Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, June 18, 2010

Kampung

Minggu lepas kami berada di KB selama 5 hari, bertolak ke KB hari sabtu pagi dan kenduri arwah pada hari Ahad dan kami bertolak pulang ke KL hari Rabu. Macam lama je 5 hari tu tapi sebenarnya sangat singkat rasanya. Alhamdulillah kenduri berjalan lancar ramai org datang utk bacaan tahlil pada malam tu. Syukur sangat2 tak terkata.

Cepatnya masa berlalu, 40 hari dah pun arwah pergi meninggalkan kami. Kadang2 saya sedih bila terkenangkan arwah tapi apa yang boleh saya buat skrg sbg kakak saya sedekahkan banyak2 ayat2 suci Al Quran.
Hasil pertanian yg arwah adik usahakan Mama & Abah sedekahkan kesemuanya dan selebihnya mungkin utk upah haji arwah (insyaAllah). Yang balik kampung hari tu cuma kami sekeluarga dgn auntie i (Cik Nah) yg lain pung pang x2 nak balik takjadik pon.

Mama dan Adam, masa ni hari kedua permergian arwah.

Adam masa ni baik sangat, tak byk songeh sbb takde org nak layan dia melainkan mama tok Nah (my auntie) and auntie2 dia auntie Jaja & auntie Azah dia je and papa dia. I mmg tak sempat nak layan2 Adam lucky me ada org tolong tengok2kan dia.

Kitaorg sampai hari Rabu petang penat sungguh tapi puas hati i dpt balik utk kenduri itu, dah kembali bekerja hari Khamis penat pun penat lah janji jimats cuti nak EL sayang ooo cuti ku. Mulai sekarang cuti kena jimats nnt nak balik lagi bolehlah balik lama2 sket.

Daaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: Al-Fatihah utk arwah Nik Hanif Muhamad semoga ditempatkan dikalangan org2 beriman. Amin.

Tuesday, June 8, 2010

Baby-cat fight


Adam loved cat but i never let him play with our cats, you know cat's fur is dangerous for baby. We placed our cats outside, dah tak letak dlm cage 24/7 just lepas bebas macam tu je tapi malam2 dorang tetap kena kurung dlm cage jugak kalau tidak menyalak tak berenti lah anjing org sebelah. Sometimes kucing2 i keluar masuk rumah sesuka hati jugak tapi tak delaa all the times lepak dlm rumah so bulu kucing dlm rumah sangat berkurangan compared dulu.

One fine day this one notty hectic cat lazing around the house bawah buai Adam. termenung kat situ sambil menikmati udara sejuk dlm rumah.

Pastu tetiba budak kecik ni pun perasan ehhh ada cat dlm rumah lah duk lepak2 pulak tu.

Pastu kucing tu pun gedik2 plak dtg dekat2 Adam nak main2 .... apalagi Adam dah lama geram kat molley ball ni asik duk lalu lalang je.
Terkejut i tengok dia grab molley pastu dia konyok2 bulu molley luckily molley tak melawan or mencakar dia balik, bulu molley pun tak gugur. Masa i tgh lipat kain sambil tengok TV, baru je pandang kat tempat lain skali tengok balik Adam tgh buat ni .. penyeksaan kucing nih. Tapi i tak biar lama, cats emotion is unpredictable kang tetiba kucing naik angin tak ke bahaya so sebelum itu terjadi i cecepat releasekan baby - cat battle tu. Bila i marah Adam dia okay je cam biasa tak nangis pun .. hhehe i think he's happy akhirnya dpt jugak aku pegang kucing ni. Ooh masa ni i dgn Adam je kat rumah Deer pegi kenduri so bila dia balik i tunjuk ni Deer gelak je nasib baik dia tak marah lagipun i bkn sengaja bagi dia main with molley.

okaylaa Daaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, June 3, 2010

Kenduri dan balik kampung

Terasa macam dah lama tak update, tak ada mood, idea dan macam2 la. Bulan ni my schedule pack dgn kenduri kendara dan balik kampung. Next week i nak balik Kelantan sebab ada kenduri arwah adik iaitu kenduri tahlil hari ke 40 permergian dia. Walau macamana busy pun i kena balik jugak, tapi cuti yg i apply sejak dari minggu lepas blm lagi diapprovekan oleh boss. Ooh baru jap tadi tgh duk type entry ni boss i dtg sini terus bitau dia suh approve cepat2 and she agreed .. heheeeh.

