Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, August 16, 2011

Iftar Office - Le Meridien

Semalam adalah hari berbuka puasa office, mula2 macam tak nak pegi tapi mengenangkan dekat sekangkang kera berlari dari opis dan tambahan pula ianya di Le Meridien terus teruja nak pegi.







Sorry ler terletak gambar makanan plak. Saya adalah hampa dgn menu berbuka kali ni, dah ler harga satu kepala mahal tapi tak setanding makanan yg dihidangkan. Mungkin jugak sbb kampeni saya tu ambik private hall yg hanya hidangkan utk kami je seramai 300 org tak campur org lain tu pasal la menu dia limited. Memula saya mengharapkan ada food stall spt Japanese stall, western, Oysters, mussels dll tapi semua tu tade terus ptong selera makan sikit cehhh emooo ... Walaupun begitu saya gigih jugak ambik gambar nak buh kat blog, a'ah la tak penah aku letak gambar sebanyak cam ni kan hehehh saje je takde modal nak bercerita so letak gambar pon jadilaa.


walaupun aku tak cung tapi gambar ku tetap ada wajib okay sbb ini blogku.Syurei dan i sebelum makan .. pucat lesi mukaku, tetiap thn muka i berbuka puasa office mmg lame cam nih tapi dlm hati suka tau (yippiee makan free)


till next time daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan dan makanan

Dah sepuluh hari puasa boleh kira dgn jari brapa kali je kitaorg berbuka kat luar .. minggu lepas berbuka kat food court pavi, Jumaat balik kejer g OU berbuka kat Carls Junior pastu tempat berbuka stok terdesak area rumahku je iaitu kat restoren Shahrin Low tak pun kat kedai mamak depan Sri Ayu tu pun brapa kali je bebuka situ ala2 sempat tu balik rumah. Selebihnya i masak lerrr yay hebatkan aku heheheh elehh org lain hari2 masak berthn2 tade hal laa tapi to me mmg rasa bangga sbb masak berbuka dan bersahur huahuahua bangga ko. Mula2 tu kiranya kebetulan je sbb setiap kali nak singgah param lepas balik keje mesti tak de tempat nak parking maka terus balik rumah laa, pastu bila nak singgah berbuka kat kedai je kena tengok mood Adam dulu kalau tak okay balik. Kadang2 tu Adam tido on the way balik from rumah cik nah sampai rumah jadik masak laa kat rumah jawab nyeee.


Office i bagi balik awal for muslim staff biasa balik 5.30pm tapi puasa balik 5pm tapi tahun lepas naper tah tetiap hari sampai rumah cik nah nak ambik Adam dah pun pkl 7pm tapi thn ni kitorg tak ikut jalan biasa ke Keramat yg melalui pasar keramat yg hazab jamm tu tapi ikut jalan Genting Klang/gombak pastu ambik Duke ke setiawangsa dekat jo tak de jam gila2 pun. Skrg ni sampai rumah Cik Nah pkl 6pm pastu sampai Sri Gombak 7pm sempatlaa masak apa yg ada. Alaaa i masak simple2 je, masa memula puasa hari tu i dah prepare rendang siap pack2 dlm bekas for frozen in case tak sempat panaskan rendang ayam tu je pastu menu lain i masak daging goreng ke, ayam goreng ke pastu Sayur ada ulam2 sket jadilaa. Deer pun tak mau mkn heavy2 katanye nak mkn sikit je dgn harapang raya ni dia kurus ler. ehh tapi for dessert tade laa i hebat sungguh nak prepare selalunya beli jugak laa tapi beli kat kedai roti Bakers Cottage tu tak pun kat King confectionery beli donut ke cheesecake ke tart telur ke macam2 laa situ gerenti sedap. Sahur plak panas kan je yg mana balance berbuka tu .. jadilaa janji isi perut kan.



ehh td kata masak ayam goreng ikan goreng je ... hehehhe ini menu berbuka Adam makaroni daging, iye Adam pun nak makan jugak, kan dia picky eater maka gigihlaa masak jugak for Adam.


Berbalik pada citer param nih plak kalau tahun lepas ada la pegi dekat rumah cik nah tu param taman setiawangsa, ramai org pastu thn lepas pun dah mahal thn ni lagi mahal agaknya. Param kat Melawati tu sedap tapi dah serik tahun lepas beli sup je dah rm20 ++ gigil tangan nak bayar. Param taman sri gombak tak sedap dan mahal sia2 je baik palang siap2 mmg elok la tade parking je nak singgah jimat duit kami .. sukalaa dapat jimats2 nih. Hmm hari ni nak masak apa yer ? huehuehue berangan nye aku pandai masak ... :D i jadik rajin masak bila memikirkan dpt save RM.


tillnext time daaaaaaaaaaaa



Tuesday, August 9, 2011

The day we met Amy



Last sunday jumpa with our fren Amy. Jumpa Amy kat Pavilion, mula2 i mmg tak larat ler nak kesitu sbb macam susah nye nak redah jamm ler parking payah laa pastu org ramai ler adoii. Tapi mengenangkan Amy i gagahi juga, memikirkan Amy datang dari jauh from UK/HK kalau i tak pergi mmg i sangat tak menghargai kawan. Amy from Brunei tapi skrg study kat UK and her parents at HK, her sibling kat Brunei, HK pun ada .. sangat berterabur family dia. Masa i kenal Amy dulu dia tinggal di KL with her parents dan masih bersekolah lagi masa tu (form 4 or 5 - alice smith school) her father work with Brunei embassy tu pasal laa dorang tinggal merata2 tempat. Dia selalu ckp kat i that her heart belongs here in KL, selalu jugak dia dtg sini tapi tak sempat jumpa. Selama ni kami hanya contact thru FB or email .. nak telefon takmampu i nak bayar bill unless dia dtg KL boleh la calling2.

Amy sekarang yg dah all grown up, tall and pretty lady. Dulu macam sama tinggi dgn i je hehehhe.

Deer, Adam & Amy ... cheeky Adam memula marah2 tapi bila kita nak snap pix je tetiba kontrol senyum. Sorry Amy my son so notty, he wanna play dinosour & ultraman with u tetiba je nak sepak apalaa malu memi tau.


I know u hate stroller but no choice la baby nak memi ikat dgn leash nak .. kalau ikut hati ni nak beli je leash budak2 tu tapi tulaa cam kesian plak .. kang nnt dia plak heret i.


Owh bila dah jumpa tu rasa tak byk masa nak catch up a lots of stories, lagipun Amy ni padat sungguh jadual dia dan dia dah pun allocate certain2 time for certain2 frens, so kena ikut jadual la kalau tak lari timing hampa la kawan dia yg lain .. see sungguh la ramai kawan kat KL nih. Tak sempat pun nak berbuka dgn Amy sbb time berbuka utk kawan lain pulak, Sunday tu last day dia kat KL esoknye nak balik HK dah. Maybe early next year dia dtg lagi, lambat lagi la nak jumpa Amy pulak.


So i dgn Deer alang2 dah pukul 6 petang kat Pavillion tu berbuka la terus kat situ, memula tak tau nak buka kat mana kata food court Pavi ada yg tak halal tapi i tgk ramai org nak berbuka kat situ siap dah cop seat seawal pkl 6 ptg. So we decided to Tony Romas, unfortunately dah full booked maka berbuka la kami kat food court tu rasanya dah halal skrg ni sbb dah ada logo halal kat stall2 tu .. maka kami makan tanpa was2. Nasib baik masa tu kami dapat seat yg cantik sesuai utk kami yg bawak stroller ni, seawal 6.30ptg kami dah duduk tercongok tunggu time berbuka.


Dalam tak tau nak buat apa kat Pavi tu selain jumpa Amy tetiba i terbeli jugak 2 pasang seluar kerja hehehehe murah jugak kebetulan Mango ada sale. oh no no tak pakai duit bonus yer, remember i tak dpt bonus byk tapi adalaa dorang bagi walaupun sedikitkan kesian agaknye tak mau i ni putih mata .. bonus i u all nak tau lepas laa beli sebotol minyak wangi Gucci Flora EDP tu je. Increment plak lepas la beli makanan kucing iams 3kg tu ... Alhamdulillah rezeki anak kucing ku serta rezeki ku walaupun sedikit sekurang2 nye wangi i tetiap pagi g kejer.. anak kucing i plak berkat makanan baru gemok2 dah belaka.




till next time ... selamat berpuasa .. daaaaaaaaaaaaaa

Ramadhan Mubarak

Selamat datang ramadhan bulan yang penuh keberkatan, bersama-samalah kita bersyukur dan menghayati hikmah ramadhan. Amalkan kesederhanaan dan elakkan pembaziran serta banyakkan amalan.
Wish Allah showers blessing this ramadhan and always.

Thursday, July 28, 2011

my auntie's bday

Semalam hari jadi Cik Nah yg ke 61, so malam td i dgn Jaja celebrate ler kecil2an kat Al Rawsha, sedapnyee teringat lagi sampai hari ni. Malam td kitaorg order Chicken Maghdut for 2 je tu pun senak nak abiskan pastu i order lagik Arayes ada lagi manisan apa tah, nak beli cake cik nah tak nak, nnt kalau dah beli dia mkn byk so tak mau mkn manis2. Ohh tade gambar, i tak biasa ambik2 gambar makanan maloooo ler kdg2 snap jugk tu pun tgk2 org, tapi kalau lapar sgt dtg makanan makan je tak ingat apa dah. Malam td Deer tak join sbb ada hal so kami berempat jelaa pegi, Adam pun mkn byk jugak, pastu dapat cookies free mgr restoran tu bagi Adam.


Gambar Adam bersama Mamatok Nah or Adam panggil dia skrg nih mama je. Tu ler gambar yg bukan dihari jadi je yg ada. Hadiah harijadi tak ada lagi belum beli nanti la tunggu sale ke apa kat Sogo tu, bkn apa Cik Nah nak hadiah TV tapi bukan TV LCD yg mahal tu dia mintak yg biasa2 je sbb TVnye rosak tade color dah lagipun Adam jugak yg tengok nnt kat rumah dia. Cik Nah tak mintak pun i yg offer nak beli sbb dah lama jugak laa TV dia ilang color. Cik Nah i ni single so dia tade sesapa pun kecuali kami (anak2 sedara yg rapat dgn dia), jadila kami ni tempat dia menumpang kasih sayang kalau bukan kami ni sapa lagi kan. Lagipun mama duk jauh dah skrg nih bkn cam dulu. Owh bday i hari tu cik nah bagi kain cotton yg lawa corak vintage dia nak jahit for hari raya heheheh sukanye aku, tima kasih cik nah.





mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa i miss u.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa





Wednesday, July 27, 2011

Kitten - snowball & orange


Perihal anak kucing ku itew yg dah berumur lebih kurang 3 minggu dah. Dah bertambah gemuk lagi2 si oren atau nama sebenarnya Garfield paling gemuk. Lagi dua ekor warna putih Adam bagi nama 'nomen' (Snowman) lagi sekor 'nogirl"(Snowgirl) tak berapa gemuk. Garfield tu i yg bagi nama sbb masa sekolah dedulu suka sangat nak barang2 yg tertera muka garfield pastu dlm thn 1996 to 1998 cam tu ada bela kucing sakit asma pun nama Garfield jugak tapi panggilan pendek 'daffy'. Daffy mati akibat serangan asma pada tahun 2000 .. lari tajuk dah. Yang lagi dua ekor snowball tu mmg Adam bagi nama tu sbb dia terpengaruh dgn buku coloring dia dan juge citer katun kat bbtv yg snowman.


Setiap hari tidur berjemaah kejenye pastu bangun tido minum susu. pastu tido himpit2 kasi panas sesama sendiri. Sian Ball kurus sket dah dia skrg ni, tapi makan banyak macam bab sbb 2kg biskut dia sorang tak sempat sebulan dah abis.


Inilah Garfield yg i nak bela tu, sbb dia jantan dan mmg jelas kejantanannye sejak memula lahir lagi dah tau dia jantan. Poser gak nih, pandai bagi kejesama dlm bergambar.


I nak bela sekor je la lagi 2 ekor tu nak bagi kawan2 yg berminat, setakat ni Kak Zai dan Syurei nak bela tapi kalau korang tak nak i nak pos ke kampung je bagi mama bela. Kesemua kittens tu tak leh jalan lagi masih lagi seret kaki, smlm dah boleh berdiri kaki depan je maybe sbb perut buncit kot dorang ni berat nak bangun. Bulu dorang macam kembang, eei comels ehehhe tp i tak pegang sangat sbb menurut nenek saya anak kucing baru lahir jgn pegang2 nnt bulu dia patah tak kembang dan comel meletup bila dah besar .. ntah betul ke tidak, tapi i tak pegang sbb takde masa sgt nak main2 dgn dorang. Nnt dorang dah boleh berdiri dan besar sket nak pg vaksin . Mak dorang si ball nih macam nak spay dah tapi sayang plak kang dia beranak lagi mesti comelss.

Adam pengeli kitten (Adam panggil 'titen'), boleh nangis kalau kita letak anak kucing kat riba dia .. 'akut, akut' (takut). Tapi kalau sesapa tanya dia 'Adam, anak ball comel tak?' dia jwb 'omel, titen moll (small)' sambil dia buat tangan dia konon kecik nye anak ball.



Sejak ada anak kucing nih kerja2 memakai baju dan pampers Adam yang dulu susah menjadi lebih senang. Kenapa i ckp menjadi lebih senang, sbb selalunya nak pakaikan pampers susahnyeeeeeeeeee lari tak mau pakai .. lintang pukang mengelak, kusut rambut memi tapi dgn ugutan anak kucing geget 'bird' dia menjadi kecuts dan takut sama jugak ler nak pakai baju pun nnt anak kucing geget 'tummy' terus dia tutup perut dia dgn tgn cecepat lari ambik pampers dan baju heuheuhuahuehuaheu padannn. Adam patut tak yah pakai pampers lagi dah tapi memi malas plak nak potty setiap masa letih, skrg nih Adam tido paling awal pon 11.30pm cam mlm tadi tido kul 1.30am uolsss matik i nak keje lagi besoknye dah ler skrg nih tetiap hari kena dtg awal kang kena panggil lagi kang pas nih potong gajik plak .. :D hehehehe


p/s: hari ni tak bz sgt pon, i tgh feeling Nicki Minaj nyanyi lagu 'Superbass' .. sambil buat mata garang2.



Tuesday, July 26, 2011

23 mths old - Adam d picky eater

Ohh yes i'm a mother yg obsessed pasal anak sendiri sbb i mostly blog abt him je. He turned 23 mths today, i'm happy mother coz he's a healthy and happy boy.

he hates stroller now .. maybe not cool la duduk kat dlm tu macam budak kecik. Look at me i'm bored okay.
My superhero diary. kena take a note nih minggu nih berlaku kekacauan dia utara jepun dan ultraman mmg dikehendaki membantu.


Adam is a picky eater, refused to eat but never refuse to play. He can play for the whole day, i mean imitate ultraman (penat okay imitate ultraman sbb kena lawan sorang2) ke and running here and there around d house for the whole day. Tak lapar ke dia, bila nak bagi makan je dia lagi laju lari sekeliling rumah sambil jerit2 dan tutup mulut dia tak nak makan, padahal masa tu i baru je pegang mangkuk nasi dia blm lagi i sua kan sudu ke mulut dia. Walaupun tak berapa nak makan Adam tetap sihat dan jarang sekali demam or selsema .. Alhamdulillah. semalam masa check up 23 mths berat Adam dah 11kg, okayler tu drpd hari tu berat badan Adam jadi drama keluarga kami sbb dr kata bahaya asik turun naik je tade zat seimbang utk membesar .. tapi berkat usaha mak bapak atuk nenek pakcik makcik duk suap Adam makan berhasil juga. Opah Adam lagi ler double triple sentap nye cucu dia kurus, katanya tade dalam sejarah keluarga dia termasuk anak2 dia semuanya montel2 dari kecik bawak ke dewasa skrg nih. Dah dewasa pandai2 ler Deer adik beradik berhempas pulas diet nak kurus. Hiksss Deer jgn marah :D




Ultraman terbabas, bosan tunggu giliran nak jumpa Dr. "Look at me again, i'm bored okay". Memi help me, i wanna go home.



Until today he still lactose intolerance baby, cuba bagi makanan yg ada sumber susu lembu je mesti dia naik ruam. Kalau tengok kaki Adam nak pengsan, berbintat2 parut kesan dari alahan pemakanan dia. Bila naik gatal2 dia garu sampai berdarah lagi laa berparut yg tak garu pun ada parut hitam .. ntahlaa dah ler kaki Adam tu mmg hitam dah sental pun hitam jugak. Nasib baik ler Adam tu lelaki kalau pompuan kesian ler besok kaki bintat2 cam tu mmg buruk ler. Tapi disebabkan memi nih tak leh terima kenyataan kaki Adam berkerak dan berbintat maka memi tak putus2 bubuh lotion dgn harapan kulit Adam walaupun berparut tapi lembut nyer selembut sutera.



Semalam ada insiden pasar malam heheheeh .. begini ceritanyer walaupun Adam dah jadik Ultraman dah boleh berlari bagai tapi tetapla jugak nak berdukung bila ada org ramai2 tak mau jalan, jadik bagi ler bapak nye dukung dlm pasar mlm tu pastu masa nak balik tu Deer ckp kat i 'isshh berat btul Adam skrg nih yer, sampai basah baju papa berpeluh dukung Adam' masuk dlm keter Adam tak mau duduk kat seat pastu i pegang dia nak angkat mak aiii basah nyerrr pampers dia bocor laaa so i bg tau bapak dia 'peluh papa tu air kencing Adam ler, pampers dia bocor' hehahahhahahahah konon bapak dia feeling2 anak dia dah montel.


till next time
daaaaaaaaaaaaaaaaaaa