Hi, sorry entry ni letak gambar semalam tapi tetiba tade idea nak cerita apa. So sambung hari ni la, tade apa pun sebenarnya nak cerita just random things je macam macam berlaku so capture sini yg mana ingat je. Lately keje cam biasalaaa hmmmmmmmmmmmmmmmm lets not talk abt work coz i hate working.
Saya letak gambar kat bawah tu ialah kasut baru yg terpaling selesa saya ada, flat rubber jelly shoes from Melissa. Saya memang memula tu dah berbulan duk cari sandal best or kasut flat best nak pakai hari minggu or hari Jumaat kat opis dress down. Kebetulan kat OU masa tu dah masuk butik Aldo tapi tak berkenan sbb kasut Aldo is killing you dgn tinggi nye menjongket sakitt tu. Dan sebelah Aldo ada Melissa dan kasutnya mak aiii sedapnya macam kaki ayam je jalan atas karpet. Best best berbaloi la beli kasut ni dgn wangi nye, walaupun bereben gitu tak pela yg penting selesa kan. You all yg mother la especially boleh la cuba beli kasut ni mmg sedap tak licin dipermukaan basah sbb tapak getah kan.
Last weekend gambar bawah tu kami g makan kat Sukiya Festival City Mall, first time i dtg sini cuba pun best jugak. Cumanya nak datang lagi terpikir berkali2 sbb kat Festival City tu parking hazab sgt sampai kena tunggu lama dlm keter tak ke itu menyusah kan diri semata2 nak makan je. Tapi Alhamdulillah dpt jgk mkn situ, makanan situ kurang seafood tapi adalah clam sikit dan vege situ bersih dan segar. Paling mendapat pujian sayur bersih la dan sushi dia best bukan asal boleh tangkap muat je letak sushi.
Posing dgn Adam lepas kenyang makan, gambar bawah tu terbalik plak sup tu kami pilih miso dan sukiyaki. Daging tu ada 3 jenis kambing, ayam dan lembu so ambik tiga2 setiap jenis ada 6 tray masak nak abiskan sampai muak laa rasanya tapi kalau tgk balik terliur plak.
Itu dia daging yg sengkak nak abiskan tapi potongan dia nipis sangat actually takde la byk mana pun cuma kita ni psikologi konon nampak byk.
Biasanya kalau mkn buffet stimboat cam ni kami mintak air green tea panas je konon nak bagi balance.
Tempat lain Sukiya ni rasanya ada kat Pavillion kot kat floor yg japanese tu tapi tak penah nak try situ sbb macam ragu2 je.
Ini gambar makanan yg paling saya suka atas ni Gimbab kat Ampang Point kat Gomonae, must have this every weekend. Sedap sangat la to me, satu set tu banyak gitu hanya RM 9 je dulu lagi la RM 7 murah kan dah la pure rasa korean.
Kegilaan baru Sangkaya icecream mmg buat gila btul must have also every weekend one for Deer n one for me and Adam dia ckp tak suka katanya tak sedap ahahha baguslaa Adam beli icecream McD je.
Tade modal dah
till next time daaaaaaaaaaaaaaaa










0 comments:
Post a Comment