Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, November 13, 2008

wrong pair

Bulan lepas banyak btul jamuan kat opis ni dari jamuan hari raya pastu deepavali, jamuan harijadi, berenti keje macam2 lah. Bila dijemput pegi laa kan takkan nak menolak rezeki plak, bawak perut je pastu isi penuh2 .. huhh sengsara btul perutku. Macam biasala kalau jamuan kat sini selalunya start waktu petang2 dekat2 5.30 gitu, tengah ralit dok bekerja ni kadang2 hampir terlupa plak hinggalah ada member ajak pegi. Adala sekali tu tengah2 dok syok keje ni kan (yelaa konsep nak balik cepat kenala abiskan keje cepat) tetiba member ajak join jamuan deeparaya pastu terkocoh la i ni pegi dgn tak bersedia janji nak cepat kan.

Dorang buat jamuan tu kat sblh dept i je same floor tak yah jalan jauh2, sampai situ makan2 tak pandang kiri kanan dah sbb lapar kang tahan perut ni ... tak kisah dah org lain dok sembang2 ambik gambar ke aku ni concentrate gila makan. Pastu selesai nak jalan balik ke cluster rasa lain macam ke kat kaki ni cam tempang ke aku ni byk mkn td pastu bleh tak aku tak intai pun kat bawah hinggalah aku duduk baru perasan yang KASUT KU LAIN SEBELAH cam bengong je tak rasa langsung.


haa nampak tu kaki mak su kat sebelah tu .. dia yang saksikan kecuaian ku.

Nasib baik kat situ tak ramai org kalau tak sure malu, mesti org ingat dia ni nak jadik trend setter ke apa pakai kasut lain sebelah tak pun org ingat kasut aku rosak sebelah tinggal sebelah2 je tu yg bantai pakai tu kan ... :(.
Kasut i pakai kat atas tu kasut biasa je yer ... jangan kata i ni nak menunjuk2 plak, kasut murah je tuh.

Friday, October 31, 2008

Halloween in Wonderland

Are we malaysian celebrating Halloween nowadays? i just wondering when my standard 5 cousin told me that her school organising a halloween party ... pelik kan masa aku sekolah dulu tade plak cikgu bagitau pasal halloween apatah lagi nak celebrating party ni bila dah besar baru tahu apa tu halloween tu pun tgk TV citer antu psl halloween. Kalau aku kata ciri2 barat diterapkan dlm budaya kita kang ada yg kata aku jakun plak ... ntahla.

She prepared everything dari costume nye hinggalah ke buah labu tu dah siap dihias with sweets and chocolates dah. Kids nowadays didedahkan dgn pelbagai benda baru tak seperti zaman i membesar dulu, mmm patutla aku jakun sekolah kat kampung je.




My Halloween pose. i'm carefully holding her plastik labu .. sayang tu ooo all the way from Massachussets katanya. (cehh labu plastik je) She looked sooooo worried when we played with her labu tu takot rosak.




Amani takot while Jaja posing like nobody's business.

Kadang2 i dengki btul dgn budak2 zaman sekarang dorang lagi maju dari kita masa dulu2 yg tak de internet, tak de PS2, PS3 or PSP and ipod (amani baru darjah 5 dah ada ipod nano, aku pun tade). Masa kecik2 dulu paling hebat pun main Barbie doll, tengok citer Maero attack main bola tampar pastu nak tiru jugak .. kalau games zaman kita dulu main Mario brother games pakai catridge tu .. cam tu jela idup aku dulu. Walaupun cara aku membesar masa dulu tak secool budak2 sekarang tapi seronokkkkkkkkkkkkkkk oooo zaman dulu tadelaa bahaya spt skrg nie .

masih teringat lagi masa kecik2 dulu main dengan girangnye .. takde pk apapun asik nak main je pastu g sekolah. Cepat nye masa berlalu skrg aku dah tua :(

hmmmmmmmmmmmmm :{


Wednesday, October 29, 2008

Sizeable sum of K'ching

Look at my sidebar banyak advertisement kan (baru dua je) .. yer ye i tamak uuuuuuuuuuuu i letak advertisement. Terima kasih Mak Su tolong ajarkan saya nnt saya tambah lagi iklan2 tu biar sarat barat page i dgn iklan. heheheheh i sukeeerr


daaaaaaaaaa

Sunday, October 26, 2008

OB's Lately


Last week OB's baik sangat tak macam biasa, i panggil his name straightly came to me and starring at me heheheh he behave like a dog. I think he forgave me for ignoring him lately (ala baru 2 hari tak hirau tu pun sbb asik berjalan je kejenye). Look at pic below he came by himself to my room and jumped over my bed, he never did this before he hate matress coz its make him feel uncomfortable due to his thick fur.


Innocent face.

OB greet me home ... drama again

Bila balik kerja penat2 cam ni bleh ilang la sbb kucing ku ini pandai buat drama hangat2 buat lawak laaa bila dia try to sneak out tu. Blm lagi citer pasal dia langgar sliding door tuh.. masa tuh sliding door tu baru je gilap bersih bersinar jadik nampak spt tak tutup pintu la dia ingat pintu terbuka so bleh tekan minyak je larik tapi hasil nye bunyi "danggg" yg kuat.