Masa mula2 adik meninggal yg pulang ke kampung hanyalah 4 keluarga (side Mama), family i, auntie i 3 org dgn keluarga masing2. Ramai tak dpt balik sbb tak dpt cuti, tapi masa tu diorg call my mom promise her nak balik 40 hari tahlil tapi kesudahannya hanyalah saya satu keluarga dgn Cik Nah (auntie i yg jaga Adam, she still single dan tumpang kereta kami) lucky Cik Nah nak ikut tak dela susah nnt i dan Deer nak tolong mama dan abah kenduri ni auntie i boleh tolong tengokkan Adam. Masa mama tau tak ramai balik dia okay je tak kisah pun i je yg lebih2 emo sbb memula hari tu aunties2 i yg lain janji mesti balik tapi end up senyap je .. tak pe i paham.
Family side abah banyak membantu menguruskan jenazah adik hari tu, tak sangka diaorg semua baik sangat dan kami sangat bersyukur dan berterima kasih dgn pertolongan mak cik dan pak cik. Lagipun mama dan abah tinggal berdekatan dgn adik beradik sebelah abah, jarak rumah diaorg 5 minit naik kereta je kalau nak jalankaki pun boleh.
Kat Kelantan panas sungguh tapi hari tu Adam okay je tak demam apa pun .. Alhamdulillah syukur sangat2 ... balik sini dia hanya dpt ruam kat belakang badan tu je lain2 okay spt biasa. Harapnya kali ni perjalanan pergi dan balik lancar dan selamat serta kenduri tu berjalan lancar dan diberkati Allah.
Daaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, May 26, 2010

Happy 9 months old

Happy 9 months old Adam .. Mommy masih ingat Adam ni little baby. Adam dah pandai berdiri lepas tangan, can sit without support dan boleh merangkak laju dah. Gigi pulak maintan 2 batang kat bawah. Baru seminggu dua ni Adam dah reti mengamuk, siap tendang2 lagi .. adoiii nak kena layan tantrum baby. Pagi2 kalau i hantar rumah auntie dia dah boleh waving bye-bye sambil sengih2, pastu petang bila nak ambik Adam mesti kena pegi ambik dia kat Aeon Setiawangsa sbb auntie n cousin i almost tetiap hari bawak Adam berjalan kat situ. Suka sangatlah dia kalau dibawak ke situ sbb kat situ kan ada taman dan air pancut tu .. sampai basah2 main air pancut tu.

Adam dan Opah on d way to Country Homes Rawang ... See dah ada gaya budak besar dah.

Dah tak suka duduk kat stroller or car seat .. teruk ler mommy nak dukung je manjang tak kira masa, gilir2 dgn papa pun tak still tak larat. Kalau kat dlm mall dia duduklah kejap kat stroller tapi kejap2 mintak dukung, kalau tak dukung siap tendang2 tu elok je angkat terus senyum lebar tunjuk itu ini .. ooh lagi satu nak kasi dia duduk kat stroller kena beli toy baru elok je dia duduk kat dlm tu sambil belek2 toy baru, toy lama tak nak yer siap campak lagi .. feeling2 mak bapak dia cop duit kot tu ygn nak toy baru tetiap kali keluar.

Car seat plak nak duduk kalau nak minum susu je or nak tido je, abis susu terus mengeliat badan nak bangun .. bahaya lah cam ni camana lah kalau mommy nak drive nnt. Kat dalam kereta lasak macam kat rumah jugak nak bergerak bebas, tapi kitaorg ada umpan iaitu pasang je cd baby Mozart terus Adam macam high je hehehehhe pastu still nak main2 tapi tak lasak sangat dia macam calm je and sometimes dia senang nak tido kalau kita pasang music classic tu. CD tu adalah sangat penting bagi kami, dah jarang dah dgr radio2 ni .. tetiap kali duk pasang music macam tu dgn kitaorg skali bertenang hehhee camana lasak or meragam pun Adam mommy n papa cam rilex je handle gara2 dgr calming classical music Adam la ni .. heheheheheh

Camana agaknya nak bagi anak berdisiplin duduk kat car seat sampai umur 4 thn cam anak org puteh tu. Kalau nak marah tengking2 or cubit2 pun tak guna baby apa tau .. cam mendera la plak paksa dia cam tu, kesian la nak paksa2 ni .. habis tu camana yer?


