Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, May 4, 2011

Pasar

Sempena cuti hujung minggu hari tu tetiba i pun teringin nak ke pasar dekat area rumah, selama ni hanya beli ulam jelaa sbb ulam kat pasar mmg fresh.


Kat pasar ikan2 mmg fresh sungguh, macam bersinar je nampak tapi tak berani beli sbb dah set dlm kepala ikan, ayam, udang, sotong dll kalau jual kat pasar harga mahal nak mampus. Kalau beli kat Jusco mahal pon boleh collect point kan tapi pasaraya nih ada diskaun je manjang tu yg untung kalau beli situ... hehehe.


ooh berbalik pada kisah pasar td .. ada beberapa kedai situ i nampak ada salmon, terus teruja tapi takut nak tanya, takut mahal melampau .. pastu tengok2 sekeliling rata2 yg jual salmon tu peniaga cina tapi ada sorang peniaga ni baik sangat siap boleh nego2 lagi nak bahagian mana pastu siap bagi diskaun .. terus beli situ. Murahnye yg amat laah selalunya i beli sepotong salmon dlm lingkungan harga paling mahal rm18 dah paling murah dpt dlm rm 8 cam tulaa dan sekilo rm 56 lebih kuranglaa tapi kat pasar i dpt bahagian kepala ikan dan dapt byk isi (dorang tak timbang ) bagi i dlm harga rm 20 dan i dpt lebih kurang 2 keping isi yg besar. Bkn itu je i beli ikan tenggiri yg bahagian tengah ke ekor dlm harga rm 15 je dpt dpt dlm 6 keping isi 3 besar dan 3 kecil.. heehehe murah nyee dah ler segar .. salmon pun segar dan bukan frozen salmon tu.


ini sebahagian ikan2 tu .. sebahagian lagi dah masak. Kepala ikan tu i buat miso sup salmon head dan lain2 bahagian i masak bagi Adam ler. Lain kali boleh beli pasar ni jelaa .. rugi nye aku selama ni beli harga mahal melampau kalau ku tau sini murah lama dah ku dtg. Owh tetiba i berangan masak macam2 berasaskan ikan je .. hehehe i suka try resipi kat blog http://3hungrytummies.blogspot.com/search/label/fish, semua resepi kat sini sihat dan lazat. I hope blog owner don't mind if i shared the link here.

Till next time
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

1 comments:

Mak Su said...

aramak! sedapnya!