Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, April 24, 2015

Wrong turn

Saya penah berkata sebelum ini yg saya bercita2 nak pencen di kampeni ini saja, tapi itu cuma harapan saya insyaAllah kalau ada rezeki.  Selama ini saya menafikan hati ni yg tak gembira yg sedih memikirkan kenapa lagi sekali perlu mengharungi dugaan ini.  Saya mengharapkan keseronokan dlm berkerja barulah timbul keikhlasan dan sumber rezeki yg halal.

Bekerja di sini sungguh mencabar tapi tidak sehebat cabaran dari kampeni sebelum ini, jadi segala cabaran yg mendatang di sini saya tepis dgn mudah je.  Saya banyak give n take di sini dan tidak pernah berkira dlm bekerja, Pernah kena kerja kat rumah bila time annual leave, penah kena buat keje kat rumah time MC dan penah kena balik cecepat sambung keje kat rumah tapi saya gembira.  Dua tahun lepas saya terima tugas ini dgn terpaksa sbb di transfer tetiba ke dept lain yg baru yg memerlukan kita set up segala dari mula.  Terkontang kanting sesorang tak tau nak buat yg mana sbb ramai sgt report to my boss iaitu nationwide staff dept ni report ke HQ dlm 300 org in total.  Sebab ada org nampak saya sampai tak bfast or lunch sbb tak sempat so boss bagi assitant yg baik lagi hebat dan assistant saya university graduate yg baru start keje.  Kami sesama buat keje ni atur susun cemana nak bagi smooth siap boleh cover kakak secretary lain lagi. Kami sesama gembira dan keje banyak tu kacang goreng je bagi kami sbb kami ada teknik tersendiri so takde hal la.  Setelah dua tahun bersama tahun lepas saya dan assitant saya perlu lepaskan tugas ni demi memberi laluan kepada secretary senior yg tade boss, memula saya ingat dia dari HQ tapi dia dari regional.  

Sejak itu saya kehilangan teman baik saya iaitu assistant saya, jugak saya kehilangan keje yg saya amat suka.  Saya paksa diri terima keadaan ini dgn positive, assistant saya pregnant dan kontrak dia tamat ngam2 dia 9 mths pregnant membuatkan dia tak dpt tempat di mana2 dept lain dan terpaksa end up berenti dan sampai skrg dia duk rumah je.  Dia amat bagus berpelajaran tinggi dan  sangat rugi utk company kehilangan staff spt dia, tapi sapa yg nampak kan sbb boss pun tak back up kami.  Saya pula terpaksa rembat la memana dept yg sudi terima saya namun saya positive je cuba menerima keje baru tapi malangnya saya masih di dept lama cuma jawatan je tukar dan hampir 6 bln dah tukar reporting tapi kena assist pulak secretary baru yg senior tu yg tak sihat asyik MC je. Lelama di situ saya bengang dan demotivated sbb asik duk cover org je sampai terfikir 'whats the point she is here?, tak sudah dgn aku jugak" .. saya tak patut fikir cam tu sbb boss baru pun memahami keadaan saya yg kena cover keje lama dan pada masa sama buat keje hakiki, tapi saya sebagai manusia sedih dgn keadaan ini.


Gambar semasa sambutan hari raya office tahun. Bergambar bersama kawan office juga one of GM yg reporting to my boss masa tu yg mana kami juga ada assisted him dlm secretarial. GM ni baik dan senang kerja dgn dia. 

Jawatan baru di dept lama memerlukan saya bekerja dgn system so byk la saya kena attend training dan meeting dan report yg ada kena siapkan setiap pagi sblm pkl 10 am.  Kena belajar lagi benda baru byk nota kena buat berkenaan system.  Jadi kalau kena cover keja lama saya jadi stress sbb saya tak tau nak focus mana satu.  Saya juga bertambah stress sbb sudah hilang tempat mengadu iaitu assitant saya yg seperti adik sendiri.  Org lain tak akan paham betapa sukar nya dari mula kami bekerja dulu.  Tapi sekarang dah senang sbb semua travel arrangement masuk system dan ada dept lain handle kalau dulu kami buat from A to Z for nationwide staff yg ramai giler. Belum campur keje nak check and verify claim yg melambakk.  Banyak mana pun kami seronok je bekerja.



That's us masa company outing, sungguh gembira kami masa ni sesama pegi enjoy satu dept tengok wayang la, bowling la, karaoke la.  


Ini teman yg sudah berhenti, satu2 nya amoi yg very fluent in BM di dept lama kami.  Ye workstation saya di dept itu mmg cubicle sekangkang kucing je langsung tak seperti secretary lain pun kami tak kisah asalkan keje delivered.  Begitu la kami mmg tak kisah apapun sbb too busy with our own business.  

But now saya lagi sekali tukar ke dept lain, dept yg memula saya join company ni bersama2 boss yg membawa saya masuk sini.  Saya suka boss saya tu tapi saya tak directly reporting to her, kalau dulu saya secretary dia dan di celah ketiak dia but now i'm not.  Sekarang saya terdedah dgn pelbagai politik office yg bisa membunuh kerjaya saya di sini.  Dept ini jawatan saya lagi sekali bertukar dan memerlukan saya belajar lagi system lain.  Memang pening tapi saya positive pada mulanya hinggalah hari ni saya tak mampu lagi bertahan memujuk hati setiap hari.  Saya mmg dah tau serba sedikit keje dan dah sedikit sebanyak boleh berdiri sendiri tapi dlm certain2 benda saya perlu refer kpd yg lebih berpengalaman.  Tapi malangnya tak semua org sudi berkongsi apa yg dia tau, di sini saya ada satu kawan yg benar2 ikhlas membantu saya dan sentiasa memberi kata2 semangat.  Terima kasih saya kepada dia tapi yg lain telah meremukkan hati ku.  

Semoga diriku lebih kuat menempuh keadaan di mana periuk nasi ku menjadi taruhan disini.  Apapun sabar la hingga dpt beli rumah dulu kan ehhehehe . InsyaAllah kalau ada rezeki tak kemana pun, ini hanyalah sementara je sementara nak pandai macam ni laa kan.

Entry ini hanyalah luahan dan isi hati sebenar yg saya currently rasa, tak ada sedikit niat pun nak menjatuhkan sesiapa.  

0 comments: