Popeye our cat for 1 1/2 yrs died last Friday. Sedih till now, terasa bersalah pada mulanya sbb nya malam sebelum tu iaitu Khamis mlm tu dia terlepas dari cage masa husband saya nak keluarkan potty. Kebiasaannya kami tak risau pun kalau Popeye yg terlepas sbb dia mmg pandai jaga diri, tak pernah dia jalan2 jauh paling jauh pegi rumah sebelah or selang satu rumah je. Kalau George terlepas mmg tak senang duduk sbb George lebih bodoh berbanding Popeye. George suka jalan jauh2 mmg suka main lintas jalan depan rumah.
Nak jadi cerita pagi Jumaat tu macam biasa la kami keluar rumah pkl 6 am, memula bagi mkn n tukar air kucing dulu dan potty dah tak tukar sbb malam tu dah buat kalau nak buat pagi2 tu mmg lambat la. Pagi tu Deer pegi bukak gate dulu nak buang sampah dan masa tu agaknya Popeye yg duk kat seberang jalan besar dia boleh dgr bunyi gate rumah mengelupur nak balik so dia lintas pakai lalu je terus bunyi "duppp". Argghh tak boleh cerita sbb sedih sgt bila saya nampak terbujur badan dia yg agak montel tu kat tengah jalan tak gerak2 dah, saya tau kucing saya dari jauh mmg kenal sangat. Pagi tu jugak saya gali lubang sambil air mata mencurah2 nak tanam dia sebelum pegi keje kalau tidak saya terasa tak lengkap je. Popeye kena langgaar dgn kereta, muka dia penyek dan mata terkeluar saya tak berapa nampak sbb mata byk air mata. Saya peluk jugak dia buat kali terakhir, cium2 badan dia dan badan terasa panas lagi sbb baru je kena langgar. Sedih sbb dia spt keluarga saya jugak, walaupun saya sedih tapi saya tau George lagi sedih sbb masa George masuk hospital dedua tu mencari each other dan dorang tak penah berpisah.
Kami tanam popeye depan rumah, mmg depan rumah ada ruang tanah yg kosong hanya ada rumput je. Letak batu atas tu sebab ada anjing yg cuba gali lubang tu jadi bapak mentua ku tolong letak batu2 situ.
Popeye my handsome cat, dia tak penah menyusahkan saya tak penah pulak dia demam teruk dan makan pun tak memilih. Saya bagi treat ayam rebus, bagi dlm seminggu 3 kali gitu tapi kalau ayam rebus tu yg tulang2 tu la popeye suka so saya pilih tulang bagi dia tapi sekarang bila tgk tulang ayam je sedih plak mikirkan kucing lain tak reti mkn tulang ayam.
Gambar2 Popeye dan adik beradik dia masa kecik dulu, mak dia Molly Ball dah setahun hilang. Sekor adik beradik dia Douglas bagi kakak kat opis ni pastu lagi 3 saya bela iaitu Hazel, Popeye and George. Pastu Hazel hilang pulak tinggala dorang berdua je tu yg close sangat tu.
Masa ni tgh meningkat remaja .. mata dia juling susah skit nak focus tapi lelama okay.
Gambar sekarang dah besar, dorang sentiasa berdua dan makan minum tido berdua rapat2. Sekarang George asik duk meowing cari Popeye , dah dekat seminggu George tak lalu mkn asik menung di bucu sangkar.
Sejak dari itu semua kucing tak simply2 lepas bebas dah, kalau nak berjalan kena pakai leash. Memang dah hilang kepercayaan pada mereka mmg dorang ni tak paham bahaya kan dorang ni kucing je. Sekarang kucing saya in total ada 6 ekor jela dan saya bercadang nak bela semua tak nak bagi org la.
till next time
daaaaaaaaa









1 comments:
takziah, tumpang sedih :(
Post a Comment