Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 22, 2015

Fathers day

Hi all, this entry is dedicated to fathers especially to my abah yg berada di kampung serta bapak mentua dirumah juga buat suami saya.  Setiap keluarga memerlukan ayah abah daddy appa abi walid etc etc.  Tanpa ayah tak lengkap sebuah keluarga, saya rindu abah saya kat kampung .. walaupun jarang balik kampung saya tetiap hari tepon dorang tapi abah mmg malas nak cakap dgn saya thru phone tah laa kadang2 kalau dia angkat phone boleh la sembang jap tak leh lama dia malas katanya.  Ayah mentua hari2 jumpa, alhamdulillah sihat dia cuma penyakit biasa darah tinggi tu ada laa kena sentiasa makan ubat ikut jadual.  


Gambar bawah suami saya dan Adam, alhamdulillah suami saya pun dikurniakan rezeki kesihatan yg baik Alhamdulillah tak terhingga ke hadrat Ilahi dgn rezeki itu.  Hari bapa tade celebrate apa pun cuma wish je tade la g makan2 special bawak ayah mentua sbb bila husband saya ajak abah dia keluar nak belanja mkn dia tamau la bln puasa nak kejar g terawih.  Tak pe makan2 buka puasa kat rumah order pizza (pizza lagi) pun dah cukup.


Gambar contoh hari bapa ... ala entry ni letak byk gambar deer sbb khas utk bapa.  Gambar ambik suka2 sbb memula nak ambik gambar perut dia yg gendut tapi dia cover tuck in perut n kempiskan muka hahahha.  



Gambar bapak n anak .. Adam ni most of the time panggil papa dia Appa, kalau kengkawan tanya saya mengaku je Adam panggil saya Amma dan ayah dia Appa dan kalau tanya lagi saya ckp la bapak Adam ni keturunan India.  Ada rupa India tak bapak Adam ... ahahahahha. Saje nak feeling mix marriage konon dan anak saya campur bangsa lain padahal hadooo.

till next time 
daaaaaaaaa



Friday, June 19, 2015

Pre Ramadhan

Hi again, happy ramadhan ... lama betul nak update entry ni. Segala gambar dan cerita di bawah berlaku sebelum kedatangan ramadhan.  Hari ni dah hari kedua Ramadhan kan, seronok bila bila bulan puasa suasana dia lain macam meriah.  Saya akui laa sejak dua menjak ni mmg sibuk memacam kerja dan hanya sempat letak gambar pastu bila free baru la saya tulis apa2 yg related to photos.  Saya blogging ni tade la tulis detail2 pasal baju kasut bag dan makanan yg saya masak konon bagus dan baju saya konon hebat tadelaa tade niat sebegitu ... jangan la ada antara anda yg membaca merasakan begitu ye.  So back to the story iaitu pre ramadhan gathering.

Di ofis ni mmg majoriti staff melayu jadi kedatangan Ramadhan disambut beria ia kaedahnya, 2 minggu sebelum kedtgan ramadhan hampir setiap hari ada jamuan pre ramadhan tak kira la kat luar ke kat opis ke mmg ada je.  Gambar dept baru saya join, spt yg saya cerita sblm ni boss dia merupakan boss pertama saya di kampeni ni sblm kena sepak tendang merata2.  Boss kat sini suka makan2 dan selalu belanja staff memacam, memang pemurah sungguh moga rezeki melimpah ruah. Masa ni seminggu sebelum puasa boss belanja kat Double tree hilton makan buffet, food biasa2 je mmg tak sepadan dgn harga so kalau nak dtg berbuka mmg boleh agak menu dia apa.  Tapi kami seronok je berkumpul ramai2 makan2.  


Masa dah habis makan2 dorang ajak bergambar ramai2 dan boss tak join sbb tgh bayar so masa up kat w/sap grp dept boss pening naper dia tak join.  Dept ni ramai yg muda dan ramai juga bercampur bangsa lain so agak lain skit dari dept lama saya tu but apapun syukur la ada keje.


It is me .. yes i selfie, but who cares kan.  


Candid for everyone on the table yg baru je sampai ada yg belum mkn lagi.  Ada lagi dua table kat belakang berpecah sbb kami ramai.  


On the same day back to the office we celebrated our boss birthday, it was a surprised birthday for her dan kami dah arranged awal2 dgn semua org kena beli hadiah masing2 kena ada satu tak boleh kongsi.  Dia mmg seronok tak terkata dgn hadiah yg byk dan dgn hiasan kat dinding office dia di letak gambar artis korea yg dia suka. 


She really appreciated all this, dia ckp last dpt present byk2 gitu masa umur 11 thn yg mak dia buat party n anak2 jiran dtg bawak present.  Do u know how old is she? dia dah 50thn n really look young and energetic, her secret is just to be happy and appreciate your life.


This is me again, so sorry if any of u hate me coz i don't know what is inside your heart. u maybe okay in front of me but inside who knows kan. U maybe ignore my calls n make me wonder what i have done to u until u shut me up. Apapun saya cuma mahu berkawan andai tak suka sila bagi tau at least i know and i wont disturb u anymore.


And this is my son, i always think that he's the cutest and bubbly to me ..  what others think of him is not important to me. Semua mak sayang anak masing2 so tak baik kutuk anak org ye, di bulan yg penuh kemuliaan ini marilah kita sucikan hati. 

He is my everything ... Tapi post ni tak kena la Adam, naper tetiba gi pegang situ hahhh?

Okaylaa till next entry with more stories .. daaaaaaaaaaaaaaaaaaa





Monday, June 1, 2015

Delayed entry

Last monday punya gambar tapi update today on the 9th June, last week i MC for four days .. yes pepol four days yer. Demam panas campur flu pastu sakit badan sampai doctor ingatkan denggi disebabkan suhu tinggi badan keluar bintik2 sampai 2 kali ambik darah.  Syok gak MC nih lagipun bebetul sakit kan bantai tido je sehari hari, keje satu hape pun tak pikir lagikan nak pikir gi berak pun semput nak bangun ada hati nak pikir keje. Alaa bkn nye aku suka nau keje aku skrg pun nih asal boleh gaji je keje nih tunggu turn ada kosong i tukar dept lagi skali lagi syok buat keje yg aku denial dulu konon bosan. Ehhhh terlajak citer lain.

Nih bawah nih letak gambar tepon yg beli sale kat opis jual murah2 .. beli kat mama nnt nak bawak balik kampung.  Pastu nak bagitau kawan i Sheila yg ni la yg aku citer murah tu alaa phone basic je janji blh w/sap, IG dan FB emel2 tu tatau la laju ke idok. Tapi kalau beli kat mama tade la dia nak beremel2 bagai alaa org tua pakai asal boleh call sms je la pastu kalau pandai blh w/sap anak dia nih haaaaa.



Kalau yg ko nak iphone 6 or 6 plus lama sket la aku kena tunggu nak beli sbb stok tak byk kami utamakan customer dulu. Aku pun macam nak jugak iphone 6 tu tapi tulaaa tunggu yg dpt free tade pun tunggu yg sale punya la.


Weekend last week tu i masak 1 dish ni, mushroom jepun ni memula nak buat pizza vegetarian tapi tak jadi la sbb oven kecik malas nak buat dua tiga kali sbb ramai kat umah kan takkan nak masak 1 pizza kecik je.  Last2 pizza beli yg Papa JOhn mlm tu buat dinner sbb kempunan pizza.


Cantik kan mushroom ni suka i tengok sbb putih bersih je, kan best kalau hati manusia bersih n putih macam ni mesti takde org jahat kan.


Saya masak letak yong tau foo atas ni campur dlm sayur tu.  Saya mmg suka letak yong tau foo dlm sup or sayur .. mmg tetiap kali kalau gi Tesco mesti beli 4 or 5 pcs semata nak letak dlm sayur goreng mmg sedap tak caya cuba la.


Gambar yg dah siap di masak lagi lawa kalau letak carrot n capsicum hijau merah tu ini color tak meriah plak.  Tapi rasa sedap je, ohh masak cara thai letak cili api n sos ikan senang pejam mata je siap.

Itu jela entry saya yg tertunggak lama tu ... Daaaaaaaaaaaaaa




Tuesday, May 26, 2015

No subject

Hi, sorry entry ni letak gambar semalam tapi tetiba tade idea nak cerita apa.  So sambung hari ni la, tade apa pun sebenarnya nak cerita just random things je macam macam berlaku so capture sini yg mana ingat je.  Lately keje cam biasalaaa hmmmmmmmmmmmmmmmm lets not talk abt work coz i hate working.

Saya letak gambar kat bawah tu ialah kasut baru yg terpaling selesa saya ada, flat rubber jelly shoes from Melissa.  Saya memang memula tu dah berbulan duk cari sandal best or kasut flat best nak pakai hari minggu or hari Jumaat kat opis dress down.  Kebetulan kat OU masa tu dah masuk butik Aldo tapi tak berkenan sbb kasut Aldo is killing you dgn tinggi nye menjongket sakitt tu.  Dan sebelah Aldo ada Melissa dan kasutnya mak aiii sedapnya macam kaki ayam je jalan atas karpet.  Best best berbaloi la beli kasut ni dgn wangi nye, walaupun bereben gitu tak pela yg penting selesa kan. You all yg mother la especially boleh la cuba beli kasut ni mmg sedap tak licin dipermukaan basah sbb tapak getah kan.


Last weekend gambar bawah tu kami g makan kat Sukiya Festival City Mall, first time i dtg sini cuba pun best jugak.  Cumanya nak datang lagi terpikir berkali2 sbb kat Festival City tu parking hazab sgt sampai kena tunggu lama dlm keter tak ke itu menyusah kan diri semata2 nak makan je.  Tapi Alhamdulillah dpt jgk mkn situ, makanan situ kurang seafood tapi adalah clam sikit dan vege situ bersih dan segar.  Paling mendapat pujian sayur bersih la dan sushi dia best bukan asal boleh tangkap muat je letak sushi.


Posing dgn Adam lepas kenyang makan, gambar bawah tu terbalik plak sup tu kami pilih miso dan sukiyaki.  Daging tu ada 3 jenis kambing, ayam dan lembu so ambik tiga2 setiap jenis ada 6 tray masak nak abiskan sampai muak laa rasanya tapi kalau tgk balik terliur plak.


Itu dia daging yg sengkak nak abiskan tapi potongan dia nipis sangat actually takde la byk mana pun cuma kita ni psikologi konon nampak byk.


Biasanya kalau mkn buffet stimboat cam ni kami mintak air green tea panas je konon nak bagi balance. 


Tempat lain Sukiya ni rasanya ada kat Pavillion kot kat floor yg japanese tu tapi tak penah nak try situ sbb macam ragu2 je. 


Ini gambar makanan yg paling saya suka atas ni Gimbab kat Ampang Point kat Gomonae, must have this every weekend. Sedap sangat la to me, satu set tu banyak gitu hanya RM 9 je dulu lagi la RM 7 murah kan dah la pure rasa korean.

Kegilaan baru Sangkaya icecream mmg buat gila btul must have also every weekend one for Deer n one for me and Adam dia ckp tak suka katanya tak sedap ahahha baguslaa Adam beli icecream McD je.

Tade modal dah 
till next time daaaaaaaaaaaaaaaa






Mom's day

Hi im back with the back dated entry.  This was masa celebrate Moms day ritu.  Kami ada keluar with parent in law and husband belanja parents dia makan2 so kita ikut selera mak nak mkn apa n katanya nak mkn pizza jadi bawak la kami mak, abah and brother in law ke Papa John.  Kami makan situ je tapi tade gambar nak share sbb bil duk kata ambik gambar feelin urban sgt kebetulan masa tu ada awek sebelah duk snap gambar food n family dia so masa tu i terkedu plak nak ambik2 gambar nih hikss.

Gambar bawah tu handcraft Adam kat sekolah, dia buat card tu but of coz la with teacher's help takkan dia reka sendiri kot.  Tapi mummy terharu sbb sejak anak mummy dah besar ni dah pandai buat card and wish me a mother's day .. thank u baby.



Balik keje masa nak ambik dia kat rumah Cik Nah beria2 dia duk explain dia buat card tu especially for mummy.  

This is my beloved mama, i luv u ma walaupun mama tak baca blog org tak pe nak tulis jugak sini seolah2 mama baca ni.  Miss u a lotss dan mintak maaf sbb jarang2 balik kampung tapi org tak lupa hantar belanja ye n call u every day and we chit chat thru phone almost 2 hrs every day. Almaklum laa phone bill majikan bayar guna ke tak guna ke tetap entitiled byk itu kalau tak pakai kira burn.


ini celebration for my mok iaitu nenek saya, yg belanja Azah bersempena dgn dpt keje baru kat Capital TV.  Cik Nah and Cik Nab juga ada, i tak ikut sbb keluar dgn mil. Ooh i miss my mama.


Me n my son lepas makan2 kat Papa John, kami jalan2 kat Ikea saja buang masa n buang duit dek kerana kena paw lagi dgn Adam. Itu saja la aktiviti kami masa mother's day ritu.


till next entry 
daaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, May 7, 2015

Long Weekend ritu n Adam ikut mummy pegi ofis

Baru nak update pasal long weekend ritu, cuti 4 hari duk rumah je la pastu g jejalan pun dekat2 je la. Tade plan pun nak pegi bercuti or balik kampung sbb husband saya ada keje nnt kang tak senang dia nak bercuti tetap nak bukak laptop pastu duk ngadap phone balas emel nnt saya pun sakit mata tengok.  Jadi adalah baik kami spend kat rumah je dan ada 2 kali kami ke OU,  iye tempat sama tapi pegi sampai dua hari berturut2 sbb bosan nak g tempat lain pun malas.

Cerita gambar bawah tu Adam ikut saya pegi opis hari Khamis last week, Cik nah saya balik kampung so Adam ponteng school sehari sbb ikut mummy nak buat cemana kan nak cuti kat opis tade org lagipun saya baru tukar dept ni tak boleh la nak cuti sesuka hati.  Alhamdulillah hari khamis tu tak ramai org pun kat opis, and Adam behaved very well.  Saya plan nak half day je takut Adam ngantuk ke tak selesa ke tapi nampak dia okay je lagipun dia dah besar kan tade la nak merengek itu ini malahan tak mintak pun nak minum susu cam dulu dah.  Iye saya mmg bagi dia main tab kalau nak bagi diam itu je la cara yg berkesan buat saya .. yes imma bad momma guna jalan pintas pakai gajet.


Memula sampai opis mummy dia behave la duk diam setempat je tapi tahan sampai pkl 12 pm je pastu dah garu kepala dah.


Bawak dia pegi kedai runcit dlm opis ni bagi dia beli jajan .. nak suruh leka tak bosan.  Sebab dia baru lepas demam so i pakai kan dia baju tebal sikit, tapi kejap je peluh2 sbb dia lari sana sini tak duk diam. Petang tu nak balik kena tukar baju sbb dia macam tak selesa dah.


Ini gambar dah dekat2 pukul 5.30pm, dia mmg dah bosan dari lepas lunch time lagi duk ajak balik tapi i lengahkan dia bagi dia leka dgn macam2.  Nasib baik tak ramai org hari tu jadi dia boleh la bebas bergerak sana sini tapi i tak bagi pegi jauh2 or tak bagi dia ckp kuat2 takut nnt ada org annoying pulak kan. Jadi hari tu survived and passed with flying colours la bawak Adam gi office ni tapi tak elok kerap sgt unless i got no choice so have to la.


George feeling2 je duk dlm kotak lego .... tak marah pun kena buli redha je tapi Adam je boleh buat begitu org lain dia lari.


Berbalik kepada cerita long weekend ritu ni gambar hari Isnin lepas mmg seharian kami duk terperap di rumah aje tambahan lagi SIL tak hantar anak dia bagi mil jaga hari tu so Adam bebas la kat rumah kalau tak bila anak sil nak tido je i terpaksa kurung Adam kat bilik or suruh dia tido or bagi dia aktiviti dlm bilik or kami keluar.  Hari tu Adam insisted nak main dgn George nak bawak masuk dlm rumah tapi sbb fil tak berapa suka jadi kami lepas kucing dlm bilik.  Kemain seronok mereka, tak caya tengok la muka kucing saya tu pun dah tau George tu gembira dpt main dlm umah dgn abg Adam.  George mmg suka Lego so dia tak kisah Adam buli dia letak dlm bekas Lego pastu timbus2 dia dgn lego tu lagi dia enjoy adalah.  

Itu ajelaa kisah kami campur aduk sebelum selepas cuti ritu ... Hari ni dah khamis mmg tak sabar nak tunggu sabtu ahad nih.  Mak mak bekerja beginilaa tertunggu tunggu hari minggu nak golek2 dgn anak kadang2 kalau kat opis tu duk renung luar jendela tengok view kat luar sambil berangan 'alangkah seronoknya jadik housewife' ehehehhe tapi tak mampu la ada mak ayah nak bagi  dorang duit hasil titik peluh anak dia nih walaupun tak seberapa.


till next time
daaaa


Wednesday, May 6, 2015

Appreciate every little blessing

Hi i'm back and still working ye.  Setiap hari tanamkan kesabaran utk mencari rezeki, biasa la kan mana ada kehidupan tanpa pancaroba.  Sekarang ni saya terima je semua ini dgn hati terbuka, walaupun pedih sakit nak buka pintu hati utk terima tak pa paksa jugak. Gambar2 di bawah ni semua gambar throwback 2 weeks ago lebih kurang gitu la rasanya sbb nak buat entry setiap satu kisah tade masa la.

Setiap kali tgk muka Adam mesti akan memberikan ketenangan yg tak terbayang dek akal fikiran walaupun Adam tu asik je mengamuk itu ini alaa mengamuk budak2 yg setiap hari ada je tak kena nak mintak toys la malas nak gi school la memacam la tapi tetap menggembirakan hati mummy dan mummy rasa tenang je walaupun adam tgh nangis.  

Gambar kat bawah tu Adam dgn piala kemenagan dia masa sports day kat sekolah, acara tertutup je sukan tahunan dia tade pun invitation dari sekolah for parents rasanya sekolah dia budget kot nak buat event tu.  Dia menang acara lari bawak bola ping pong dlm sudu kot dia ada cerita ritu tapi dah lupa plak sbb dia byk masuk pelbagai acara sukan.  Jadila menang satu, tahun lepan pun dapat satu gak tapi tahun lepas dia tak berapa nak reti sket n tahun ni dah paham benar dah dan pandai dah bangga gitu.



Kucing2 ramai di rumah pun bisa memberi ketenangan jugak sbb setiap kali balik rumah (walaupun rumah mentua) gembira tu sbb bukak je gate kucing2 dah jerit "mummy, mummy," waah seronok gitu dapat plak gosok2 kepala dorang terus rasa happy.  Adam pun pandai dah skrg kalau cium kucing kena cium semua sbb takut cat jelous kalau cium satu cat je .. pandai anak mummy ni. Gambar bawah tu kucing i yg remaja umur dlm 7 mths nama dia Robin Hector n color dia semua itam dan dia adalah adik beradik Donut tapi Donut lebih besar dari Robin.  Gambar tu di ambil di hari minggu 2 minggu lepas sbb hari minggu saya kadang2 lepas dorang tapi under my supervision la.


