Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, March 3, 2011

18 months old - running and jumping

Adam skrg ni tade dah nak jalan slow2 macam dulu .. nampak ruang luas je terus berlari dan agak susah nak tangkap.. lari laju okay bkn cam dulu lari2 anak tapi lari2 flash d superhero. Peliknya tak letih pulak tu, byk betul dia simpan tenaga .. kalau agak2 nak bersenam tak yah susah2 gi gym boleh la kejar Adam gerenti i penat dulu dan Adam masih gelak2 seronok. Petang lepas keje i bila i gi ambik dia dah boleh panggil "memi" tak pelaa salah sebut pun janji dah boleh panggil i dah, tapi kalau sebut "papa" mmg dari dulu lagi dah boleh. Owh lagi satu bila i ambik dia tu siap lari kat i sambil peluk dan panggil memi, memi ... hehhe dia tiru iklan la nih yg peluk mak tuh iklan susu kot.

Skrg ni kalau boring i dah ada teman sembang2, kalau i ckp apa pun Adam jawab 'ye' jer dan siap anguk2 tah paham ke tak ..tak taula janji ada respon mommy suka .. tapi kalau panggil byk kali nama dia nnt dia pun pekik "Apa" sebiji bunyi tu tak de pelat2 dah, lagi satu i suka kalau i tanya 'Adam anak sapa?' dia terus jawab 'anak memi' hehhee bestnyee telingaku dgr. Selain tu jugak Adam dah boleh sebut "plawer =flower, shoes=shoes, meow=cat, bark bark=dog, nak=nak, akut=takut, bath=mandi, ball=balloon/bola, bird=burung, pish=fish, car, pwen=friend, favourite word BUS, bi=baby, atuh=jatuh, tak mau, tak nak macam2 laaa



Ni masa bercuti dikampung hari tu .. suka sangat modelling sunglass sambil feeling2 cool 'i'm d coolest big boy now' .. pastu kantoi mulut comot.

Ni pun kat kampung jugak .. pinjam basikal Danish (sepupu Adam) .. kat umah tade basikal cam nih.

Sebab ni kot suka sangat gi JJ sampai tetiap minggu ajak gi JJ.. betul hebat penangan JJ. Keter cam nih pun tade kat rumah

Anak ku ni suka sangat gi Jusco AU2 tu kalau hari minggu i ckp 'jom baby kita gi jalan2 .. kita nak gi mana? dia terus jawab "JJ" (hebat kan .. huruf lain tak kenal pon lagi tapi dah kenal huruf J) apa yg best tahlaa kat situ agaknya dia boleh lari2 kot. Tapi sorry baby mommy lagi suka gi OU sbb lagi byk kedai, walaupun kat OU tu kita bawak dia gi Kiz Sport Gym pun tak setanding JJ okay sbb JJ tetap dihati Adam. Kalau masuk Toy's R Us Adam maintain cool tak ngamuk pun mintak itu ini yg lelebih nak beli itu ini kat Adam mommy jelaa yg Adam plak tak mintak pun, kalau i bagi dia main apa2 toy kat situ dia main je tapi bila dah agak2 lama so i ckp "Adam let's go, put back all the toys" terus letak dan mintak dukung (nak ambik peluang berdukung plak). Setakat ni macam tu la tak de lagi scene ngamuk baring2 kat lantai sbb nak mintak toy, mintak2 tak ada la terjadi macam tu.


Hari tu pegi klinik check up for 18 mths, everything okay alhamdulillah tetapi berat badan menurun sket dah ler selama ni pun tak berat mana pon dan juga anterior fontanel (ubun2) tak tutup lagi so i tanya doc tapi katanya okay as long as your baby healthy, tapi katanya dia bagi 2 bln tgk camana lepas ni tutup ke tak dan berat tu kena bagi balance dgn usia skrg ni. Adam's apetite menurun sket sejak sakit gusi .. ala biasala budak2 kejap2 sakit gusi pastu ulang lagi sakit gusi lagi sampai laa abis gigi tumbuh tapi nasib baik tak demam. Hari tu kena jab pun tak demam, tapi selera cam tulaa 'picky eater' nak mkn apa dia suka je dan cepat bosan dgn makanan yg sama .. pening kepala nak masak apa nak bagi Adam nih.


Sejak 2 menjak ni i ada bagi dia jus, kalau dulu bagi homemade fruit juice je tapi skrg dah mula bagi sket2 Ribena dan juga jus buah dlm kotak .. tah laa okaylaa kot sbb my mom kata jgn terlalu risau sgt nak introduce anak dgn makanan lain nnt kang badan dia manja tak boleh terima sebarangan .. hmm btul jugak kot. Kalau dulu i kononnya nak 100% organic to my baby tapi skrg i mula risau bila mama ckp cam tu dan i slowly start bagi dia everthing yg dia nak janji dia makan and i have to stop thinking processed/outside food is dangerous to my baby. Tapi i kena berpada2 jugak tak de jugak bagi everthing tapi bagi laa yg sesuai for him. Organics food still on lagi cuma campur2 dah tak 100% lagi dah. He now drinks juice from sippy cup, not from d bottle nnt lama2 sket nak bagi susu dlm sippy cup lak soon tak yah minum from bottle dah .. hehhe tahlaa nak ke tidak minum susu from sippy cup.

Kat rumah ada keter kecik ni jer ... kesian kan

Kdg i rasa cam perasan btul aku nih semua benda tak boleh .. semua benda tak selamat tapi sebenarnya i want d best for him, lantak la org kata mak perasan pon ... Happy 18 baby .. memi luv u to the moon and back .. muahx


Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


3 comments:

syurei said...

alahaiiiiiii...smakin comeeyyy si adam nih.. rambut pun cantekk.. jgn potongg..sayangggg....hik.

jiran lama hang said...

panjang dah rambut adam!! boleh buat tocang!

sengih maintain ek..... :D

Alice said...

Syurei n Mak Su : sengaja ku biarkan panjang mmg nak tocang tapi Adam marah.