggakan meleret sampai ke topik i selalu marah Adam.  mmm me is feelin down dah laa tak pandai jaga anak pastu suka marah anak, sapa tak sayang anak dan i marah anak sbb nak disiplinkan anak bkn nak down kan emosi anak.  Lagipun budak2 ni kena didik dgn kasih sayang dan disiplin barula dia jadik anak yg baik jgn kita terlampau manjakan anak nnt org tgk tak elok macam kurang ajar dan kalau dah jadik macam tu pun salah mak bapak juga tapi dlm kes i ni salah mak sorang jela yg tak pandai jaga anak .. tak pe i take it positively n will improve my motherhood skill.


okaylaa till  next time
daaaa

Monday, March 4, 2013

Hari minggu

bawah nih gambar kami makan2, ooh sejak sentap mkn kat sushi zanmai pastu plak dah jumpa Hokkaido sushi tu kami tu duk ulang makan kat situ la sampai lebam. Lately nih je i jadik rajin nak ambik gambarr2 makanan iaitu sejak kawan duk tanya menu apa, makan apa, best ke tak?.  TO me mmg okay la kalau nak kompare dgn sushi K*ng tu sbb sini kan sama je dgn sushi zanmai tu confrim la sedap pastu murah plak tu janji puas ati.

Tapi rasanya next week tak nak dah mkn sini lagi sbb hari sabtu lepas masa pulang dari jalan2 dihari minggu mil tanya Adam

Opah:  Adam makan apa tadi?
Adam : makan Sushi lagi la opah

bunyi macam Adam dah bosan sbb tak berkembang pun menu kami, dah la kami nih keluar makan2 kalau hari biasa tu tadela kerap sangat sbb sejak duk dgn pil nih mil rajin sungguh masak katanya selera makan ramai2 so makan malam mostly kat rumah laa kecual di hari minggu je kami breakfast kat rumah tapi kalau tak keluar mana mkn kat rumah la jgk ... paham ke tak dgn penjelasan ku ini.

Tapi minggu depan mungkin makan kat tempat lain la plak ... akan dipikirkan nnt sbb kalau ikutkan ati makan tempat sama jugak senang supaya tak kecewa dgn menu baru yg mungkin aku rasa nnt tak menepati ke .. mmg pikiran asik makan je.

Gambar kat bawah nih sejak dari awal Jan lagi la kot sampai weekend ritu ... waah lama gak la asik muka kami je kat situ ehehhe. Mmg kami nih kalau keluar asik ke OU je tak leh pikir ke tempat lain contohnye ke KLCC mmg kecewa sbb tunggu lif lama, Adam masih guna stroller lg sbb kdg2 dia tido dlm tu. MidValley pun i tak suka sbb parking selalu kecewa je cari parking berjam2 .. ramai je org kat situ dan lif pun sama gak ramai org n kena tunggu lama baik aku bawak bangku je duk depan lif sambil tunggu situ.  Pastu plak dlm lif ramai org muda yg sihat tubuh badan tak paham aku naper dorang sabar sgt nak tunggu lif apsal tak naik tangga je padahal masa aku bujang dulu sorry la kau naik lif kalau ke shopping mall naik tangga lagi cepat.  luahan perasaan plak kat sini. eh jap ada lagi kami nih kalau keluar tak bawak stroller mmg naik tangga tau.


Yang atas tu Cranky salmon 2 set and kat bawah tu Spicy Salmon also 2 set.
Ini pun Adam punya .. yg ini RM1.80 per p.late, abis dia makan dua ketul
ini udon saya .. ini sedap sangat

Masa nih belum bosan lagi kot, kemain selera dia makan

Chiken Kariage ke apa tah nama dia .. ini Deer punya, tetiap minggu order sama je takut kecewa katanya nnt order lain tak sedap.

Ini Adam punya pun sama gak laa asik order ini - Salmon Ikura Chawanmushi, suka sbb feeling makan telur ikan nemo. Alaaa kan dalam movie finding nemo tu telur nemo tu kan macam nih.

Lepas makan kenyang2 Adam semestinya ajak pegi Toy's r us, mmg dia akan ngamuk nak satu barang situ.  Tengah pilih Spiderman, mmg minat segala macam superhero dan dia sendiri pun kejap2 bertukar ultraman, kejap lagi bertukar spiderman pastu tetiba tukar jadik Batman .. gitulaa anak lelaki ku.



Ini bkn bermaksud nak menunjuk yer, sbb saya nih kan tadek kasut so asik beli kasut tak tahan lama je pastu saya pasangkan azam baru mulai tahun ini saya nak cari kasut yg lebih kukuh dan utuh supaya tahan beberapa tahun dipakai .. tahun depan tak payah beli kasut lagi. Setiap bulan harus beli sekurang2 nya sepasang kasut baru walaupun bukan Ferragamo .. itu tak mampu tapi kalau kasut Ferragemok saya mampu sbb kawan saya Sheila kata dia ada terjumpa org pakai kasut Ferragemok tapi sejibik Ferragamo saya nak belik jgk laaa dah la murah pastu mesti org ingat original punya sbb saya gayakan sambil catwalk hentak2 kaki .. boleh bayangkan tak cemana heheehhe.


till next time
Daaaa

Sunday, February 17, 2013

Balik kampung

Sempena cuti panjang CNY baru2 ni i mengambil kesempatan balik ke rumah mak ayah saya di Kelantan.  Kali ni balik seronok sbb konvoi dgn kawan i si Syurei yg kebetulan dia pun nak balik visit keluarga mentua dia di Tumpat dan nak celebrate CNY dgn mentua dia.  Kami bertolak ke Kelantan hari Isnin dan balik KL hari Jumaat. 

Seronok balik kampung walaupun masa rasa singkat sungguh tapi tak pelaa puas ati laa dpt meluangkan masa dgn keluarga tersayang.  Nanti May ni insyaAllah nak balik lagi dan Syurei n husband dia pun nak join skali konvoi heheeh mmg best reramai gitu sbb perjalanan jauh rasa singkat je. 

Gambar ni saya ambik sbb surprise dgn goreng pisang n keropok yg adik saya beli nih, dan mkn separuh dah pun keropok dan goreng pisang tu dah makan 2 ketul semua tu dlm pinggan campur yg dah mkn cuma RM 2 je.  Pepagi beli laksa, laksam dan kuih2 yg siap dibungkus sepaket cuma singgit je beli kat pasar pekan Jelawat tapi kalau pegi lambat harga dia jadik mahal dari hari seringgit jadik RM 2  ... paham tak penjelasan ku ini.

Abah saya tengah bungkuskan betik dan pucuk ubi kayu utk saya bawak balik.  Abah saya ritu tanam pokok ubi kayu dlm satu ekar utk pasaran IKS kampung.  masih ada lebihan yg abah tanam dan ada yg dia tanam baru2 ni utk buat pagar rumah sbb sejuk kawasan rumah katanya selain tu dia tanam bagi lembu makan.  Abah tak tanam ubi kayu byk cam tu lagi sbb nnt bln depan nak pegi umrah nnt sapa nak jaga tanaman tu.  Pokok betik pun ada tanam jugak utk buat makan2 sket2 je adalaa dlm 10 pokok dan buah tu mmg elok sangat tade biji pun. 

Ole2 saya bawak balik hasil tangan mama saya iaitu tapai ubi kayu, dah siap pack dlm tupperware ... semua nya pakai hasil tanaman sekitar rumah mak saya nih haaa tak yah susah nak beli.  Senang citer bawak balik hasil tanaman mama abah saya je tak yah saya bazirkan duit gi beli benda yg sama gak.  Kat rumah mama seronok sejuk dan berangin je pastu bising riuh rendah dgn anak2 adik i yg duk skali dgn mama, pastu plak Adam boleh kawan baik dgn sepupu dia Danish .. kadang2 gaduh gak.

Dalam perjalanan pergi dan balik Adam kill d time dgn main games from phone, dia kata "boringnye memi" sambil garu2 kepala dah tu tido bangun makan ulang dua tiga kali pun tak sampai2 lagi ... papa bawak keter pelan je biar lambat asal selamat.

tu jelaa cerita percutian balik kampung kami .. till next time
daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, February 5, 2013

Garfield my cat

Garfield kucing i tak balik rumah sejak keluar hari Jumaat minggu lepas, dah puas cari merata tak jumpa2 jugak cuma skrg ni i tak print poster je tampal kat kedai2 and pokok2 sekeliling taman perumahan ni aje.  Sedih tau tetiba je kucing kita sayang hilang tah kan kena culik or sesat tak tau laa tapi kami tak putus2 berdoa agar dia kembali ke pangkuan kami sekeluarga.

Garfield ni badan je gemuk montel dan besar tapi umur belum lagi cecah 2 thn dan masih bodoh2 lagik sbb selama i bela dia jarang i bagi dia lepas bebas. Dulu masa duk Gombak i takut nak lepas sbb depan rumah i byk kereta lalu lalang, tapi setelah duk rumah PIL ni dan sejak dah bawak garfield ke sini sejak awal Jan ritu baru lately ni je i lepas Garfield tu pun macam biasalaa time kami ada dirumah. Tak sangka sungguh dalam berhati2 tu hilang jugak kucing kesayangan ku, mak dia si Molley ball usah citer laa duk meaw2 cam mencari anak dia dan macam tau je anak dia tade memula macam nak lepas dia suh cari Garfield tapi takut Ball plak tak balik2.


Inila antara gambar terakhir Garfield yg i snap last week masa duk main2 dgn dia kat luar umah.  Dia tak biasa lagi kawasan ni tapi i rasa dia dah pandai la jalan2 area dekat2 rumah je tapi ritu tah laa mungkin pegi jauh sket or tak pun org culik dia.  Antara sebab i lepas dia keluar cage sbb kan last week cuaca panas pastu i nampak dia terjelir2 lidah dia cam panas so lepas dia suka laa lepak kat kawasan pasu bunga tu kan sejuk situ.  Garfield dah gemuk skrg dah 7kg dah lelemak byk kat perut pastu dia dah semakin manja lately sbb sejak duk sini ramai org duk popok dia selain tu Adam amatlaa sayang dia dan selalu duk dlm bakul basikal Adam. Ahh bosan skrg tade Garfield yg lucu, Molley ball mak dia pun sedih kami lagilaaaa.

sedihlaaa
Garfieldddddddddddddddddddddddddddddddddddd balikllllllaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Saturday, January 19, 2013

Alhamdulillah

Happy saturday all, ooh i ambik kesempatan blogging dihari minggu sbb hari keje sibuk tak de masa nak curi tulang tulis blog. Next week i pindah Dept baru mmg officially tukar n pindah ke dept baru sbb mmg i akan ditempatkan di tempat baru di tingkat bawah beza 2 floor dari dept lama.

walaupun i sedih di tukarkan ke dept n floor lain tapi i ada sebab kena suka n redha dgn apa yg management decide .. tak pelaa i pikir positive mungkin ada hikmah lain menunggu. Asalkan tak kena pecat sudah apa org suruh i buat je lagipun i mmg bersyukur ada keje n sumber pendapatan utk kami yg tak seberapa ini.  Lagi bertambah bersyukur dan gembira kampeni i keje nih bagi telefon percuma utk semua staff sempena ulangtahun ke 25 Ce*com.  walaupun i baru beberapa bulan jegh keje sini i pun layak dpt hadiah itu hehhehehh Alhamdulillah  .. gambar bawah tu w/station saya semak eheheh


OOh bkn niat saya nak show off ye ... saya cuma teruja sbb tak pernah dpt hadiah begini dari majikan, lagipun kalau majikan nak bagi selalunya yg dah outdated sbb ada lebihan stok tapi majikan baru nih mmg kayo n bermurah hati nak bagi yg latest in market.  Mmg sebelum nih i dah dpt BB, broadband internet dan bill telefon hp i pun ditanggung majikan sbb semua tu as a working tool pastu dpt lagi yg percuma.  .. Thank U Ce*com  .. nnt i nak pencen sini la ehehe InsyaAllah dan Alhamdulillah lah hope for more rezeki to come to me. 

Okay la tu jelaa nak citer sini, jap lagi nak gi Tesco lagik .. mmg tetiap minggu gi tesco sbb gi beli pasir kucing sambil bawak Adam jalan2.  Okaylaa sblm itu sajikan gambar keterujaan Adam gi Tesco, dlm troli tu pasir kucing n makanan kucing je ... ooh dlm  gambar atas tu ada Adam, Papa & Acu .. see Acu mmg folo kitaorg kemana2 pun dan kami happy je ada Acu skali so boleh tolong tengok2 kan Adam.


till next time
daaaaaaaaaaaaa