Okaylaa till next time daaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, May 19, 2010

Sweeten up my day

Adam really sweeten up my day, dia dah pandai buat lawak. Kalau nak sedih2 pun tak guna kalau Adam ada next to me .. he really2 sweet. Actually banyak nak update pasal Adam tapi nnt lah next next entry ke.


perasan tak gigi 2 batang kat pic atas tu hehehhe Adam dah ada gigi 2 batang dan sejak dah ada gigi ni dia duk asah gigi dia merata mostly suka asah kat bahu mommy ... sakit jugak. Kadang2 dia selamba je merangkak to me pastu macam nak manja2 kat lap mommy padahal nak gigit. Sekali kena gigit tegak jugaklah rambut mommy ni.

Till next entry

Daaaaaaaaaaa

Thursday, May 13, 2010

Adikku ..

Lama tak berupdate blog ini, saya tak de mood langsung nak berbloging skrg. Saya masih bersedih, masih tidak boleh menerima kenyataan dan masih tidak percaya yg ianya sudah berlaku. Tapi saya redha dgn ketentuanNYA.


5 Mei 2010 adik saya yg bongsu Nik Hanif Muhamad pergi buat selama-lamanya, diusia 21 tahun. Sebagai adik yg bongsu dia mmg manja dan asyik berkepit dgn parents aje tambahan pulak dia asyik sakit aje. Pada hari kejadian tu dia tak dela sakit teruk malah boleh bangun berjalan ke kereta utk ke hospital pada pagi itu. Pagi Rabu tu saya mmg masuk ofis lambat tapi dah inform boss nak bawak anak pegi check up, dan pagi tu jugak mama saya pun bawak adik pegi hospital katanya nak ambil nabulizer je sbb semput. Sampai ofis mama call lagi kali ni ckp adik perlu dibawa ke HUSM sbb keadaan dia spt bertambah teruk sket, tapi mama kata tade apa2 so saya tak perlu risau. Tak sampai 15 minit kemudian mama call lagi ckp "Adik dah tak ada lagi dah" sambil nangis2 .... saya rasa nak terpengsan, tetiba rasa gelap sekeliling tak percaya tapi perlu terima hakikat.


Adik meninggal dlm perjalanan ke HUSM dalam ambulans, hanya mama berada disisi dia masa tu sbb abah balik nak ambil pakaian dia utk dibawa ke hospital. Pemergian adik betul2 mengejutkan semua org sbb dia pergi dgn tiba2 dia hanya mengalami sakit biasa iaitu sakit saraf dia yg kadang2 otot dia lemah dan juga Asma .. betapa besar kuasa Allah. Saya tak sempat menatap wajah dia buat kali terakhir dan saya amatlah ralat sekali ... peluang tu tak akan kembali.


Dia sepatutnya datang melawat saya next mth on the 4th June kononnya cuti sekolah nak habiskan masa disini main2 dgn Adam ... tapi dia dah tiada lagi. Saya tak jumpa dia sejak tahun lepas, bulan Oct 09 adalah bulan terakhir saya jumpa dia masa tu saya hantar dia balik kampung sambil2 saya nak habiskan masa berpantang kat sana. Lama betul saya tak jumpa dia, bukan nya kitaorg tak nak balik kampung tapi memandangkan ada baby maka saya tak berani nak travel jauh2 jadik mengharapkan dia dtg sini jela. Saya mmg rindukan dia, dialah yg paling kecoh kalau kami balik kg, dia juga suka masak, suka bergaduh dgn saya, dia lah jugak tukang gelak lawak2 saya yg bodoh ni ...dia lah yg paling ceria antara kami semua. Balik rumah parents tanpa dia mmg sunyi sepi, tiada lagi gelak tawa dia yg riang.


Tujuan parents saya balik kampung sbb nak bagi dia peluang menjadi petani moden ditanah pusaka milik abah. Tanah dikampung agak luas terbentang dan terbiar tapi sejak dia ada disana dan pun di usahakan macam2 tanaman dan jugak dia dah punya haiwan ternakan. Semasa disana saya pegi melawat kebun dia mmg sedih sbb tanaman dia dah tunggu masa nak dpt hasil, kini abah pun dah tawar hati dgn semua tu .. setiap hari dia dan abah lah duk ulang alik ke kebun tanaman tu. Nak cerita lebih lanjut tak boleh lah sebak rasanya ni.


Risau jugak pada mulanya bila saya tgk parents terutamanya mama yg asyik mengalirkan air mata tak kira masa .. tapi Alhamdulillah sebelum saya pulang ke KL saya nampak mama dan Abah kembali tenang spt biasa .. dan utk memastikan keadaan okay saya telefon mama 2 jam sekali setiap hari. Dan hari ini saya betul2 bersyukur mama dah okay dan kembali ceria sikit2 dah dan makan pun dah kembali berselera spt biasa.


Saya mendoakan semoga roh Adik ditempatkan dikalangan org2 yg beriman ... Al Fatihah.


p/s: saya kini hanya ada seorang adik sahaja.

Tuesday, May 4, 2010

Adam 1st shoes

Adam sejak dah pandai berdiri ni rasanya tak sesuai lagi dah kalau nak bawak keluar pakai stokin je. Nampak tak lengkap je .. macam tak bergaya pun ada jugak, tapi i sendiri yg decide dulu tak nak beli kasut dia lagi. Sebenarnya opah Adam (MIL) dan belikan dia kasut, kasut yg lembut2 je dan senang nak pakai . Memang selalu pakai yg Opah bagi ni lah sebelum kitaorg beli yg baru. Tapi i cam biasalah cam sedih plak bila i sendiri tak beli pun lagi kasut kat Adam, pastu terus nekad kali ni kalau jumpa je yg sesuai mesti beli.


Masa i pegi MidValley tu selain ptg rambut i ni .. heheheh terjumpalah plak kasut sesuai for Adam .. ehheehe actually kasut ni Adam sendiri yg pilih. Masa kat kedai tu i tengok kasut lain duk try kat kaki dia tapi dia tetiba pegi capai kasut ni, so i pikir yg ni kot Adam berkenan sbb yg i pilih tu dia tak pandang pun. Tapi bila i tunjuk kasut yg pilih tu kat dia "Adam nak kasut ni tak?" dia senyum meleret je macam selalunya bila kita tanya "Adam nak susu tak?' kalau nak dia akan senyum sambil melonjak2 maknanya dia nak .. hehe so i pun agaklah Adam mmg minat yg ni kot. I pun mintak lah kat SA tu ambilkan sepasang in his size dan try pakai kat dia pastu bila kita letak dia berdiri terus dia lompat2 cam happy je. Terus panggil Deer ckp Adam nak yg ni dan bayar .. keluar dari kedai tu terus pakai. Ooh kasut yg i berkenan tu bentuk selipar yg ada magic tape tu brand nike .. sbb terpengaruh tengok ada baby org lain pakai cam comel sangat, tapi yg tu Adam tak berapa suka....i suka sangat sebab amat senang nak pakai dan tahan lama .. tak pela nnt i akan beli jugak. Kalau beli utk Adam jimat sket nnt boleh pass kat adik dia in future tak yah beli kasut bebyk dah.

Inilah kasut yg Adam pilih tu ... tak tipu tau dia mmg pandai pilih barang. Kalau tak nak dia pandang kat tempat lain tapi kalau dia nak dia akan ambik dan pegang.



Ini pulak kasut yg opah Adam bagi tu .. amat selesa sekali, lembut macam stokin je. Adam pun suka sangat pakai yg ni. Yg opah bagi ni dah lama dah Adam belasah cam dah bertambah lembik dah . Berjasa tau kasut ni kat Adam .. thanks Opah bagi Adam kasut comey ni :D.


Model kaki memperagakan kedua2 kasut lama dan baru .. nanti mummy beli lagi kasut baru utk Adam.

p/s: Adam pakai kedua2 kasut tu sangat comel. Jangan lah salah sangka plak yg i ni nak show off ke apa cuma i terlebih excited tak tentu hala nak letak gambar kasut anak kat blog ni .. almaklumlah kasut baru .. kasut pertama plak tu hiksss.