Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, July 12, 2010

Poor Molley

Pagi ni i datang keje dgn berat hati .. sungguh tak ada mood. Bukan sbb monday blues, bukan jugak malas tapi sbb pagi ni i tengok Molley ball sakit ... adoiii kesian sungguh. Molley B tak pernah sakit pun aktif je dia sepanjang masa, tetiba nampak dia berkeadaan begitu sedih hati ni tau.

Semalam kitaorg tade kat rumah dan malam kelmarin tido rumah PIL so just tinggal macam tu jelaa furry frens i tu, bubuh makanan byk dan bekalkan air secukupnya mmg okay aje. Malam tadi masa kitaorg sampai rumah tade pulak dia kat depan rumah tu so ingat biasala pergi berjalan ler tu tup2 pagi tadi baru sedar dia sakit. I tak tau la kenapa Molley B sakit macam tu, mungkin makan apa2 yg beracun ke or kena bisa haiwan lain ke .. dah la vet yg i biasa pegi tu bukak sampai pkl 5.30 je mmg tak akan sempat la i nak bawak dia ke klinik tu unless i cuti or pegi klinik lain. I tak biasa dan tau pun vet lain tu kat mana nak kena cari la kat area2 rumah nampaknya.


Pagi tadi Deer boleh tak perasan yg Molley B tu sakit padahal dia la yg mula nampak dan pegi angkat kucing tu letak dlm cage boleh tak perasan langsung. I ajela yg terperasan kucing tu monyok dgn muka yg bengkak dan mata yg macam nak terkeluar ... tak sempat plak nak rasa badan dia panas ke tak, hidung dia pun warna itam tak leh tau pucat ke tak dan tapak kaki pun itam mmg tak leh nak trace dah ler aku ni tak reti sangat kucing sakit demam ni ...hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiii laa risau laa kang balik karang jadik apa2 yg tak di ingini menyesal tak abis laa aku.


p/s : Kucing aku kan sakit timing tak sesuai tengah bln plak tu dah ler gaji bln ni lambatsssss kena mintak duhett ihsan dari Deer ni. Kucing mmg tade insurans kan padahal kalau kucing punya treatment pun dah lebih kurang harga manusia punya treatment kat private hospt gak. Tapi aku sayang kucing2 ku kerana mereka jua sebahagian dari keluarga ku ... :( apa saja utk mereka.

Friday, July 2, 2010

10 months already

Adam is 10 months yeayyyyyy dah besar dah. Its actually last week on 26 July but i forgot to post anything .. rasa sedih plak tak post on the day itself. Sebab macam dah set on mind tetiap bulan bila Adam masuk bulan baru i mesti buat post abt him, (padahal selama ni pun entry abt Adam je kan heheheh) tapi hari tu lupa laa.

Macam tak percaya Adam dah pun 10 bulan, cepatnya besar setiap kali tengok dia pandai itu ini rasa gembira over2 mestilaa mak bapak Adam. Perkembangan Adam setakat ni Alhamdulillah syukur seperti budak 10 bulan lain jugak .. kalau nak describe satu2 macam banyak jek kang ada yg bosan plak hikss. Paling penting setakat ni Adam tak pernah lagi demam teruk2, pernah demam tapi paling lama pun 2 hari je macam tu jugak dgn selesema hari, buat pertama kali demam selsema tapi sehari je ... syukur Alhamdulillah .. :D


Masih merangkak, baru berlatih berdiri so skrg kalau jumpa kerusi ke meja ke mesti berpegang nak bangun berdiri. Duduk pun dah stabil dah tak de condong ke belakang dah. Dah ada koleksi permainan budak besar spt bola dan kereta ... juga dah pandai main bola tendang sambil duduk pastu kejar bola tu.

Dah pandai tunjuk jari bila i nyanyi 10 little fingers .. suka betul lagu tu kalau tengah nangis pun berhenti sbb nak tunjuk jari tapi kalau one, two, three ke dia tunjuk semua jari sambil sebut2 yg bahasa baby yg tade sapa paham tu. CD terbaru dia nursery rhymes beli kat Jusco, bila pasang je diam pastu bebel macam ikut nyanyi .. tah2 dia feeling naik merry go round yg letak 2 hengget kat mall tu kot .. kan mainan tu ada lagu2 cam tu.

Macam chubby tak berapa chubby ... Adam makan banyak dlm sehari makan tah brapa kali ... asyik lapar je kadang2 i macam pelik ehh baru jap tadi makan takkan dah lapar .. rupanya betul mmg lapar sbb active sangat kot. Agak picky jugak tapi kalau berkenan tu makan byk lah . Main course is porridge, i still blender sampai hancur baru dia laju makan, if not he won't finish his meal. I prepared his food stock for 1 week je more than that tak berani takut dia sakit perut. His dialy meal will be, breakfast-heinz nestum+kismis, lunch-porridge, snack-biscuit or homemade fruit puree and dinner-porridge/heinz nestum. baru2 ni i dah bagi dia kuih muih for b/fast .. kuih lapis yg lembut or roti pau .. setakat ni suka je laa benda baru kan.

Oooh mkn byk cam tu pun Adam maintain okay tak gemuk2 pun kecik jugak tadela kurus tapi biasa2 jelaa, lupa berat badan dia brapa yg 10 mths tak cek lagi nnt next week kot ada check up.

Okaylaa tu jela cerita pasal anak saya Adam, Happy 10mths old baby .. love u.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, June 24, 2010

Learn to read

I've received email from boss mentioning that i have to learn to read his diary .. oopss i've made a mistake again heheheh, i always did it again and again .. but i'm stil here and surviving hahahaha. Nasib baik boss tu tak buat PF aku kalau tak tentu markah kosong dia bagi.

Yesterday our superb colleague (named her "superb" lah senang) called me regarding my boss time actually she is booking my boss time for makan2 mtg late evening and want to move the time to 1 hour earlier. This particular boss normally handle his own diary by himself (ooh nak buat cemana kan dah seketari share to another 4 bosses, kena pandai2 la nak idup) and i noticed that he blocked his diary whole day.. i think course kat client's place kot, but at the same day jugak ada booked for another thing dlm pkl 2 - 3pm camtu for another mtg and after the course ended adala makan2 mtg ni (ooh yg ni pun dia blocked sendiri jugak) dan i get confused, kalau ada org baca ni pun mesti confuse jugak . So i bagitau superb to check with my boss personally it is more clear and easy and she said ok but she want me to move the time for mkn2 mtg first so i pun ubahlah timing tu dlm diary boss ni.. bodoh kan aku ikut je. Actually mistake aku jugak pun main ikut je org tu suruh, sbb boss i ni kecik lagi pangkatnya dari boss superb yg pangkatnya boss besar-besaran dan setiap kali dia mintak jumpa semua org pasti mengikut aje itulah yg i berani ubah dahulu baru bertanya hikss silaps ler cam tu.

Hari ni boss tu email i macam marah je, apa tak nya dah terang lagi bersuluh ada booking lain tapi alihkan jugak timing meeting makan to 1 hr earlier which is not available for him to make it. Email tu adalah fwded from superbs yg mana i boleh tgk dlm tu superbs mentioning my name yg bagi tau my boss free at that timing ... camana boleh jadik cam tu padahal i suruh dia cek dulu dan confirm balik dgn i tapi i dah move that time dlm diary dah sah2 terbalik kat i kan. Maka ke mana lagi nak disalurkan mistake tu kalau bkn kat i, terang2 superbs tu bagus dan takkan pernah buat salah sbb pandai menyalurkan kat org lain .. mmm begitulaa kisahnya org yg hidup senang mmg pandai menyalurkan ke saluran yg lain. Tapi at last my boss tu kena jugak attend meeting tu cuma lambat 1/2 jam jek .. ler itu pun kencohss aarr boss lain pun ada jugak attend lambat.
Setiap kali isu2 macam ni terjadi or even worst lagi drpd ni .. (ni benda2 kecik je ni benda kecik je to us) kitaorg tak tension pun i mean tak delaa tak tension langsung cuma kita nak lupakan benda2 macam ni kita ubahlah isu2 spt tu jadik jokes pastu kitaorg ulang2 sampai lebam dan setiap kali ulang kitaorg gelak nak mamps dan tetiap kali tgk muka boss tu kitaorg pun boleh rasa lawak .... we makes fun je kat diaorg tu miaahahahhaha. Barulah kami boleh berkerja dgn hati yg tenang dan penuh dgn senyuman setiap masa. Itulah juga rahsia dalaman yg mana kunci senyuman setiap masa, walaupun senyum simpul tu adalah menahan rasa nak gelak.
Luahan hati je sbb disinilah i boleh salurkan kemarahan, kegembiraan, kesedihan dan macam2 lagi. Nasib baik aku ada blog kalau tak sentap dalaman je manjang kan
okaylaa Daaaaaaaaaaaaaaaa
p/s: ada berita gembira iaitu ada restoran sushi baru buka kat area office i ni .. tak sabar nnt next week nak ajak member gi try kat situ laa. Byk pilihan sket .. kalau tidak asik Sushi King jek, i bkn nye suka sgt kat situ tak variety pun tapi takde pilihan sapu gak.

Wednesday, June 23, 2010

Threading

Dah lama sungguh tak buat threading, boleh bayangkan betapa bersepahnya kening aku ni. Sejak lepas pantang sampai hari ni baru 2 kali aku gi threading .. terukkan, pastu tetiap kali nak pakai eyeshadow rasa cam comot je kat situ. Tetiap minggu pasang angan2 nak pegi salon tapi tak kesampaian pun, padahal tempat threading tu sekitar office i ni ada tapi tak biasa buat kat situ, risau plak. Pernah dulu skali i gi threading org tu buat senget sebelah, mmg kening i ni bentuknya senget sebelah cuma tak perasan je dan biasanya org pandai je dan teror je boleh buat sama bentuk dedua belah. Dah tersenget sebegitu maka terpaksa harungi jelaa keadaan kening senget sebelah dgn harapan org tak perasan sangat. I ada jugak bising kat beautician tu pasal senget ni kan dia bagi idea shave semua pastu lukis lah kat situ .. eeeiii takut laa nak lukis2 kening ni tak pandai kang tak pasal jadik kening Nobita plak .

Inilah keadaan kening i yg bersepah tu ... mmg rosak penampilan pun kalau pandang kat situ. Alamak kening Adam tak nampak ler.


Tapi sekarang ni tak payah risau lagi nak buat threading sbb nya colleague i ni mak andam dan beautician part time la (for Indian bride je) dan dia teror sangat buat threading ni. Hari ni keningku dah ditebas oleh Kelly dan sangat selesa serta tak sakit dan hasilnya amat memuaskan aku. Lepas ni senang la sket tak yah susah nak gi buat threading kat Jalan TAR aje, dah le jauh dari opis pastu nak pegi kena pegi lepas waktu keje je dan parking kat area tu hazab sket. Yang bestnya Kelly tu duduk satu cluster je dgn i, kot tetiba kening i tumbuh panjang sehelai boleh suruh dia cabut straight away ... hehe.
Gambar ni takde kena mengena pun ... ni Adam dgn hobi barunya ... memandu dlm shopping complex.

Till next time

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, June 21, 2010

Orange

Orange ni sebenarnya kucing baru i, stray cat yg datang menumpang. Mula2 i nampak kucing ni dia dtg main2 dgn kucing i dua ekor tu. Pastu tetiap hari datang dan dia paling baik dgn Obie .. padahal Obie tu jantan boleh berbaik dgn kucing jantan jugak. Lelama dia berkongsi makan dgn Obie tak pun dia kutip je lebihan dua ekor tu or makanan tumpah semua dia habiskan. Tak pernah nampak pun bergaduh dgn dua ekor tu .. dah tu nampak macam kekasih sejenis Obie je maka i pun relakan laa Orange ni duk rumah kitaorg.
Sebab warna dia oren jadik i namakan dia Orange, baik dan behave tak penah pun masuk dlm rumah curi2 makan or berak kencing merata depan rumah macam dua ekor tu. Pernah jugak Orange ni masuk dlm rumah dan ada satu hari tu pepagi kitaorg kelam kabut cam biasalaa nak gi keje kan ... pastu tetiba tertinggal si Orange ni dlm rumah, bila petang balik keje buka pintu tetiba je Orange ni cam terhoyong hayang cam kucing mabuk keluar dari rumah. I pun cecepat masuk hidu setiap penjuru kot2 ada taik ke kencing kucing tapi tade .. hmmm sangat baik. Oooh si Orange keluar terhoyong hayang tu sbb letih cari jalan keluar dan lapar serta dahaga. Nasib baik masa dia duk cari jalan keluar tu tade botol kicap, cuka or budu pecah, kiranya rumah pun tak bersepah apa laaa cam biasa je.

Inilah Orange kucing yg setakat ni baik perangainya. Masa nak balik kampung hari tu i tinggal je Orange dgn sebekas makanan dan sebekas air, lagi 2 ekor tu hantar rumah cousin i mintak dia tolong jagakan. Risau jugak takut balik dari kampung nnt Orange dah tak muncul2 rupanya2 sampai je kat rumah ada dah tercongok duk tunggu.

p/s: Obie tu gay cat .. tak sangka kucing pun ada naluri sebegitu eeuuwww. Tapi nak buat camana kucing aku jugak.

Friday, June 18, 2010

Selipar baru

Ni selipar Adam yg kedua, terbeli sbb nampak selesa dan kemas. Kasut hitam Adam dah tak muat lagi mmg tepat2 sebulan je laa pakai.

Lepas kenduri Siti Syue i singgah rumah PIL tapi dorang tade plak kat rumah so kitaorg pun dah alang2 kat situ singgahlah kat OU jalan2 pastu tetiba plak ternampak selipar ni terus beli sbb mummy Adam yg berkenan tapi Adam pasrah je tak tau apa2 pun. Sejak dah beli selipar senang dipakai ni Adam asik berselipar jelaa ke hulu hilir pun. Ooh selipar lama tidak lupa yer masih dipakai seperti biasa bila ke rumah Mama tok Nah kat keramat.
Kalau mummy pakaikan kasut ketat pun Adam pasrah je paling tak pun dia nangis jek .. ooh tidak saya tak menyeksa anak cuma hari tu tak perasan plak kasut tu ketat terus rasa bersalah apakah kedekutnya aku dgn anak sendiri.

Tak pe saya maafkan mummy .. dia mmg careless, pikiran ntah kemana2.

Okaylaa Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Kampung

Minggu lepas kami berada di KB selama 5 hari, bertolak ke KB hari sabtu pagi dan kenduri arwah pada hari Ahad dan kami bertolak pulang ke KL hari Rabu. Macam lama je 5 hari tu tapi sebenarnya sangat singkat rasanya. Alhamdulillah kenduri berjalan lancar ramai org datang utk bacaan tahlil pada malam tu. Syukur sangat2 tak terkata.

Cepatnya masa berlalu, 40 hari dah pun arwah pergi meninggalkan kami. Kadang2 saya sedih bila terkenangkan arwah tapi apa yang boleh saya buat skrg sbg kakak saya sedekahkan banyak2 ayat2 suci Al Quran.
Hasil pertanian yg arwah adik usahakan Mama & Abah sedekahkan kesemuanya dan selebihnya mungkin utk upah haji arwah (insyaAllah). Yang balik kampung hari tu cuma kami sekeluarga dgn auntie i (Cik Nah) yg lain pung pang x2 nak balik takjadik pon.

Mama dan Adam, masa ni hari kedua permergian arwah.

Adam masa ni baik sangat, tak byk songeh sbb takde org nak layan dia melainkan mama tok Nah (my auntie) and auntie2 dia auntie Jaja & auntie Azah dia je and papa dia. I mmg tak sempat nak layan2 Adam lucky me ada org tolong tengok2kan dia.

Kitaorg sampai hari Rabu petang penat sungguh tapi puas hati i dpt balik utk kenduri itu, dah kembali bekerja hari Khamis penat pun penat lah janji jimats cuti nak EL sayang ooo cuti ku. Mulai sekarang cuti kena jimats nnt nak balik lagi bolehlah balik lama2 sket.

Daaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: Al-Fatihah utk arwah Nik Hanif Muhamad semoga ditempatkan dikalangan org2 beriman. Amin.