Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, October 8, 2010

I'm a Little Driver

Hehehehe mommy let me drove her to shopping mall ... percaya tak? .... oooh i love car and wheels very much

This is me at Shopping mall... driving small car.

And me again inside the stroller. See i never stop driving ..

Daaaaaaaaaaaaa

Tuesday, October 5, 2010

Adam at home

Adam kat rumah macam ni la, ada saja kerja dia dan baru2 ni suka betul main bedak sbb dia dah pandai buka botol bedak dan tuang2 atas lantai pastu guling2 atas bedak tu. I tak halang dia main tu sbb dia mmg ralit main bedak tu sambil tangan dia duk rasa tekstur bedak kat lantai mulut dia jugak tak abis2 membebel2 sorang, then i tukar botol bedak lain yg nak habis tu (sbb tak mahu dia membazir lebih2) dan Adam mmg boleh tau i tukar botol lain sbb dia dtg dekat i bawak botol tu sambil ckp something bebel2 ... hehhehe.

Papa cuba alihkan perhatian Adam bagi mainan lain, adalaa sekejap dia main. Adam cepat bosan dgn toys dia, walaupun dia beria pilih kat kedai mainan sometimes masa nak bayar tu nak scan harga pun payah dia tak nak lepas tapi bila sampai rumah adalaa dlm 2 ke 3 hari je pastu dah campak merata dah. Tak larat dah mommy dah papa asik nak beli mainan je.

Pastu tetiba Adam pun clingy dgn mommy plak tahlaa tetiba je nak berdukung dgn mommy sahaja tak nak dgn papa ... mmmm mungkin sbb Adam marah papa stop Adam main bedak tadi. Dan mommy tetiba tak tahan nak pegi toilet dan tak tau camana nak letak Adam ni sbb melekat cam kangaroo je. Dan ting idea dtg


Letak kat dalam washing machine ni barulaa boleh lepas dari mommy kejap dan duk dlm kejap main2 dan kami biarkan je dia kat situ dlm 3 minit barulaa Adam tak kisah papa nak dukung sbb dia dah lupa pasal mommy heheehh.

See his happy face sbb teruja main dlm mesin basuh, iyela selama ni kalau mommy basuh kain pun sambil dukung Adam dan muka Adam cam curious je tengok mesin ni berpusing dgn kain. So kali ni Adam masuk dlm ni dah study how this machine operated heheeh hebat tak Adam.

Till next time

daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, October 4, 2010

Dept outing


Tahun ni dept outing ke Cameron Highland, bertolak hari Jumaat pagi dan balik Sabtu petang. Dua hari 1 malam je dan menginap di Equatorial CH. Tahun lepas our dept outing kat KL je, masa tu i pregnant 8 mths so i tak kisahlaa pegi dekat2 sedangkan org lain semua duk bebel2 kenapa outing dekat KL jugak tapi thn ni dorang semua puas hati kot.



Aktiviti yg dorang aturkan tak best sangat dan kebykannya takde kena mengena dgn kami, 1st day masa memula sampai tu ada talk2 la from our head .. kami join jugaklaa sampai i tertido masa tu sbb tak paham apa pun dan tak pay attn pun sbb bosan .. abis talk tu ada games dan mlm ada dinner konon katanya kena pakai nice clothes tapi ada jugak yg pakai pakaian nak ke pasar je i tgk .. nasib baik i tak over dressed. Dinner selain dari makanan tak berapa best susunan acara mlm tu pun i tak puas hati jugak sbb macam berterabur je, ada yg nak nyanyi pastu ada yg kena paksa nyanyi laaa pastu ada sesi karaoke dorang (perit telingaku) dan last2 dorang yg lain duk mabuk2 dan kitaorg masuk bilik tido ... hmmm semuanya boring hinggalah esok hari iaitu hari Sabtu, kitaorg pegi pasar kat Kea Farm tu beli souvenir, vege and strawberry.

Masa memula sampai sini sempat jugak laa petang tu kitaorg pegi jalan2 sekitar hotel tu pun dah dlm pukul 6 dah masa tu, nak pegi pasar pun tak tau lagi kat mana pastu plak dah lewat plak tu dan dekat hotel tu ada strawberry farm tapi bila kami pegi pun dah tutup jugak mmm kenala dtg besok pagi. Udara kat sini best jugak macam kat oversea je, tapi i duk terfikir macam duk dlm office je.

Pening tengok bunga yg cantik2 belaka .. itu baru bunga liar or bunga tepi pagar belum lagi tengok bunga segar yg cantik dipasar tu. Semua pokok bunga tu rasa macam nak cabut bawak balik rumah tanam.


Gambar dinner tak de byk pun .. i pun pakai cam nak gi pasar jugak tapi pasaraya laa tadelaa teruk sangat macam dorang tu lagi dasat sbb macam pasar pagi. Tapi ada jugak yg pakai lawa2, yg ikut tema tentulaa new joiner sbb dorang kan tade kawan ramai dan tanduk pun tak keluar lagi kan baru join.

Ini gambar pagi kat pasar pagi Kea farm, mmg berdekatan dgn hotel dan kitaorg jalan kaki je ke sini. Strawberry beli kat sini mmg murah pada i la bila dibandingkan dengan strawberry farm depan hotel tu mmg mahal 1/2 kilo RM 20 tapi boleh petik sendiri la, dan 1/2 kilo tu minimum kita kena petik. Tapi kat pasar ni mmg murah sbb ada kotak medium size dan strawberry penuh dlm tu cuma 2 paket RM 10 dan i beli berpaket2 berbagai size dan harga, fresh vege tak byk beli sbb takut tak masak nnt.

my aunties and cousins tgh belasah strawberry. Walaupun tak berapa nak manis strawberry tu tapi dorang tak kisah makan je.

Bila balik tu masa nak jemput Adam kat rumah Cik Nah tu rupanya Mok(nenek i),Ichu dan Cik Nab pun ada kat situ bersama anak2 mereka .. ramai la jugak kat situ dan kitaorg terus terkam strawberry ramai2. Owwh Adam i tinggal kat Cik Nah sbb mil tak boleh jaga ada kenduri nak kena attend dan Deer tak boleh handle Adam sorang sbb dia takut nnt tak leh drive nak ambik i kat opis bila i sampai KL. Adam punya car seat yg sesuai dgn umur dia skrg ni tak beli2 lagi pun tgh consider ni nak beli car seat baru macam sempit nnt keter kami so tgh pikir macam nak upgrade kereta lain ... tak confirm lagi ni pun, lagipun keter kami skrg ni amatlah terbaik macam sayang plak, tahlaa serba salah haku.



Adam pun suka strawberry tu, tapi dia makan tak byk lah takut batuk pulak. Memula ingatkan byk dah i beli strawberry tu tapi cam sikit plak sbb syok makan cam tu je.

okaylaa till next time.
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, September 30, 2010

Yoga Baby


My baby mmg suka tidur lewat malam (dlm pukul 11pm above). Kalau mengantuk sangat ada jugak dia tidur awal (paling awal pkl 9.30pm) tapi kalau tido awal dia bangun minum susu adala 2 hingga 3 kali jugak. Adam ni kalau mengantuk suka tahan mata, bila terasa mengantuk je mesti dia refused his milk (sbb bila minum susu mata boleh layu) selagi mampu dia bermain je dan i noticed kalau mengantuk suka buat position macam yoga (position downward dog)jadi bila asik duk beryoga je tu kami paham la .. mmg budak ni mengantuk la ni, tapi kami tak paksa dia tido pun bagi je dia bermain sampai dia takat mana dia nak.


Memang bahaya kalau dia buat macam ni sorang2, sebab tu la i tak pernah tinggal dia main sendirian takut terjadi apa2 yg tak diingini. I rasa dia mendapat inspirasi daripada memerhatikan gaya kami solat kot .. macam gaya sujud pun ada tapi nak kata dia nak angkat badan berdiri pun tidak sbb dia dah pro angkat badan nak berdiri ni cuma nak melangkah je takut.