Berbalik plak pada citer opis, saya yg biasa sampai paling awal selalunya dlm pkl 7.30 am dah tercongok kat tempat duduk. Kalau saya sampai lebih awal lagi saya biasanya tak akan terus naik tapi saya tunggu kat lobby sampai at least pkl 7.30 am baru saya naik.  Kalau awal sangat saya tak berani la dan lagipun kalau duk buat selalu dtg awal ni tak berapa bagus sebenar nya sbb nnt akan ada la org ambik kesempatan konon kita paling awal kang kalau ada apa2 asik kita laaa. Sebenarnya bkn nye saya suka sangat nak dtg awal ni tapi sbb husband saya tu dia msk pkl 8 am so saya dihantarnya pepagi lagi la.  Opis saya dgn husband tak jauh mana dlm 5 KM gitu ikut short cut mungkin dekat lagi kot. Sampai opis saya baru make up dan tunggu lewat2 sket saya baru makan saya tak mau dah mkn sblm 8.30 am sbb saya rasa tak adil buat saya memandangkan ada org berkira bila saya sesekali lewat org marah so skrg ni saya sampai awal cemana pun saya akan bfast pkl 9 am baru la sama rata dgn org yg sampai lewat tu kan. So ini la di namakan DEMOTIVATED mmg dah tahap keje asal boleh je skrg ni sbb saya nak jaga hati sendiri dan tak mau balik keje lepas marah kat laki or anak dorang lagi la tak bersalah.  

Tak pe slowly2 saya pujuk diri sendiri mungkin bila hati dah okay saya akan jadi staff yg baik. Sekarng ni pun saya dah tanamkan sifat2 positif dlm diri dan cuba paksa diri jadi staff seperti dulu.  Biasalah bila hati remuk makan masa la sikit nak pulih lagipun kalau di ikutkan karier saya seperti musnah dari tahun lepas lagi saya dah pendam dlm hati. 


Setiap benda yg berlaku dlm diri kita ada baik dan ada buruk , semua ini ketentuan Ilahi dalam bersedih begitu mengenangkan masalah itu ini tetiba saya dpt sms dari Womens Weekly yg saya menang hadiah dibawah tu .. Alhamdulillah rezeki. Contest tu saya hantar thru sms je tapi itula kalau sudah rezeki itu milik saya kan bersyukur lah with every little blessing.


Benda2 gembira yg berlaku 2 minggu lepas spt gambar di bawah, saya habiskan weekend dgn mak cik saya dan cousin saya Azah.  Weekend tu husband saya kerja sabtu dan ahad dedua hari ada event so saya habiskan dgn dorang.  Kami tak kemana pun hanya pusing2 kat JJ AU2 je yg dekat sekangkang kera dari rumah cik nah.  Makan2 and Adam cek gigi kat lobby tu dekat colgate healty teeth booth.  Adam kalau ada aunt Jah mmg berbunga hati la seronok sbb skrg aunt Jah dah keje mmg busy manjang so jarang jumpa.


Balik dari JJ AU2 tu Adam tetiba je Adam demam, temperature dia from 38 to 39.5. Sampai tetiba dia mengigil kesejukan hinggalah dia tetiba bgtau mummy dia rasa tak boleh nafas, terkejut saya yg tetiba je jadi macam tu tak tau sebab adakah terkejut td cek gigi.  Nasib baik aunt Jah ada sbb i tak de kenderaan la kan husband keje ritu, pastu cousin i drove us to KPJ Tawakkal terus kat situ dia masuk ubat bontot slowly temp Adam turun .. Alhamdulillah.


The next day monday n tuesday which is last week mon n tues saya pun EL la dua hari memandangkan suhu masih lagi turun naik .. masa kat hospital saya risau takut doc suruh admitted kan lama kalau dah kena tahan.  Bersungguh2 la saya make sure Adam mkn ubat every 4 hrs n pantau bebetul dan Alhamdulillah syukur skali lagi demam dia semakin baik/.  


Itu gambar Adam tgh berehat bersama Donut, masa tu Adam tgh recover demam tapi sekolah mmg pegi sehari je last week and this week pulak baru pegi sekolah hari ni sbb semalam ngamuk sungguh2 hati tamau school tak tau la kenapa.  

Hari khamis last week Adam ikut saya ke office sbb auntie saya balik kelantan.  Nanti saya cerita next entry kalau rajin.


till next time
daaa