Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, June 18, 2010

Kampung

Minggu lepas kami berada di KB selama 5 hari, bertolak ke KB hari sabtu pagi dan kenduri arwah pada hari Ahad dan kami bertolak pulang ke KL hari Rabu. Macam lama je 5 hari tu tapi sebenarnya sangat singkat rasanya. Alhamdulillah kenduri berjalan lancar ramai org datang utk bacaan tahlil pada malam tu. Syukur sangat2 tak terkata.

Cepatnya masa berlalu, 40 hari dah pun arwah pergi meninggalkan kami. Kadang2 saya sedih bila terkenangkan arwah tapi apa yang boleh saya buat skrg sbg kakak saya sedekahkan banyak2 ayat2 suci Al Quran.
Hasil pertanian yg arwah adik usahakan Mama & Abah sedekahkan kesemuanya dan selebihnya mungkin utk upah haji arwah (insyaAllah). Yang balik kampung hari tu cuma kami sekeluarga dgn auntie i (Cik Nah) yg lain pung pang x2 nak balik takjadik pon.

Mama dan Adam, masa ni hari kedua permergian arwah.

Adam masa ni baik sangat, tak byk songeh sbb takde org nak layan dia melainkan mama tok Nah (my auntie) and auntie2 dia auntie Jaja & auntie Azah dia je and papa dia. I mmg tak sempat nak layan2 Adam lucky me ada org tolong tengok2kan dia.

Kitaorg sampai hari Rabu petang penat sungguh tapi puas hati i dpt balik utk kenduri itu, dah kembali bekerja hari Khamis penat pun penat lah janji jimats cuti nak EL sayang ooo cuti ku. Mulai sekarang cuti kena jimats nnt nak balik lagi bolehlah balik lama2 sket.

Daaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: Al-Fatihah utk arwah Nik Hanif Muhamad semoga ditempatkan dikalangan org2 beriman. Amin.

0 comments: