Tahun ni dept outing ke Cameron Highland, bertolak hari Jumaat pagi dan balik Sabtu petang. Dua hari 1 malam je dan menginap di Equatorial CH. Tahun lepas our dept outing kat KL je, masa tu i pregnant 8 mths so i tak kisahlaa pegi dekat2 sedangkan org lain semua duk bebel2 kenapa outing dekat KL jugak tapi thn ni dorang semua puas hati kot.

Aktiviti yg dorang aturkan tak best sangat dan kebykannya takde kena mengena dgn kami, 1st day masa memula sampai tu ada talk2 la from our head .. kami join jugaklaa sampai i tertido masa tu sbb tak paham apa pun dan tak pay attn pun sbb bosan .. abis talk tu ada games dan mlm ada dinner konon katanya kena pakai nice clothes tapi ada jugak yg pakai pakaian nak ke pasar je i tgk .. nasib baik i tak over dressed. Dinner selain dari makanan tak berapa best susunan acara mlm tu pun i tak puas hati jugak sbb macam berterabur je, ada yg nak nyanyi pastu ada yg kena paksa nyanyi laaa pastu ada sesi karaoke dorang (perit telingaku) dan last2 dorang yg lain duk mabuk2 dan kitaorg masuk bilik tido ... hmmm semuanya boring hinggalah esok hari iaitu hari Sabtu, kitaorg pegi pasar kat Kea Farm tu beli souvenir, vege and strawberry.

Masa memula sampai sini sempat jugak laa petang tu kitaorg pegi jalan2 sekitar hotel tu pun dah dlm pukul 6 dah masa tu, nak pegi pasar pun tak tau lagi kat mana pastu plak dah lewat plak tu dan dekat hotel tu ada strawberry farm tapi bila kami pegi pun dah tutup jugak mmm kenala dtg besok pagi. Udara kat sini best jugak macam kat oversea je, tapi i duk terfikir macam duk dlm office je. 
Pening tengok bunga yg cantik2 belaka .. itu baru bunga liar or bunga tepi pagar belum lagi tengok bunga segar yg cantik dipasar tu. Semua pokok bunga tu rasa macam nak cabut bawak balik rumah tanam.
Gambar dinner tak de byk pun .. i pun pakai cam nak gi pasar jugak tapi pasaraya laa tadelaa teruk sangat macam dorang tu lagi dasat sbb macam pasar pagi. Tapi ada jugak yg pakai lawa2, yg ikut tema tentulaa new joiner sbb dorang kan tade kawan ramai dan tanduk pun tak keluar lagi kan baru join.
Ini gambar pagi kat pasar pagi Kea farm, mmg berdekatan dgn hotel dan kitaorg jalan kaki je ke sini. Strawberry beli kat sini mmg murah pada i la bila dibandingkan dengan strawberry farm depan hotel tu mmg mahal 1/2 kilo RM 20 tapi boleh petik sendiri la, dan 1/2 kilo tu minimum kita kena petik. Tapi kat pasar ni mmg murah sbb ada kotak medium size dan strawberry penuh dlm tu cuma 2 paket RM 10 dan i beli berpaket2 berbagai size dan harga, fresh vege tak byk beli sbb takut tak masak nnt.
my aunties and cousins tgh belasah strawberry. Walaupun tak berapa nak manis strawberry tu tapi dorang tak kisah makan je.
Bila balik tu masa nak jemput Adam kat rumah Cik Nah tu rupanya Mok(nenek i),Ichu dan Cik Nab pun ada kat situ bersama anak2 mereka .. ramai la jugak kat situ dan kitaorg terus terkam strawberry ramai2. Owwh Adam i tinggal kat Cik Nah sbb mil tak boleh jaga ada kenduri nak kena attend dan Deer tak boleh handle Adam sorang sbb dia takut nnt tak leh drive nak ambik i kat opis bila i sampai KL. Adam punya car seat yg sesuai dgn umur dia skrg ni tak beli2 lagi pun tgh consider ni nak beli car seat baru macam sempit nnt keter kami so tgh pikir macam nak upgrade kereta lain ... tak confirm lagi ni pun, lagipun keter kami skrg ni amatlah terbaik macam sayang plak, tahlaa serba salah haku.
Adam pun suka strawberry tu, tapi dia makan tak byk lah takut batuk pulak. Memula ingatkan byk dah i beli strawberry tu tapi cam sikit plak sbb syok makan cam tu je.
okaylaa till next time.
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa