Entry ni sepatutnya dah lama siap tapi letak gambar pastu terbiar lama. Gambar sekitar last week weekend. Nak buat entry kerap tapi tak dpt dek kekangan masa dan jugak dek mata2 org sekeliling duk memerati. Tah la bila sampai kat rumah nak bukak laptop alahai malasnya baik duk layan Adam sembang dgn pelbagai cerita dia kat school. After office hours limit je masa dah la sampai rumah dah lewat pastu mana la nak layan anak nak layan suami nak layan kucing.
Ada cerita sedih last Friday, menganggu kegembiraan dihari minggu nanti la saya buat satu entry lain just for this.
Kami ni tetiap minggu g membasuh kain di tepi sungai, selesai membasuh je mesti akan melencong ke Ampang point dgn tujuan yg satu iaitu nak makan Taiwan noodle n Korean meal mmg bantai dedua skali. Baru2 ni terperasan Sangkaya ni sbb dah ramai jgk org duk show off kat blog la kat IG la pastu bila sekali try pengsan sedap. Dah tambah lagi satu dlm menu weekend ice cream ni, dah la makan dlm tempurung mmg sedap n refreshing la mmg tak cukup satu.
Kat Ampang point tu mmg suka giler situ, kalau tgk dari luaran mmg macam tade apa je kan tapi selain restoran kegemaran, ice cream kegemaran pastu tambah lagi ada kedai kain kegemaran ahahahah dan kali ni saya beli kain tu dua kayu gulung tu. Satu gulung tu 8 meter dan saya beli 2 corak je nak buat cadar sendiri. Harga macam biasa la murah je RM 10 per meter, dan semalam pegi ke Spotlight the Curve ada lagi murah RM 5.99 per mtr tapi saya tak beli la kang tamak lak lagipun tak kayo la saya tade duit asik nak borong kain je pastu kain baju raya tak beli2 lagi.
Gambar kami wefie dua beranak, lepas makan Adam happy sangat dan senyum sangat lebar.
Singgah Hamley jap ... itu je la hari minggu di minggu lepas. Weekend semalam citer layter la.
till next time
daaaaaaaa








0 comments:
Post a Comment