Frontyard breeder

I'm a frontyard breeder now (kang sangkar duk dpn rumah)furry frens bertambah lagi .... Willy now is a new mom of 5 little kitties. Yesterday me drop at my parent's place and saw Willy and its lill kitties in a litter box (beranak dlm litter box tuh, nasib baik pasir tu baru tukar), cage look dirty because its just 7 hours after birth. Without wasting time, i quickly clean it tukar from litter box tu letak paper box pastu put back a new piece of newspaper and refill its drinks. Willy look tired and her stomach still swollen.


I'm a bit worried la Willy ni kecik lagi dah ada anak, risau takot dia tak boleh jaga and i'm not there to look after her babies. Berserahlah kalau panjang umur kitties ni hidupla jangan jadi maca anak Snaddy hari tu silap sikit dah sakit2. My mom and my adik geli katanye kecik sangat tak berani nak pegang, hari tu i balik cage kotor2 tade sapa berani nak sentuh. I'm happy with the latest addition in my family ... yayyy ..tgh pk nak namakan apa ni.

Thursday, October 23, 2008

Wonderland Hill

Tahun 2008 ni dah nak abis kalendar dah, cam sedih pulak bila memikirkan tahun depan nak muncul tak lama lagi. Bukan apa ... memikirkan umur akan semakin bertambah bila berganjak ke thn baru .. risau ler (cam tak sedar diri dah tua). Setakat ni kalau difikirkan apa yg aku dpt dan apa yg aku dah kumpul selama ni tak banyak dan tak boleh la lagi dikategorikan org yg berjaya. Berangan nak kumpul assets sebanyak mungkin sebelum pencen, kalau boleh nak beli rumah flat nak sewakan (bln2 kutip sewa je) and nak beli rumah sendiri yg seselesa mungkin pendek kata kalau masuk rumah tak nak keluar laa sbb sedap dan selesa hamat. Tapi kat KL ni mana nak cari rumah yg cantik selesa yg harganye reasonable kan maunye cecah hampir juta2laaa kalau tak de duhettt tak payah berharapla. Kalau nak jugak kenala cari dihujung2 Shah Alam dekat Klang rumah cantik2 harga pun masih mampu milik lagi.

Baru2 ni ada la aku suarakan apa yg terbuku dihati nie (seperti yg diatas tu) kat hubby dia kata kalau laa apa yg aku impikan tu melampau sangat sampai tua pun blm tentu lagi dia boleh dpt kan hubby also said why i didnt marry someone old n rich that person sure can buy me what i want. Felt guilty to asking so many things from him lately (sorry deer) ntahla sejak 2 menjak ni tenat sangatla aku berangan feelin Paris Hilton pun ada (tapi tak berangan la nak jd bimbo cam dia). Below is a view inside my dream house, i have to accept the truth that it is impossible for me to own this house. Tak pe laa cukup bulan ni i pindah rumah baru jugak walaupun tak semewah ini tapi rumah yg sesuai dgn pendapatanku. (goshhh truth is alwayssss hurt)



Bila disurvey about this hse i found this and it make me almost pass out wehhh ... mahalnyeeee

Federal Hill
Seri Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur
RM10,000, RM2.50 per sq.ft.
Property Type: Townhouse
Built-Up: 4000 Square Feet
Rental Price: RM10,000
Rent Price psf: RM2.50 per sq.ft.
Bedrooms: 4+1
Bathrooms: 5
Situated: Intermediate Unit
Facilities: Club House, Covered Parking, Jogging Track, Playground, Swimming Pool, Wading Pool, 24hr Security

Me n elaine tgh buat air kat pantry sambil berangan tengok rumah thru the glass window tu. Elaine tu tadelaa berangan i sorang je laa berangan sbb hari2 duk tgk kan maunye tak melayang fikiran.

Okay cau dululaa penat laa berangan lelebih nie .. nnt kang rambut pun makin nipis. ni baru berangan bab rumah blm lagi bab perabot, langsir barang dlman rumah, bajus, handbags etc etc... peninggggggggggggg.
Tapi golongan cam aku ni hanya mampu berangan jer .. sob sob

Tuesday, October 21, 2008

Real paper

Backdated entry pasal duhettt raya (yang diperbuat daripada kertas). A week before raya ada boss "org lain" bagi i duhettt raya you, ....boss ku sendiri tak bagi sebab dorang tak cukup budget kot .. daripada pemberian tak ikhlas lebih baik tak payah kan, tak pe i tak kisahhhh. Terharu je bila dia bagi RM *** kat aku ... sebelum nie adalaa tolong2 secretary dia tapi dah lama jugak dah sejak pindah opis baru ni tade la kerap sangat kena menolong org lain lagi.

Before pindah kat building baru ni management dah arrange seating cantik2, dah boleh cover each other tak payah panggil org lain tolong lagi dah. Tak sangka pulak ada org ingat budi kita walaupun dah lama. Tak kisah laa jumlah duit raya tu banyak ke tidak janji org yg memberi tu dengan ikhlas dan walaupun dia bukan berbangsa melayu saya ckp berterima kasih dgn pemberian ikhlas itu.

:D