Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, November 19, 2010

Aidiladha

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha .. walaupun lambat tapi adoo okay .. tade apa2 menarik pun hanya beraya di sini saja. Cuti pun sehari jek, maka beraya laa ala kadar dan tidak pakai baju raya pon.

Gambar Adam beraya dibawah ni haa ... apa pun Adam jek skrg ni, dah tade citer lain dah, tak suka tak pe .. ada aku kesahhhh

Adam duk lepak2 sbb bosan ... nak mkn daging tak leh kunyah lagi ni, gigi pun tak byk lagi.


Aunty Jamie dan Adam yg baru lepas makan ... makan soto je, rendang Adam tak leh mkn lagi.


Adam dan auntie Erin plak .

Tu jelaaa Raya Aidiladha kali ni ... serba sederhana dan seperti biasa je, alangkah bagusnya kalau aku dpt balik Kelantan, kat sana meriah.

till next time

daaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, November 15, 2010

Little Geek - FB addict

I tade laa addict to FB, tapi adala a/c tu. Nak update status or tu macam malas pulak, nnt semua org tau kita buat apa dan pegi mana bla bla. Gambar pun nak upload byk2 takut tade privacy, mana tau ada stalker ke dlm kita punya frens list tu kan owh lagi satu nak upload gambar sakit ati lembab gila. Sejak ada FB ni kawan2 sekolah tadika, rendah dan menengah or college pun ada .. just ada je la tapi tak bertegur sapa sbb masa sekolah2 dulu tak geng pun tup2 ada FB boleh termasuk dlm fren list plak. Tapi i mmg tapis ler kawan2 yg kenal je tak kisah laa korang nak kepochi ke nak jadik stalker ke nak tgk gambar2 i pastu nak goss goss pun tak pe i redha sbb tadelaa hidup aku skrg ni teruk pun okay jegh. Ehh dah melalut plak pasal FB ni, yg sebenarnya nak tunjuk gambar my little prince ni ha yg tengah duk sibuk update FB dia sendiri ... hahahhaha.




Mummy ni sebok laa nak tumpang glemer ler ni


hmmm status Adam hari ni : Minum susu baru 3 botol .. tu pasal la i kurus :D

Tengah upload gambar ni ... cam tak boleh je. Main games la lagi baik.


Muka bersungguh2 bila kita bagi peluang dia pegang notebook tu. Owh actually itu aunty Adam punya dorang duk buat assignment dan jugak tak lupa berFBing while study .. boleh gitu, dorang ni pun sama jugak every minit nak update status kang jap kat notebook jap kat bb .. ala2 mabuk gitew. Be careful dgn status note tu kang tak kena gaya nnt jadik bahan ehehehehh.

p/s: I ckp ni berdasarkan apa yg terjadik among kitaorg jegh iaitu family kami ni haaa. Jgn la plak org lain terasa .. eh tetiba cam pandai plak tapi i update macam2 jugak kat blog hueheheueh. Owh lupa nak bitau Adam ni tade pon FB haa, tak kose nak bukak a/c for dak kecik ni .. tapi Adam suruh bukak Fan page Adam .. eh popular ke?

Monday, November 8, 2010

Party Adam

Masih lagi cerita pasal birthday Adam, walaupun party kecil2 an tapi tetap meriah lagi2 Adam dan boleh berjalan dgn stabil asyik ke hulu hilir la Adam melayan tetamu. Kek pun papa Adam beli belasah je last minit baru nak cari, awal2 dulu konon nak tempah kek lawa la tapi sudahnya beli kek biasa je ... ala lagipun Adam bukan boleh makan kek pon. Masa Adam potong kek tu i ada bagi dia rasa secubit kek (kek tiramisu) mmg suka laa Adam macam tak cukup2 je dan esok nya abis badan dia naik bintik2 merah, adala seminggu jugak baru hilang sepenuhnya bintik2 tu.




Adam tak pandai tiup lilin tu .. esoknya masa b/fast dia buat2 blowing candle tapi dia tiup kat botol air ... terlewat ler Adam ni.

Walaupun kek tu kecik tapi mmg mencukupi utk semua org lagipun makanan lain kan masih ada lagi. Hmmm nnt next year i buat sendiri la kek birthday Adam ni lagi puas dan lagi sedap kot dan paling penting mommy buat penuh kasih sayang banding dgn beli kedai tu :D ... tapi skrg ni belum pandai pun lagi buat apa2 cake pun heheheh tak pe boleh blaja je.

hmmm everytime buat entry nak letak gambar je mesti masalah .. actually ada lagi gambar2 i nak share kat sini tapi tak boleh upload nnt next time la i sambung je entry ni .

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, November 4, 2010

Adam birthday party

Akhirnya sabtu minggu lepas kami adakan sambutan harijadi Adam at PIL's place. Hehhehe okaylaa sambutan kecil-kecilan je dan tak jemput ramai pun hanya ahli keluarga sahaja from my side and deer. Ini first time for Deer and me organized party sebegini maka ada byk kekurangan. InsyaAllah tahun depan mummy n papa akan organize betul2 for our intan payung Adam.

