Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, May 26, 2010

Happy 9 months old

Happy 9 months old Adam .. Mommy masih ingat Adam ni little baby. Adam dah pandai berdiri lepas tangan, can sit without support dan boleh merangkak laju dah. Gigi pulak maintan 2 batang kat bawah. Baru seminggu dua ni Adam dah reti mengamuk, siap tendang2 lagi .. adoiii nak kena layan tantrum baby. Pagi2 kalau i hantar rumah auntie dia dah boleh waving bye-bye sambil sengih2, pastu petang bila nak ambik Adam mesti kena pegi ambik dia kat Aeon Setiawangsa sbb auntie n cousin i almost tetiap hari bawak Adam berjalan kat situ. Suka sangatlah dia kalau dibawak ke situ sbb kat situ kan ada taman dan air pancut tu .. sampai basah2 main air pancut tu.

Adam dan Opah on d way to Country Homes Rawang ... See dah ada gaya budak besar dah.

Dah tak suka duduk kat stroller or car seat .. teruk ler mommy nak dukung je manjang tak kira masa, gilir2 dgn papa pun tak still tak larat. Kalau kat dlm mall dia duduklah kejap kat stroller tapi kejap2 mintak dukung, kalau tak dukung siap tendang2 tu elok je angkat terus senyum lebar tunjuk itu ini .. ooh lagi satu nak kasi dia duduk kat stroller kena beli toy baru elok je dia duduk kat dlm tu sambil belek2 toy baru, toy lama tak nak yer siap campak lagi .. feeling2 mak bapak dia cop duit kot tu ygn nak toy baru tetiap kali keluar.

Car seat plak nak duduk kalau nak minum susu je or nak tido je, abis susu terus mengeliat badan nak bangun .. bahaya lah cam ni camana lah kalau mommy nak drive nnt. Kat dalam kereta lasak macam kat rumah jugak nak bergerak bebas, tapi kitaorg ada umpan iaitu pasang je cd baby Mozart terus Adam macam high je hehehehhe pastu still nak main2 tapi tak lasak sangat dia macam calm je and sometimes dia senang nak tido kalau kita pasang music classic tu. CD tu adalah sangat penting bagi kami, dah jarang dah dgr radio2 ni .. tetiap kali duk pasang music macam tu dgn kitaorg skali bertenang hehhee camana lasak or meragam pun Adam mommy n papa cam rilex je handle gara2 dgr calming classical music Adam la ni .. heheheheheh

Camana agaknya nak bagi anak berdisiplin duduk kat car seat sampai umur 4 thn cam anak org puteh tu. Kalau nak marah tengking2 or cubit2 pun tak guna baby apa tau .. cam mendera la plak paksa dia cam tu, kesian la nak paksa2 ni .. habis tu camana yer?


Okaylaa till next time daaaaaaaaaaaaaaaaaa

2 comments:

Sara said...

hi baby adam.. nice to meet you here.. :) thanks alice.. i shall try the tips, mana lah tau, lagi berselera si kicik i.. hehehe..

Alice said...

Nice to meet u too Sara