Orange ni sebenarnya kucing baru i, stray cat yg datang menumpang. Mula2 i nampak kucing ni dia dtg main2 dgn kucing i dua ekor tu. Pastu tetiap hari datang dan dia paling baik dgn Obie .. padahal Obie tu jantan boleh berbaik dgn kucing jantan jugak. Lelama dia berkongsi makan dgn Obie tak pun dia kutip je lebihan dua ekor tu or makanan tumpah semua dia habiskan. Tak pernah nampak pun bergaduh dgn dua ekor tu .. dah tu nampak macam kekasih sejenis Obie je maka i pun relakan laa Orange ni duk rumah kitaorg.
Sebab warna dia oren jadik i namakan dia Orange, baik dan behave tak penah pun masuk dlm rumah curi2 makan or berak kencing merata depan rumah macam dua ekor tu. Pernah jugak Orange ni masuk dlm rumah dan ada satu hari tu pepagi kitaorg kelam kabut cam biasalaa nak gi keje kan ... pastu tetiba tertinggal si Orange ni dlm rumah, bila petang balik keje buka pintu tetiba je Orange ni cam terhoyong hayang cam kucing mabuk keluar dari rumah. I pun cecepat masuk hidu setiap penjuru kot2 ada taik ke kencing kucing tapi tade .. hmmm sangat baik. Oooh si Orange keluar terhoyong hayang tu sbb letih cari jalan keluar dan lapar serta dahaga. Nasib baik masa dia duk cari jalan keluar tu tade botol kicap, cuka or budu pecah, kiranya rumah pun tak bersepah apa laaa cam biasa je. 
Inilah Orange kucing yg setakat ni baik perangainya. Masa nak balik kampung hari tu i tinggal je Orange dgn sebekas makanan dan sebekas air, lagi 2 ekor tu hantar rumah cousin i mintak dia tolong jagakan. Risau jugak takut balik dari kampung nnt Orange dah tak muncul2 rupanya2 sampai je kat rumah ada dah tercongok duk tunggu.
p/s: Obie tu gay cat .. tak sangka kucing pun ada naluri sebegitu eeuuwww. Tapi nak buat camana kucing aku jugak.



1 comments:
ada gak kucing naluri pelik ek.. gay lagi.. gay means happy laaaa...
Post a Comment