Adam yg tengah penat berehat jap sbb dia asyik layan tetamu sampai ke dapur kejap2 kat hall depan pastu lepak kat tangga jap .. fuhh letih Adam. Gembira betul Adam hari tu macam tau2 je itu party dia walaupun dia tak tidur siang hari tu tapi mata dia dpt bertahan sampai malam tp ada cranky sket laa but still under control.

Actually byk nak cerita tp nak upload gambar pun slow maka i pun tade mood ni dan keje tgh byk lately nntlaa next entry i cerita lagi.

daaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, October 26, 2010

14 mths old Adam

Today Adam turned 14mths old. Alhamdulillah he is one healthy and active boy, jarang sekali sakit2 dan tak pernah lagi kena flu tapi demam lite2 sugi tu adalaa biasala manusia kan bukan robokop. Milestone Adam pun Alhamdulillah sejajar dgn usia budak yg sebaya dia. Adam very helpful kat rumah mmg byk tolong mummy, tolong sepah rumah je.



Selepas mandi mmg payah nak pakai pampers dan baju, asyik nak bogel je ... dan sometimes terkencing kat lantai pastu dia main tepuk2 air kencing tu sampai tersedar dah satu badan basah balik bergelumang air kencing .. euwwwwwww Adam ni teruk ler. I ni bukan apa kalau paksa2 pakaikan baju kan kesian pulak kat dia tu manala tau dia rasa tak selesa kot berbungkus je kat private part dia .. bila kita lepaskan bebas dia tergelak2 happy.

Ini hobi baru .. berjemur dalam rumah. Mommy letak gambar ni nnt besok Adam jgn la saman mommy plak yer hehehe. Bontot Adam itammm .

Sekarang ni kalau kami nak bersembang mesti bising dgn suara Adam yg nak menyampuk sama. Bila kami mula berckp je dia pun mula la bising dia nak bercerita jugak tapi bila kami diam dia pun diam jugak hehehh kelakar dan ada jugak bila kami bersembang dia pun ala2 nak menyanyi pun ada .. macam2 laa Adam ni. Ooh antara word2 yg biasa bermain dimulut Adam spt:

nanak=tak nak
anash = panas
donno = don't know
omaigod= omg
oh no = oh no
cat = cat
nenen = milk
nenen = makanan
nenen = pacifier
jan = hujan
yai = cry
ebi = baby
no = no
ane = mana

Adalagi la kot tapi tak berapa ingat i ni, yg dia cakap "nenen" tu mmg pening la i sbb nenen punya 3 makna so kena bagi semua baru tau yg mana satu. Dia mmg cakap "omaigod" kalau dia pegang apa2 pastu terjatuh ke ataupun tengok baby lain nangis ke, yg tukang mengajarnya adalah cousin i iaitu aunty jaja .. tula macam poyo pun .. jgn muntah eh .. hiks. Bila i marah dia or i ckp "no" mesti dia ulang jugak ckp no sambil tepuk2 lantai nak marah i balik .. hmmm lantak ko la Adam. Bila keluar dan tetiba ternampak baby lain nangis Adam mesti kalut pandang sampai teleng2 kepala pastu geleng2 sambil ckp kat i "ebi yai" macam pelik je kenapa baby tu cry. Pastu kalau terjumpa mana2 baby or yg bawak baby tegur dia Adam akan "eeiii ebiiiii eiiiii" cam excited sungguh dan ada gaya big boy disitu.


I dah ajar Adam mengenal warna, sikit2 dia tau la tapi tak reti sebut pun cuma kalau kita tanya color "blue" nnt dia tunjuk la kat apa2 je yg berwarna biru. Hari tu i ada ajar dia menyusun cup yg color2 tu pastu dia mula2 tak minat tapi skrg ni macam terlebih minat pulak sbb semua benda dia nak susun.

Tengah cari barang nak susun .. kusyuk betul. Tapi cepat bosan nnt kena cari mainan lain pulak tak kisah apa2 pun baldi pun boleh jadi mainan.

Till next time daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: Setakat ni Adam cakap campur2 BM/BI nnt i nak ajar ckp cina dan tamil barulaa satu Malaysia anak aku ni hehehe. Owh tak lupa juga ckp siam nnt senang balik Kelantan nak beli barang kat sempadan tu boleh dpt murah ...oooh mai owww mai oww.

Thursday, October 21, 2010

Run Adam run ...


Adam dah boleh berjalan laju dah ... kira macam semi pro walker dah. Sebelum ni dia berjalan setakat 2 langkah je pastu terus duduk tapi hari Sabtu lepas dia boleh berjalan dgn laju dah dan melangkah jauh. Selama ni takut2 je tapi tiba2 keyakinan dan keberanian untuk berjalan baru datang kedalam jiwa kecil Adam hehehehe. Adam officially dah boleh berjalan .. berlari belum lagi hehehe :D



Sekarang ni setiap masa nak berjalan aje, kalau lenguh baru la duduk kejap pastu bangun balik berjalan lagi. Suka sangat pijak rumput, mesti pelik dgn warna rumput tu, almaklumla skrg ni Adam tgh belajar mengenal warna. Kalau dulu asyik tido lambat je tapi sejak dpt kaki dua tiga hari ni tido pun awal, letih agaknya. .. fuh lega kalau tidak sampai pukul 2 am pun pernah berjaga, kalau berjaga nak main2 sendiri tu tak pe ni tak, nak kita layan dia bermain sama ...letih nyee dan esoknya pegi keje mata i cam mata garfield kena tumbuk. Tapi tak mengapa demi anak tercinta mommy sanggup buat apa saja.




Rumah bersepah setiap masa skrg ni, tak larat nak kemas dah .. janji tak berhabuk sudah. Kalau kemas pun masa Adam tido je dan bila dia bangun je sekelip mata berubah semua benda termasuk la kerusi makan dan side table dah merata dah .. kadang2 terkejut tgk kerusi makan duk depan tv dan side table dah sampai ke dapur dan baldi dan bakul kain yg nak dilipat abis bersemak kat lantai .. cepatnya Adam buat keje macam superhero Flash.

Adam ni kuat tau baru berjalan beberapa hari je dah nak sepak2 bola dah ... pastu boleh angkat baldi kosong siap angkat julang tu, playpen yg berat pun dah boleh tolak sikit2 dan nasib baik benda tu berat so tak dela beralih jauh2 pun. Pintu peti ais pun dah boleh bukak dahhhh, tapi tak de la sampai ketagih nak buka pintu peti ais je cuma kadang2 je. Walaupun dia ganas berjalan dan memanjat tapi dia tak berani panjat tangga sbb kami ckp ada momok heheheh ... i tau mmg tak baik buat cam tu tapi ianya berkesan dong so tak payah lah susah2 kitaorg nak beli pagar heheheehh jimatss.

Till next time daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: harga susu dipasaran dah naik ler .. susu Adam naik sampai 3 hengget ko, nasib bapak Adam yg kena tanggung tu semua.

Friday, October 15, 2010

Furry frens - Ob n Molley Ball

Lama tak ada update pasal furry frens i, hari ni i nak cerita pasal sahabat berbulu dirumahku. Obie hari tu sakit2 tapi sekarang Alhamdulillah sihat, bulu dah kembali bersinar dan lebat juga muka pun dah berseri2 dah tade discharged kat mata or tepi hidung kalau tak dulu bersepah taik mata dan taik idung dan keje i duk mengelap je.



Molley ball pulak hari tu teruk sakitnya sampai bengkak2 mata tapi skrg dah bertambah okay sedikit dan malang sekali mata molley ball sebelah dah buta, hari tu sakit mata dia mungkin disebabkan kena urin katak sbb dia suka usik katak depan rumah. Walaupun dah buta dia masih dapat melihat sebelah mata, dan keadaan dia sedikit okay lah berbanding dulu yg hanya duduk termenung je. Sekarang ni Molley dah boleh keluar berjalan2 disekitar rumah, makan pun dah berselera sikit dah ... syukur sangat tapi bulu dia still ada gugur sikit ... mm part bulu dia gugur tu i berhati2 sikit dan pastikan dia tak masuk dlm rumah, biasanya kalau kami ada kat rumah furry frens duduk dlm cage dan kalau kami pergi keje diaorg akan lepas bebas kat luar. Part ini i perlu berhati2 takut bulu beterbangan dlm rumah ini bahaya for Adam.

Semalam i EL sbb kena jaga Adam (my aunt tak sihat) i lepaskan Obie memandangkan bulu dia dah tak gugur merata dah tapi molley ball i kurung. Semalam Molley ball berehat, seharian dia tidur aje, nampak makanan i letak semua licin makan. Macam tu la dia lately makan okay tapi dah kurang active dah. Sedihlaa cerita pasal molley ball ni tah bilaa la nak sihat macam sediakala ni. Disebalik sedih2 tengok molley ball ni ada peristiwa lucu antara obie dan Adam, semalam masa Adam duduk merengek (tgh lawan mata) i pegi buat susu, Adam i biarkan dia kat hall kejap dan dia drpd merengek terus menangis kuat2, bila i keluar tetiba ternampak Obie ni tgh pujuk Adam .... hehee tak pernah i saksikan sebelum ni, Obie dtg depan Adam sambil meow2 (masa ni meow dia tu dlm nada yg berlainan drpd yg biasa i dgr) ingatkan dia nak marah Adam tapi pastu dia macam nak gesel2 kepala dia kat muka Adam dan kaki pun pijak paha Adam yg tgh duduk tu. Dan Adam pun slow sikit menangis, bila i pegi dekat Adam je obie pun terus stop dan lari tidur dkt bawah meja makan. Tak sempat nak rakam buat simpanan dihari tua heheeheh.

Ni gambar Obie tgh perhatikan Adam main2 dlm playpen, bersepah2 dlm tu dgn segala macam mak nenek .. tupperware, botol air mineral kosong dan macam2 ada dibuat mainan. Adam buat muka serigala nak takutkan Obie .. tapi obie relax je, tetap ngantuk all d time.


till next time ...daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: gambar molley ball tade, kesian dia muka dah tak cun cam dulu dah ... :(