Masa ni baru abis menyusu, minum susu pun tak nak baring okay tapi nak sandar je kat badan kita barula boleh tahan lagi mata dari layu. Tu tgh sandar kat mama tok nah (masa ni i bermalam kat rumah cik nah). Tengah tengok TV jap .. suka tengok iklan kegemaran kit kat yg nyanyi karaoke tu lagi satu suka tengok Barney.

Lepas abis menyusu sambung balik buat yoga sampai tertido. Begitula Adam bila mengantuk, bukan spt org mengantuk disorong bantal sbb tido pun tak pakai bantal.

Till next time

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, September 29, 2010

Healthy day

Raya hari tu i makan banyak jugak, alaa i rasa semua org la mkn byk .. mm takkan nak tolak rezeki kan. I suka makan rendang ni tak kiralaa rendang apa tapi tak suka biskut raya or kek tapi i suka kek secret recipe (ehehe memilih) sbb ia tak manis. Tahlaa mmg tak suka makan manis2 sbb immediately boleh pening lepas tu, manis2 buah i suka. Sejak raya pertama asyik mkn byk je, puasa 6 pulak tak start2 lagi ... terasa bersalah kat badan ni duk sumbat makanan byk2 takut pun ada jugak. InsyaAllah next week nak puasa la ... sbb i terasa cam tak sedap badan dah ni maybe makan pulut byk kot. Tu yg kitaorg sampai demam2 tu mkn macam2 sampai tak sedar diri terseksa.
Ooh i dan Deer dah tekad nak start balik jogging2 dihari minggu .. at least seminggu sekali pun tak pe janji ada jugak healthy day. Kitaorg dah start jogging last 2 week, dulu2 pun before i pregnantkan Adam kitaorg mmg selalu jog weekend tapi sejak Adam lahir payah sket kan masa tu dia kecik la pastu skrg ni dia dah setahun sebulan dan rasanya boleh start balik dah. Adam bagi kerjasama yg baik, tak de merengek nak mintak benda bukan2 mmg behaved sangat .. ooh kitaorg gilir2 lari iaitu Deer lari 2 pusingan berhenti pegang Adam dan i lari 2 pusingan berhenti ambik Adam dan seterusnya sampai tak larat nak lari lagi laa. Tempat jogging kami dekat area rumah je dekat ada taman ni tempat org jogging ramai kat sini pastu ada taman kanak2 bolehlaa bagi Adam main gelungsur tu bagi dia happy2 tak bosan menunggu.

Semoga lepas ni rajin2 laa kami teruskan niat baik kekal sihat ni .. jangan sekerat jalan sudah. Till next time Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Masih berhari raya

Lama i tak update, bukannya busy berhari raya pun tapi busy demam. Seminggu selepas raya kami demam tapi i demam lite2 je, Deer demam teruk. Alhamdulillah kami dah okay dan paling bersyukur dalam waktu semua org gilir2 demam tu Adam sihat tak kena jangkitan kat dia pun. Tahun ni i dapat adala dua tiga jemputan rumah terbuka tapi tak pergi pun kan kami demam ..tapi nak ucapkan terima kasih lah kepada sesiapa yg menjemput tu, semoga murah rezeki anda kerna suka jamu2 org ni.

I tak ada plan pun nak buat open house ni tapi i ada plan nak buat Birthday party Adam .. alaa buat kecil-kecilan je. Tarikh pun tak ada lagi sbb nak tunggu semua org available ni payah sket, pastu kawan2 yg dijemput pun tak ramai kot .. mmm apapun tengoklah nnt camana. Tak ada apa nak citer dah ni tapi ada gambar saki baki hari raya hari tu ...

Adam dgn Mama tok Nah je all d time. Muka muncung sbb panas pastu ngamuk nak minum air merah.

Pastu dpt duit raya dari auntie Erin tapi lupa nak salam ... patah balik pegi salam. Dalam gambar tu macam dah boleh berlari tapi masih bertatih lagi still tak pro lagi sampai hari ni.

Tak puas ati aah duit raya satu envelope je ... tgh tunggu more duit raya.

Ambik gambar dgn aunti Jaja macam konon2 iklan pemanduan berhemat balik kampung. Tapi tak balik kampung pun .. masa ni raya kedua dah.


Gambar raya kedua jugak kat rumah Jaja tgh tunggu cik nab masak2. Kitaorg makan keropok pastu Adam pun nak jugakk. Tade baju raya dah masa ni .. alaa takat kitaorg je pakai apa ada jelaa lagipun Adam tukar baju 5 or 6 kali sehari tak de duhet ler nak beli baju raya 30 helai utk 30 hari .. tu jelaa hari raya ku.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, September 17, 2010

1 Syawal ku

Hari ni saya dah kembali bekerja setelah bercuti beberapa hari. Hari raya saya cam biasalaa meriahla jugak w/pun saya sedih sbb tak beraya bersama keluarga saya. Tahun ni saya beraya di Kepong lagik .. iye mmg tetiap tahun pun kat sini la, bukannya laki saya tak mau balik kg saya nun di Kelantan tapi saya sendiri pun ngeri dgn kesesakan lalu lintas nak pulang ke sana tu. Malah mama saya sendiri pun kata baik balik lepas raya laa .. tak payahlaa berebut dgn org ramai yg bersesak tu. Owwh beraya kat rumah PIL pun best jugak sbb dorang mmg meriah sblm raya dgn memasak dan mengemasnya macam dah nak kenduri, tp keluarga sendiri tetap dihati :D.


Raya pertama .. pagi2 lagi kami berdua beraya kejap kat rumah PIL salam2, makan2 dan lepak2 jap dan lepas solat jumaat spt yg dijanjikan oleh Deer yg raya pertama saya nak ke tempat berkumpul kaum keluarga sblh mama saya (keluarga sblh mama mostly menetap kat KL/S'gor) iaitu di rumah auntie saya di Taman Ibukota. Mok(nenek) ada kat situ maka semua anak cucunya berkumpul disitula.




Adam dipagi raya bersama tok wan dan opah. Masa ni lepas sembahyang raya. Ni masa beraya kat Kepong dgn keluarga PIL.

Ni kat Taman Ibukota dan tgk la Adam masa ni tade nak duk dgn mummy lagi dah asyik kepit dgn mama tok nah jegh. Ooh yg dukung Adam tu auntie i yg jaga Adam. Cik Nah ni kakak mama i ler dan sebelah i tu sepupu gak belakang kiri kanan tu semua sedara mara ler


Dorang ni sepupu saya, mmg ramai perempuan dari lelaki. Semua dah besar2 belaka dah keje dan sekolah menengah dah, tinggal yg paling kecik Ayla je. Oooh nnt kena spare baju kenduri byk2 ni mana tau kang tetiba ada yg kawin plak .. i dah ada baju eeee, pastu boleh recycle buat raya lagik.


Kami sekeluarga tade konsep warna baju, Adam ada 3 pasang baju melayu pastu pakai la mana2 ikut suka dan Deer pagi raya tu pakai baju melayu warna purple dan i plak baju kurung hitam. Petang raya i pakai baju kenduri (bkn baju raya pon) warna purple dan Deer pakai baju melayu biru dan Adam baju melayu warna lite purple kot ... pening laa nak citer yg pasti konsepnya caca merba.


Inilah gambar raya kami sekeluarga, di ambil pada pkl 11 mlm dgn muka penat dan ngantuk dgn Adam nye dah pakai baju lain. Macam ni la tetiap tahun kami mesti lupa nak ambil gambar raya, tahun lepas pun tade gambar raya jugak .. eii rugi sungguh. Tapi masa tu Adam maintain bertenaga dan masih aktif bermain sana sini. Masa ni i dah balik rumah PIL di Kepong dan masa jugak kat rumah PIL ada tetamu tgh beraya.

P/s: itulaa raya ku yg tak seberapa ini. Walaupun aku kelihatan gembira tapi dlm ati ku sedih teringat family. Lagi2 teringat arwah adik ku.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa