Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, May 7, 2015

Long Weekend ritu n Adam ikut mummy pegi ofis

Baru nak update pasal long weekend ritu, cuti 4 hari duk rumah je la pastu g jejalan pun dekat2 je la. Tade plan pun nak pegi bercuti or balik kampung sbb husband saya ada keje nnt kang tak senang dia nak bercuti tetap nak bukak laptop pastu duk ngadap phone balas emel nnt saya pun sakit mata tengok.  Jadi adalah baik kami spend kat rumah je dan ada 2 kali kami ke OU,  iye tempat sama tapi pegi sampai dua hari berturut2 sbb bosan nak g tempat lain pun malas.

Cerita gambar bawah tu Adam ikut saya pegi opis hari Khamis last week, Cik nah saya balik kampung so Adam ponteng school sehari sbb ikut mummy nak buat cemana kan nak cuti kat opis tade org lagipun saya baru tukar dept ni tak boleh la nak cuti sesuka hati.  Alhamdulillah hari khamis tu tak ramai org pun kat opis, and Adam behaved very well.  Saya plan nak half day je takut Adam ngantuk ke tak selesa ke tapi nampak dia okay je lagipun dia dah besar kan tade la nak merengek itu ini malahan tak mintak pun nak minum susu cam dulu dah.  Iye saya mmg bagi dia main tab kalau nak bagi diam itu je la cara yg berkesan buat saya .. yes imma bad momma guna jalan pintas pakai gajet.


Memula sampai opis mummy dia behave la duk diam setempat je tapi tahan sampai pkl 12 pm je pastu dah garu kepala dah.


Bawak dia pegi kedai runcit dlm opis ni bagi dia beli jajan .. nak suruh leka tak bosan.  Sebab dia baru lepas demam so i pakai kan dia baju tebal sikit, tapi kejap je peluh2 sbb dia lari sana sini tak duk diam. Petang tu nak balik kena tukar baju sbb dia macam tak selesa dah.


Ini gambar dah dekat2 pukul 5.30pm, dia mmg dah bosan dari lepas lunch time lagi duk ajak balik tapi i lengahkan dia bagi dia leka dgn macam2.  Nasib baik tak ramai org hari tu jadi dia boleh la bebas bergerak sana sini tapi i tak bagi pegi jauh2 or tak bagi dia ckp kuat2 takut nnt ada org annoying pulak kan. Jadi hari tu survived and passed with flying colours la bawak Adam gi office ni tapi tak elok kerap sgt unless i got no choice so have to la.


George feeling2 je duk dlm kotak lego .... tak marah pun kena buli redha je tapi Adam je boleh buat begitu org lain dia lari.


Berbalik kepada cerita long weekend ritu ni gambar hari Isnin lepas mmg seharian kami duk terperap di rumah aje tambahan lagi SIL tak hantar anak dia bagi mil jaga hari tu so Adam bebas la kat rumah kalau tak bila anak sil nak tido je i terpaksa kurung Adam kat bilik or suruh dia tido or bagi dia aktiviti dlm bilik or kami keluar.  Hari tu Adam insisted nak main dgn George nak bawak masuk dlm rumah tapi sbb fil tak berapa suka jadi kami lepas kucing dlm bilik.  Kemain seronok mereka, tak caya tengok la muka kucing saya tu pun dah tau George tu gembira dpt main dlm umah dgn abg Adam.  George mmg suka Lego so dia tak kisah Adam buli dia letak dlm bekas Lego pastu timbus2 dia dgn lego tu lagi dia enjoy adalah.  

Itu ajelaa kisah kami campur aduk sebelum selepas cuti ritu ... Hari ni dah khamis mmg tak sabar nak tunggu sabtu ahad nih.  Mak mak bekerja beginilaa tertunggu tunggu hari minggu nak golek2 dgn anak kadang2 kalau kat opis tu duk renung luar jendela tengok view kat luar sambil berangan 'alangkah seronoknya jadik housewife' ehehehhe tapi tak mampu la ada mak ayah nak bagi  dorang duit hasil titik peluh anak dia nih walaupun tak seberapa.


till next time
daaaa


0 comments: