Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, March 29, 2012

Cuak

Lately nih disiplin saya mmg merosot rosot, sbb saya byk terima panggilan interview maka saya tamak dan grab semua jadi hampir setiap minggu saya EL, MC or masuk lambat. Minggu lepas saya dpt panggilan interview kat oil n gas comp Tec***p, saya masuk lambat pastu hasil interview tu unsuccessful tapi kata org HR company tu dia akan KIV my resume for another dept yg mmg tgh cari org. Pastu hari Isnin saya MC sbb tak sihat laa bkn g interview pun dan hari nih ada interview kat hospital Glea******* interview pagi maka masuk lambat la hari nih. Hari ni punya interview dah nampak kecerahan sbb dia panggil for 2nd interview which is besok petang jugak, lagi cuak double triple bila dengar nak kena pegi lagi gerenti ke aku dpt .. saya suka company tu sbb benefit for medical yg bagus tapi sapa mau berangan nak sakit bukan, bonus dia sama dgn current work place jugak tade contractual bonus dan kena buat minutes of meeting yg dibenci2 oleh semua seketari. Maybe ada kot org yg suka buat minutes tapi semestinya bukan saya dan mmg tak pandai dah nak buat minutes tu rasanya dah lapan tahun tak buat dan boleh ke aku buat, macam mana la haiiiii . Owh nampak nye besok i EL lagi la, tak tau laa kalau minggu depan kena panggil dgn HR i berserah laa nak buat apa pun ngaku jelaaa.


Besok ada pagii interview kat Ce***m yg hospital tu petang, waaah tetiba byk tempat plak panggil maka saya jadik konpius dah nak tolak sayang nak pegi cuak .. .. saya skrg terasa benar2 nak blah dari sini laa sbb tak tahan mental laa. Kerja semakin banyak dan semua nak urgent sbb nak cepat maka byk la yg tak puas hati katanya saya buat org ni dulu la yg manager ni saya hold dulu semua sentap, saya pilih kasih la mm macam2 la blm kira lagi yg silap kecik2 jadik isu besar.


Pagi tadi ada clustermate saya kata ada director kat depan cluster saya ni duk komplen kenapa kami (2 PA dan 1 Secretary) masuk lambat LATELY. Waah matiklaa, tapi kan lantak laa sbb pagi tadi saya lambat dah bitau bossesss saya dan dorang tadi pun tak bising apa pun. Bossess org lain tolong concernkan sbb bossess kami diam tak ckp apa, apapun saya ready dipanggil dan saya ada jawapan nye .. setiap hari saya balik lambat dan tak claim apa pun. Lagipun saya masuk keje tade masa nak goss2 or buang masa surfing net most of my time here bekerja dan saya kencing pun tahan siap simpan sampai penuh bladder baru pegi buang. Time lunch dah lama tak keluar leisure2 2 jam macam org lain, berdedikasi okay sambil makan sambil buat keje tapi still ada org tak puas ati.

Jap iklan .. buah kerdas yg abah i bawak ritu, lepas makan kerdas terus ilang stress sekarang ni dah abis dah pun. Orang kampung la katakan mkn nasik dgn budu, ikan rebus pastu ada ulam cam nih terus lupa semua masalah. Mmg tade masalah kencing busuk lepas mkn nih minumlaa nescaffe terus terkaver i tell u. okay continue citer .. .. Okaylaa dah nak menitis air mata ni mengenang nasib diri tapi apapun saya tetap bersyukur .. Alhamdulillah. Dengan itu saya akhiri entry ini dgn Wabillah hitaufik walhidayah Assalamuailakum warahmatullah hi-wabarakaaaatuh.


p/s: Sheila aku dengki dgn cekak rambut ko SERENI SHENTEL .. nak beli jugak nak feeling2 Gabrielaa solis .. waah kelas mak gaby ko kang ada yg pengsan hikss.



Monday, March 19, 2012

New routine

Happy monday all .. macam ada ramai je duk baca blog i nih, padahal adaler opismate jegh dan beberapa org kawan yg tau kewujudan blog nih. Ahhh tak kisahlaa blog i tak popular ke tak ramai pembaca ke, tak ramai pembaca lagi bagus tak payah nak kaver2 lebih.


Semalam weekend kami duk rumah je la, cuci rumah je tak kemana pun macam tak best nak keluar sbb cuaca asik nak ujan je. Bukan nak merungut dgn cuaca tapi bila nak keluar je tgk cuaca malaslaa dgn baju tak kering di ampaian pastu tak gosok baju keje lagi bla bla bla. So duk rumah tak bermakna tade aktiviti so drpd duk baring je mengemokkan badan baik kita bersihkan rumah. Selain itu juga i dah ada rutin baru setiap minggu (bermula awal Feb ritu) bkn hanya hujung minggu je tapi balik keje pun i buat juga ... kami beryoga. Iye satu family beryoga tapi kalau hari minggu lengkaplaa sefamili dan kalau weekdays kdg i dgn Adam je la, Deer byk sangat alasan tak mau join konon letih laa. Kami tade pun join yoga kelas ke apa tapi kami beli CD yoga nih dan ikutlaaa step2 dia slow2. Semalam i buat total workout 90 minit tu sampai ke hari ni sakit perut aku, dgn sendi2 lagi lenguh sungguh. Tak pe next time must listen to my body yg tak muda lagi nih kenala mula slow2.


Adam baru lepas mandi, lepas yoga berpeluh peluh. Konon dia full of power ala2 ultraman zero (fave dia skrg ni).


Gambar berYoga i tak payahla buat malooo je nak tunjuk sini bkn expert pun, buruk dgn pose kangkang2 tu tak senonoh je .. kot ye pun i beryoga tak dela sampai sesusah nak buktikan kat sini, Adam tu lain la dia dia punya step lagi comel duk tunduk2 tu sampai golek2. Gambar cikgu CD tu nnt i tunjuk sini laa blm upload lagi besok2laa kot, biasalaa ambil gambar byk2 nak upload ke PC asik terlupa je apalagi nak cuci tunggu lambak2 baru antar cuci.


Alhamdulillah setakat nih dah sebulan i maintain yoga, selalunya i buat 3 kali je seminggu takut kang tak leh terima badan nih. Adam pun alhamdulillah boleh follow ikut cara dia laa bkn kata nak kacau memi je tapi ada masa kacau jugak la. Sejak kembali beryoga nih i dpt rasakan perubahan pada badan, iaitu bkn nak kurus mana pun cuma nak berstamina selain itu yoga dpt melegakan masalah sembelit saya yer (hehehe betul nih, sejak beryoga bowel movement kembali elok) bukan itu saja malah tido pun rasa lebih lena dan tadelaa lesu nak bangun tido. Sebelum kahwin dulu i ada amalkan yoga jugak sbb kolestrol tinggi so doctor suruh bersenam tapi i buat secara hardcore iaitu setiap hari i bantai pegi gym for yoga 2 or 3 jam je pun tapi badan tak leh terima so efeknya i period sebulan non stop. Mmg dulu tahap nak paksa badan tapi skrg ni tadela nak gila macam tu cuma buat setakat mampu je. Badan kurus2 tak lawa montok2 baru sedap mata memandang tak gitewww Deer.



Till next time

daaaaaaaaaaaaaaaaaaa


p/s: mattel ada w/hse sale lagi start hari jumaat nih, tempat biasala kat menara lien hoe. Abislaa duit aku, masyaAllah dgn anak aku tak boleh berkira .. tarik balik suupppp.

Friday, March 16, 2012

yayy Friday ..

Salam Jumaat, hari ni kat office ada sambutan hari wanita .. 'Walking in Her shoes' ada sesi bergambar la dan makan2 la i tak join pun sbb ramai sgt queue nak photos shoot. Today i tak b/fast tak sempat tadi sbb nak kejar closing ipower at 12 noon, lagipun this morning i sampai dah ler lambat hehehehh cam biasalaa terlajak tido. My colig ms. jac so generous belanja me a very nice tau fu faa and tuna cheese sandwiches .. sandwiches tu buat sendiri kat opis .. Tq Jac.Walaupun dah closing bill berlambak lagi for next closing .. buat next week la coz today dah tak leh bukak system dah pun hehehhe sukaaaa.



previous entry duk asikk sgt citer pasal keje keje keje nak mintak keje la apa laa semua keje bosaannn dah. Sampai i terlupa nak mention dlm entry lepas my father was here from last 2 weeks tapi dah balik malam tadi, dia dtg sbb ada urusan kat sini. Seronok giler i abah dtg sini, 1stweek here my brother ada skali tapi dia balik dah last week sbb anak dia sakit tak pasti sakit apa katanya jangkitan paru2, she just 26 days old. She's on life support for a week jugak, tak terbayang dugaan yg adik i kena lalui tapi berkat doa semua org alhamdulillah dia dah kembali sihat dlm beberapa hari ni dan rasanya tak lama lagi dah boleh balik .. syukur Ya Allah. My mom tak ikut sini sbb sil on confinement kan so dia tolong tengok2 kan la, lucky mama ada masa semua tu berlaku kalau tak sapa nak tengok 2 kan.


Adam hari ni hantar ke mil jaga, sbb dia tak nak makan dah seminggu susah nak suap mkn. Dia tengok makanan tu dah macam tengok racun terus tutup mulut, kalau begini keadaannya senang je bagi opah jaga confirm satu hari opah ikut Adam bersama pinggan duk suap non stop. Selalunya kalau bagi mil je lepas tu selera Adam pulih terus, my auntie tu dia tak paksa Adam makan dan terlalu mengikut selera Adam yg pelik tu tah nak mkn apa tah. Kalau dgn Opah dia takut nak say no, dia nganga je bila Opah hulur makanan hehehehhe nasib baik mak ada ... thank u mak.


Gambar Adam dgn Odie, kucing auntie i ni dah macam adam punya je asik2 la sebut Odie2 sian kat Ball n Afield tu dah dilupakan. Odie tu pun sama jugak problem dgn Adam masalah nak makan 'selective eating disorder' serius kan bunyik nye tu.



till next time


daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, March 14, 2012

macam-macam



Olaa i'm back .. hehhe banyak nak cerita sini tapi tetiba je tak terupdate lama. Ohh FB akaun baru dah bukak dah mmm dah sebulan kot, ke dah citer pasal akaun baru fb tu tahlaaa kalau dah takpelaa. Kali nih fb dah pakai nama sebenar sbb dah boleh terima kenyataan kalau org nak google ke apa (ehehhe ada ke org nak google aku) kalau ada org google la kan .. buat apa nak bersembunyi idupku tadelateruk pun okay perrrrr walaupun laki aku bukan jutawanggg.



29 Feb ritu i dpt interbiu kat kampeni yg ada rangkaian dgn kampeni lama i jugak iaitu universiti, so i ni matik2 konpiden gerenti aku dpt nih sbb i mmg familiar giler la konon keje line education nih walaupun aku nih seketari jegh. I punya session pukul 8.30 am so i sampai sblm time interview la skali i tunggu org panggil punyala lama sampai ke pukul 10.30 baru panggil dan masa tu dah ada 2 org candidate lain sampai tunggu skali. Sepanjang berjam2 tunggu tu tade la plak nak bagi test ke apa to 'kill d time' tuh dahla kejap2 ada org jenguk2 kat tempat menunggu tu tanya itu ini la ... very unprofessional dimataku pastu nak jawab ulang2 soklan sama terasa nak 'kill d ppl' je. Pastu ada candidate lain sampai kitaorg sembang2 best sangat dorang tu very frenly .. kalau i tak dpt i wish dorang nih dpt la post tu. Bila i dah dipanggil very upset la dgn interviewer tu (HR mgr n boss yg nak pakai seketari tu) dorang tanya i memula okay tetiba je i sebut penah keje dgn group lama kampeni tuh tetiba dorang hentam memacam konon dah mgmt baru tak sama lagi pastu kata i salah sebut nama kampeni laa apa laa mmg dorang nampak tak berminat, bila dah nampak dorang tak suka i pun tak menaruh harapan dah terus buat muka ala2 tak minat jugak sambil pandang dinding pastu berangan. Dorang tanya apa pun i ckp iye2 je, pastu dorang tanya soalan biasalaa apa yg i tau pasal kampeni dia tu .. dan i jawab 'i don't know' ... pastu dorang pot pet2 tah tak tau dorang ckp apa i senyum je. Last skali dorang tanya i 'anything u want to know abt our company .. benefit, bonus etc2 .. i jwb masa tu sambil2 kemas sijil dlm file pastu senyum2 sopan .. 'no, thank u .. i'm not interestttttttttttted. Pastu i keluar laaa hehehehheh very sopan i masa tu. I rasa mmg patut i buat macam tu pun sbb i bukan unemployed i mmg ada keje pun skrg ni so kalau org tak berminat tak de efek pape pun to me.



Abis interbiu pertama i lega ala tak dpt pun tak pe janji i dah cuba kan, kalau pun nak tukar keje kita kena tengok banyak benda jugak bukan gaji je i pandang. I mmg tak de la kisah sangat pasal gaji (mmg la nak naik sket kalau boleh heheeh) cuma i kisah dgn benefit n workload tadela timbun2 macam skrg nih. Pastu minggu lepas ada lagi interbiu tau kat kampeni developer agak besar jgk nak compare dgn education tu .. mmg best interview situ org nye pun professional dan bagus soalan2 dia dan mmg mendengar apa yg kita nak terangkan. Katanya akan panggil i for 2nd interview soon n akan discuss more la. Nampak bagus kampeni nih tak sentuh langsung pasal gaji2 nih lebih pada bincang soal keje skrg, previous work n how to relate to their work bla2 ...


Pada i kalau i pegi interview mana2 kampeni i akan concern kalau 1st interview kampeni tu dah komplen gaji yg kita mintak, sbb i tak mintak gaji melampau pun ala seketari tu byk mana pun tadela i letak expected salary 8K giler tak sedar diri .. ni i mintak biasa2 jela sesuai dgn exp tu pun kencoh mesti kampeni nih tak cukup duit sbb 1st interview kencoh kata gaji kita mintak byk la bla2 berbaloi ke byr kita byk nih la, nak tukar keje nak gaji byk ke bla2.. confirm kampeni tade duit, tak payah la sentuh gaji biasanya kampeni yg besar2 dia akan bincang pasal gaji di 2nd interview. Kampeni kedua ni nampak cerah tapi yg masalahnya i berbelah pulak sbb benefit tak merangkumi family sama dgn skrg ni jugak mmmmmmmmmmmm ntahlaaa tengok la rezeki camana nnt. Aiyohh nak tukar keje pun berbelah bagi laa, dah tua2 begini mmg pandang benefit lebih penting.


Stress ler cerita pasal nak mintak keje lain nih laaa .. dgn kampeni skrg nih macam2 dgn tak cukup staff la pastu yg ada nak berenti laa adoiii tak leh bayangkan aku. Stress ... hari Isnin tu i MC tau, hari ni tak berapa baik lagi tapi dah boleh keje dah. Masa gi klinik tu i mmg tak leh bangun tapi gagahkan jua mmg rasa demam giler, menunggu giliran lama juga pastu rasa berbaloi menunggu bila jumpa doctor .. handsome giler sampai dr tu tanya i senyap tak jawab hehhe tapi Deer masuk skali dlm bilik tu boleh dia ckp kat dr tu i tak dengar sbb sakit tekak sampai tutup lubang telinga .. tah hapa2 Deer tu. Masa tu i terpikir kalau la aku mengandung mesti kenan dr ni melekat kat anak aku hehehh dah ler handsome pastu keje bagus waah tetiba terpikir ehh tade adik pompuan laa tapi ada cousin dan cousin pun dah ada pakwe hehehheh tu pasal laa i terdiam tengok dr tu. Hehehhehhahahhahahh .... kalau mengandung lagi mmg i nak anak lelaki lagi la pastu nak suruh dia jadi dr. jugak macam tu huahuahua, mak2 yg berangan.



Adam anakku yg punya emak hover berangan suruh dia jadik akauntan, tak salah pun berangan yg baik2 mmg akan jadik doa apa dan doa2 ibu insyaAllah jadik kenyataan ... Apa yg mendorong berangan sebegitu, sbb hadek2 kat sini sedap mata memandang lagi punya kerjaya bagus. Sepanjang mengandung i tepuk2 perut suh kenan yg baik2 jela. Walaupun skrg Adam addicted to ultraman tapi nnt dia pasti minat matematik jugak. Ultraman Taro campur Ultraman tiga = 2 ultraman .. soo not related ??????????




Okaylaa masa utk menghadap realiti ... kuli mmg giniler kena pijak je la lagi2 di waktu2 busy tapi aku tetap selesa disini .. tetiba sayang kampeni skrg nih "peluk entrance door level 14"



till next time


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, March 1, 2012

Happy Thursday

Lama tade entry, ada cerita nak share tapi tak sempat jela. Hari ni tak bz sangat sbb hari ni kan closing so tadela rushing cam biasa, keje dtg last minit iaitu beberapa minit sebelum closing malas nak layan buat rosak mood je ala kalau layan kan pun bukan sempat pun buat kalut je lebih.


Ohh besok i ada interview .. hahhaha akhirnya ada jugak yg sudi panggil aku, sian sungguh tapi sebenarnya dlm minggu ni i ada 3 interview disebabkan sebab2 tertentu i tolak 2 interview dan terima satu tempat je. Bukan apa i tak nak tamak la kan nanti yg dikejar tak dpt dan yg dah ada dlm tangan nih berciciran, walaupun i nak tukar keje tapi kena jaga tempat cari makan sekarang nih jgn bagi dorang syak sesuatu kang bahaya (walaupun .. ada deme nih kesah)


Weekend ritu bawak Adam jalan2 sambil beli groceries, gambar atas ni kat kedai buku Festival city mall mmm aku lately ke situ jela. Dekat jugak la dgn rumah dan tak payah nak siap2 lawa pun pagi2 pg b/fast kedai mamak pastu terus ke situ. Adam suka kedai buku skrg nih berangan nak book dinosaur la nak book Jaws la macam2 la tapi tak ngamuk pun nak beli bila ajak balik 'jap, jap memi' sambil duk tengok2 buku.


Ini bukan show off apa yg i beli cuma nak berkongsi sbb murah pada i beli Seafood kat Econsave dlm festival city mall tu ... murah yg ganda2 dari pasar dan kesegaran kalau nak banding dgn pasar cam sama je, i beli udang besar tu sekilo 17 hengget je kalau pasar 2o lebih la dan clam tu sekilo 4 hengget jegh .. mmg tetiap minggu la aku pegi situ, tapi kena pegi pagi la baru fresh. Ayam tetap beli dipasar sbb pasar area rumah, ayam organik amat affordable dan yg tak organik pun segar gilers. Oh ye i masih lagi bagi certain2 organik food kat Adam walaupun ramai ler org bising kat aku suruh berenti laa yg tak organik pun bagus tapi nak buat cemana i sukaaa paling suka ayam organik tak cucuk maaa walaupun mama aku kata 'mana ko tau ayam tu tak cucuk, tah2 ko kena tipu dgn org jual ayam tu' alaaa tak pe kalau tipu org tu yg berdosa.



I ada beli popsicles mould 5 hengget kat Daiso pastu my fren suggest buat watermelon popsicles ... watermelon juice, watermelon cube n bekukan bila dah jadik icecream mmg sedap. Semua org pun makan kalau sedap cam nih, lagipun Adam nih nak mkn icecream biasa tak leh sbb masih lagi lactose intolerance. Makan popsicles hanya bila hari panas jela takut plak nnt batuk ke apa.

till next time



daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, February 20, 2012

monday entry

Adoii boring nye hari Isnin, opis punyala sejuk pastu kat luar nak ujan laa lagi bertambah2 sejuk nih. Tgh tahan mata nih, mlm td i tido kul 3 rasa nak tergolek bawah meja dah ni ha. .. ooh tido kul 3 pagi sbb kena layan anak nyanyi lagu otomeng tgh2 malam.

Hari minggu 2 hari mmg rasa sekelip mata je, tak cukup laa sbb minggu2 berikutnya dlm bln ni kan byk cuti je so inilah akibatnya. Hari minggu i tak kemana pun cam biasa jelaa pegi beli barang dapur utk seminggu stok. Pastu bawak Adam gi makan McD, sekarang dia dah reti seronok ke McD bukan seronok nak makan pun tapi seronok nak main so kena bawak lari jauh2 jgn bagi dia tgk playland. Beli je Happy Meal dia punyala suka dan tak sangka plak sampai dia cium i sambil ckp kat i "tingku memi, ai yu memi' waaah pandai ambik ati pastu tak sangka makan pun byk sambil2 duk main toy happymeals tu. So lepas ni kalau kami nak g jalan mana2 shopping mall singgah la ke McD mesti anak ku berbunga hati dia dan tak de episod memalukan mak bapak dlm kedai mkn lagi.

Kalau hari minggu jugak jarang la sekali i masak for b/fast sbb anak saya jugak suka gi mkn kat mamak, cam biasalaa bkn makan tapi suka suasana kedai mamak kot. Bercakap pasal masak2 nih boleh dikatakan berjaya la setakat ini saya memasak hampir setiap hari pada hari biasa dan juga berjaya bawak bekal pun hampir tetiap hari .. ohh nak kata aku miskin pun sila laa tapi aliran duit aku mmg tak keluar2 sbb tade perbelanjaan keluar pun dan statik je duit dlm purse ehheehhe nasib la tade w/hse sale kalau tak cam pompuan gila aku serbu. Ehh i mmg sukalaa w/hse sale tu tak kira la sale apa pun yg penting murah sampaikan ada kata aku kederek laa tade duhetlaa sbb aku duk pegi sale cam tu .. lantak laa suka ati laa nak kata apa kan asal korang bahagia. So far tade w/hse sale apa pun so i simpan la duit tu yer hehehehhe boleh guna dihari tua mana tau hari tua perlu duit banyak ke khennnn.

Gambar kat kedai mamak .. kat McD malu plak nak ambik gambar. Gambar ni i letak kat fb jugak nak ceritanya pasal dia makan roti canai tu siap nak suruh ultraman mkn skali sbb katanya ultraman nak power kena makan.


ini pulak yg i masak tu, bkn nak tunjuk teror bebenor masak tapi sajela nak letak sini ha bitau i masak tauhu stim curah sos kicap manis tu dan anak i suka sbb tak payah kunyah boleh telan je.
Ini pulak ayam masak ala thai 'ayam phat pet' atau ayam serai pedas sungguh senang dan cepat nak masak. Huduh nyee gambar pinggan aku tuh, kang ada kata aku kutip tepi jalan kang nihaaa ala2 tak keluar duhet belanja tetiap bln save 500 jugak boleh la nnt aku beli set pinggan baru so nnt i tayang2 lebih pinggan mangkuk plak.


Lauk pauk di atas nih kalau ada lebihan bawak bekal lagi (i tak geli makan makanan semalam asalkan tak basi je jalannn) huahuahuaaaaahehehheh tapi bekal jarang ler bawak nasik sbb bekal kena bawak yg ala2 tak remeh spt mee goreng, salad, sandwich dan aneka sandwich laa. Tapi minggu lepas i banyak bawak kerabu suhun berudang just makan tu jelaa slurppsss sedap dan very lite and comfortable dish .. letak suhun tu banyak sket laa nnt kang lapar cepat plak.


Sejak dah rajin masak nih barula i terasa spt seorg isteri dan ibu sebenar heheheheh gila kan, sbb selama ni konon i ibu bekerja tak leh penat2 nnt besok lagi penat (macamkan aku kerja hebat). Tapi ibu2 dan isteri lain rilek je masak tetiap hari, dulu jeles jugak tapi skrg saya dah berjaya yayyyyy semoga saya bertambah rajin masak.


tu jela citer serba salah i .. nak sambung buat keje nih, nak muntah dah hadap benda sama nih.



till next time


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, February 3, 2012

Cheap things n old fren

Happy friday, petang ni hujan lebat kat area opis i nih terpikir plak nak balik nnt mesti jam gila kan. Hari ni i dah beransur sihat alhamdulillah syukur, walaupun lama mengambil masa nak baik dan tetiap malam tetap terbangun tiga empat kali sbb batuk2 tapi dah bertambah2 lega dah.


Pernah pegi kedai ikan satu malaysia dekat Setiawangsa? i adala 5 kali dah pegi sbb auntie i yg jaga Adam kan duk area situ tak singgah rugi laa. Pada i yg murah tu mestila makanan laut la spt ikan, udang, sotong, kepah, kupang, kerang macam2 la dan ada juga daging dan ayam juga macam2 barangan lain sayuran dan pelbagai lagi barangan lain. I beli makanan laut je sbb ayam dan daging tu macam tak berapa fresh better beli kat pasar la ada yg organik dan murah jugak. Minggu lepas i pegi situ balik keje hari Jumaat konon nak masak besok hari sabtu tu dan tetiba terjumpa sahabat lama dari zaman kanak2 yg main mak2 belakang rumah. Dia tegur i dulu tapi i mmg tak cam langsung pun dia, alhamdulillah kenal lagi dia pada i dan sudi tegur walaupun i nih mmg tak senyum langsung masa mula2 dia tanya tu terasa menyesal lak. Tapi ralat jugak i tak ambik no telefon dia dan dia je yg ambik no telefon i pastu nak add kat FB tetiba dedua private so susah nak cari instantly thru BB pastu dia janji nak email.


Sampai hari ni kawan i tu tak call or sms or email pun, dan FB i plak sejak smlm tak leh log in tetiba disabled. FB disabled tu mmg buat i sedih sbb byk gambar2 yg org tag2 esp gambar lama kenangan very sentimental. Nampaknya nnt i kena sign in a/c baru, benci laa abis contact2 lama dan paling sedih td i suruh my opismate ni Jac cari a/c i thru fren list dia mmg dah tade langsung nama i macam dah didelete a/c i tu. Ohh berbalik plak kisah kawan lama tu dia tu muda 5 thn dari i .. baru kawin dan skrg dia jadik cikgu kat (wah mulia kerjanya) sekolah depan kedai ikan satu m'sia tu dan harapnya nnt i pegi situ boleh la terserempak dgn dia lagi. Kawan i tuberkali2 duk kata inila 1st time dia dtg kedai ni w/pun depan2 tempat kerja tapi dia tak biasa beli barang situ dan biasanya dia beli kat Giant or Carrefour pastu kejap2 asiklaa dia duk explain tak penah dtg situ. I cakap alaaa tak pe nak jadikan citer kan jodoh kita terserempak sini, tetiba i terfikir adakah dia malu kot beli ikan situ maybe mmmmmmmmm .. ehhh tak baik aku sangka begitu. Kejap betul perjumpaan kami sbb masing2 nak balik rumah dan masak, menurut kawan i tu dia suka masa dari beli .. wah rajin dan mesti teror masak nih. Suprisingly dia duk setaman dgn i kat Gombak tu tapi lain fasa la sbb i fasa tetttttttttttt dia kat area bawah tu kot, tak sempat nak jemput dia datang rumah .. tetiba rindu masa kami kecik2 dulu.


Kisah kedai murah ni plak ... I mmg suka kedai ikan murah semalaysia nih mmg menjimatkan dan selain dari kedai tu i jugak ada pegi NSK, situ pun murah tapi for barangan basah tak berapa fresh kalau sayuran mmg fresh dan frozen food serta barangan lain ada juga yg murah2. Selain itu nak lagi jimat ???? ada pokok2 herba i tanam sendiri spt halia, lengkuas, serai, limau kasturi, limau purut dan daun kesom. Mmg jimat tak yah beli freeeeee je petik fresh dan organik sbb i tak letak racun dan baja pun dari sumber organik .. i tak letak taik kucing buat baja tau walaupun i ada bela kucing sbb nnt mati pokok tu sbb taik kucing tak sesuai buat baja ehhehehehh mana tau kot ada org pikir cam tu ke kan.


very cheap dua jenis ikan tu RM5 je, ikan jacket tu i nak letak sambal dan ikan kembung kecik tu nak buat kuah laksa. Biasanya kalau pegi lepas balik keje tak byk sangat pilihan tapi kalau pegi hari minggu waktu pagi mmg banyak dan very fresh, i penah beli ikan siakap sebesar keyboard i tgh type nih RM11 je heheh murah sungguh kan.



Ini buah hati saya yg teman memi masak .. dia suka tgk ikan sambil cium2 bau ikan tu dan ckp mmmm dap dap pish. Bising kat dapur sibuk nak pegang laa nak angkat laa ikan tu, nampak macam dah tinggi kan Adam tu tapi jgn tertipu dia berdiri atas stool. Dia skrg dah pandai nak tgk apa kat tempat tinggi je spt tgk kain dlm mesin basuh tgh pusing2 tu mesti usung stool tu dan tercegat depan tu sambil tanya i 'apa ni?'berkali2 tau dah jawab pun tanya lagi.





Okaylaa till next time


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa