Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, March 16, 2015

Food that we try

Hi, actually dah lama cuba siapkan entry ni tapi tak publish.  Cerita pun agak lama dah sbb benda ni last week, sejak dua menjak ni Deer balik agak lambat so kami makan malam mostly kat luar je. Dah lama food truck ni kat ada kat tepi padang area Taman Setiawangsa cuma kami baru try.  Awal jugak kami sampai situ lepas maghrib kat umah cik nah terus ke sini dan org pun tak ramai lagi masa hanya kami je kat situ.  Food truck kami try ni nama dia Baden Baden on Wheel, 



Makin lama sikit makin ramai jugak org tapi kebanyakannya orang tapau je sbb seat limited je. Kami try chicken shawarma, spageti bolognese and meatball with fries.  Makanan dorang mmg dah prepared awal2 kat rumah cuma dorang panaskan je. Macam meatball and fries kena gorang kat situ la kan and spageti tu hanya panaskan kuah n noodle pasta tu je.


Makanan dia okay je laa tade laa meletup sangat, kalau teringin tetiba tu okay laa tau la nak dapat kat mana kan. Kot2 ada yg mengidam kat umah tu rather than tetiba nak masak sbb jauh nak g beli kan so ada food truck ni senang laa nak fulfill your crave tu.   


Anak saya mmg suka meatball so dia makan semua meatball tu n pasta noodle dia tak abis pun. Price wise pulak okaylaa mana ada benda murah skrg ni kan. Pasta ni RM 7.90, shawarma 5.90 and meatball fries rm 7.90 air semua minum air tin je. Air bukan bersoda pun ada bagi yg menjaga kesihatan.  Itu je nak share till next time Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Tuesday, March 10, 2015

Sharing recipe n story


Sebelum mulakan cerita saya nak share resipi ikan kukus ni haa, kawan saya mintak nih kalau tak tadela saya letak sini macam perasan chef pulak. Nah Shiela ko salin la ye, nnt bitau aku ye babe jadi ke tak ke .. antar gambar skali tau.


Ikan Kukus Siakap 

1 ekor ikan Kukus (size besar)
1/2 cawan sos ikan
2 biji limau nipis
Secubit garam

4 batang serai
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 kotak tauhu lembut
1 paket lobak asin
1 biji Carot
5 cm halia muda 
daun ketumbar

Mula2 lumurkan ikan dgn secubit garam,
ambik 2 sudu je dari setengah cawan sos ikan tu lumur kat ikan pastu biar jap. 

Sediakan bekas loyang nak kukus tu n dlm tu letak la carot dan halia yg dah di potong bulat2. Pastu ambik ikan tu baring atas halia muda n carot tu.  Serai dan cili padi ketuk2 n tabur2 atas ikan pastu letak sikit kat dlm perut ikan tu tamau bagi hanyir lepas msk.  Perahkan limau nipis dan curahkan sos ikan yg balance tadi.

Pastu last skali letakla bahan yg lain spt tauhu lembut tu tapi potong2 dulu n sayur asin.  Sayur asin tu sblm ptg kena rendam dulu dlm setengah jam tamau dia terlampau masin.  Pastu kukus la sampai masak. Nak tau masak ke tak senang je jap2 pegi la cucuk kat karot tu kalau dah lembut masakla ikan tu.  Bila dah masak baru letak daun ketumbar. Jangan kukus lelama tau nnt kering ikan tu tak sedap dah.



Ohh kucing pun skrg dah jarang dah bagi makan ikan mentah macam ritu sbb dorang ni kalau makan ikan tak larat la plak saya kejenye tetiap minggu nak basuh cage kucing sbb busuk laa sbb dorang mkn tu comot2 kot plus taik dorang pun super busuk.  Gambar George tu tengah tunggu nak makan malam.  Menu baru for kucing sekarang ialah ayam rebus, kena beli chicken rib or breast pastu rebus biasa je bila sejuk siat2 isi tu simpan dlm peti ais. Sup rebusan ayam jgn buang sbb kucing mmg suka sup tu siap jilat2 lagi. Jadi skrg dah tak bau busuk lagi dan kucing pun gembira je.


Gambar bawah tu pulak hari Ahad ritu, g makan kat Manhattan Fish je gambar makanan lain tade cuma ada gambar dessert je.  Dessert tu Sizzling banana with ice cream, ada gravy macam susu dan saya kurang sikit dessert ni so yg makan ni dua beranak tu la. Masa waiter tu hantar ke meja bunyi sizzle banana tu pastu bila curah susu berasap n tetiba ada kuang2 sebelah ni macam konon nak mati la lemas asap dengan buat muka annoy nye. 


Nak ambik gambar kaki tapi yg ternampaknya perut Adam tu,  mmg dia mkn byk hari tu abiskan spageti sepinggan. Sebelum mkn spageti Adam mkn biskut bekal dia lagi pastu banana tu lagi dah nak meletup perut dia ahahha mummy seronok tgk Adam mkn byk.  Ikea ada sale skrg ni tapi kami tak masuk Ikea ramai sgt org cuma kami beli biskut Ikea mmg murah boleh beli byk2 stok bekal Adam nak bawak g sekolah .. saya mmg tak mkn biskut2 jem ni tapi anak saya mengikut bapak dia dari segi makan dan segalanya.


Pastu g beli susu coklat Adam nak letak dlm peti ais sbb balik sekolah dia nak minum sejuk2, memacam dia sekarang.  Pakai selipar je dia keluar hari tu, selalunya kami jarang bagi dia berselipar tapi hari tu dia kata kaki dia nak nafas.


Kat opis ni ada kawan yg suka makan2, suka jalan2 cari makan mmg suka share makan sana sini best dan rajin membawa saya tumpang sekaki. Itu pun saya jarang2 je ikut sbb kalau ikut dorang manjang dah rupa size mesin basuh dah kot badan ni, saya ni kan pendek je kalau gemuk mmg pat segi la.


Semalam kami g makan kat Nasi Vanggey kat Wangsa Maju, dengar cerita dari kawan2 opis ni sedap dia pengsan bangun 5 kali excited la nak try ... hmmm tapi tak kena pun dengan citarasa saya sbb saya tak boleh habiskan pun terasa muak. Petang lepas lunch semalam mata mmg melekat gam jenuh nak lawan mengantuk, sampai ke malam tak payah makan mmg kenyang dah sbb duk terasa muakkk je seharian.  Cerita kat husband dia macam berminat nak pegi try jugak, mmg dia suka la makanan mamak ni so husband saya pun rasanya nnt terjebak jugak. 

Itu je la tade modal dah nak citer ... till next entry .. Daaaaa


Wednesday, March 4, 2015

Tunggul kayu


Semalam dan kelmarin saya EL, saya mmg malas nak g keje kebetulan tetiba pulak Adam meragam tak mau pegi sekolah.  Sejak dia pegi sekolah naik bas ni dah sebulan dah, saya tak pernah hantar n tunggu dia naik bas.  Pastu pulak saya dah apply ke department baru dan dah lulus dah pun cuma tunggu boss sini nak release saya pada 15 March ni juga tgh tunggu surat.  Keje tu ada tapi tu laa lepas dah buat performance review for next mth bonus lagi double triple malas.

Sejak dah apply ke department baru saya terasa seperti tunggul di sini, kawan2 sini busy giler dan sebahagian dari mereka bekerja mmg dlm style kalut dan kelam kabut mmg cara gitu. Jangan salah faham sbb mmg dept skrg ni keje byk dan dpt pun adhoc n urgent pulak tu kena handle system plak salah key in kang mampus. Kawan sini baik2 belaka dan super fun, dorang ni kalau kita hang out lunch time g mkn2 kat luar or kat kantin opis ke kalau bersembang tade topik lain selain kerja .. see mmg dorang ni bagus takde ckp hal org cuma hal keje je manjang.

Gambar bawah tu saya masak, bila cuti saya habiskan masa kat rumah cik nah, sbb Adam balik sekolah situ.  Hari isnin saya masak tom yam putih ayam dan siakap stim semua tu ala thai.  Siakap beli kat JJAU2 mmg murah giler sekor size besar gemuk rm 9.90. Ikan kukus saya mmg menjadi sangat mmg sangat sedap ... saya puji diri sbb cik nah ckp sedap. Saya improvised letak tauhu lembut dan sayur asin, teringat masa makan kat PD last year kat kedai tu letak dua bahan tu.  Penuh bahan2 sampingan sampai tak nampak ikan, ikan kena potong dua sbb tak muat pengukus.



Bed conquerer, siap berpusing lagi mmg macam tu dan mmg suka bawak kawan2 soft toys dia reramai tidur sekatil.


Itulah dog Adam yg dia pegang tu, setelah berbulan2 duk mintak nak beli dog dan dah letih jugak mummy dok explain takboleh bela haram tetap tak paham. Akhirnya jadi la dapat jugak dog toy yg mmg persis dog yg dia nak, 



Semalam aunt Jah datang visit Adam, kalau jumpa aunt Jah mmg tak sah kalau tak mengusik walaupun begitu dia mmg rindukan auntie dia tu dan kalau dah lama tak jumpa dia akan sebut2.  Dan paling best semalam bila saya dan mamatok nah skali tunggu bas sekolah dia at least dia lega lah sikit dan bila jemput dia turun dari bas sekolah tu bukan main senyum lagi dia.  Hari ni ada sedikit mengamuk nangis takmau pegi tapi mamatok nah pujuk pegi jugak Alhamdulillah.  Mummy doakan Adam lepas ni rajin pegi skolah dan semoga lebih pandai dan jadi anak yg soleh ye.

daaaaa


Friday, February 27, 2015

Cny break

Gambar dah lama i upload tapi cerita tade, sbb upload gambar thru phone n gambar semua dlm phone senang terus upload tapi nak type kat phone adoii malas nyee. Terus lupa nak cek tgk balik hehehe lagipun tetiba busy pulak.  Semalam n kelmarin i EL dua hari tau, malas plak mood nak keje tade.

Masa cuti CNY hari tu kami tak de plan pun nak balik KB,  mmg dah agak akan jammed gila2 nih sbb org kelantan mmg penyumbang paling besar kesesakan lalulintas ke pantai timur. Ada kawan cerita dia stucked dlm jamm sampai kena bermalam kat Kuantan.  Mak cik saya 3 org balik kelantan melawat mak cik yg mangsa banjir kat Kuala Krai juga stucked situ terpaksa bertolak balik Ahad pagi pukul 3 am dan sampai KL pukul 9 am alhamdulillah tade jamm apa sbb keluar awal.

Ini gambar masa cuti CNY hari tu la, hari isnin or selasa tak ingat dah. Saja bawak Adam jalan2 situ mmg tenang je sbb kami keluar rumah awal jugak dlm pkl 10 am kot lepas bfast terus g Curve.


Memang dah rindu melampau lampau kat mama n abah insyaAllah before puasa kami plan nak balik. Susah for my husband sbb nak apply cuti mmg serba salah kan baru je keje kat kilang baru tu sebulan je.  Sekarang ni Deer byk ada training n kena byk buat persentation for bosses, sampai ke rumah dia bekerja .. sedih sungguh demi mencari sesuap nasi. Apapun jangan lupa bersyukur ALHAMDULILLAH at least ada keje dan sumber rezeki yg halal.



Nampak kat Curve macam tak ramai org tapi bila nak time lunch terasa nak makan kat Ikea Cafe la pulak macam dah dekat setahun tak makan situ.  Dalam pukul 11.45 am kot kami ke Ikea Cafe .. mak aii nak mampus ramai gila org beratur nak beli tempat duduk tatau laa ada ke tade nih, cuba gak la beratur dlm 15 minit nak marah la rasanya lamaaa gak tak gerak pun.  Kalau begitu tak payah la makan Ikea Cafe lagi merajuk.


Gambar atas tu sebelah petang balik dari Curve kami ke rumah adik ipar dia ajak pegi lepak kat rumah dia. Kalau ke situ Adam beria la nak mandi swimming pool sama jugak dgn Rayyan anak SIL dia pun sama siap nak swim sendiri tamau org pegang2 nak tiru abang Adam. PIL tido situ satu malam turut serta BIL yg bongsu tido situ jugak tinggal kami je tak join. 


i pun selfie jugak hehehehehe ... mmg hari yg panas kalau tak pakai sunglass saya boleh kena sakit kepala sbb mata tak tahan sinaran matahari lagipun dah tua begini mmg byk benda dah mula mereputs dan muka pun mengembang walaupun mkn hanya sesudu nasik.


Kami end up makan sini laa mmg panas hati masa beratur kat Ikea tu macam mustahil dah bagi kami anak beranak nak makan situ asik memanjang padat.  Nasib baik tak mengandung cuma mengandungi tahi je kalau tidak pasti baby dlm perut kempunan, kalau tahi tade kempunan apapun la kalau lemak tu mmg la memanggil2 makanan berlemak. 

Makan kat Italiannies, disamping dpt point yg boleh diconvert dlm RM and boleh deduct the next bill saya boleh makan dgn tenang sbb tak ramai orang dan paling best anak saya dpt free kids meal.


Lepas makan dah bosan kat Curve pegi OU plak hahahha mmg gila berjalan sungguh mungkin minggu sebelum tu weekend tak keluar sbb bz bawak kucing pg klinik la, basuh baju tepi sungai laa macam2 la. Kat OU tempat wajib singgah apalagi Hamleys kalau tak pun Toys r us, bukan semestinya beli tapi kena singgah window shopping je pun jadi lah for Adam.  Tak baik membazir beli toys ni baik kita simpan duit tu Adam oii.

Daaaaa

Tuesday, February 10, 2015

Demam n demam

Hi happy Tuesday, last week whole week saya demam mmg stok baring2 je tak lalu makan segala mmg rosak la plan nak g bercuti bermalam di hotel kat KL Sentral tu.  Tak kemana pun cuti lama ritu, nak buat cemano kan tapi ada baik nya jugak tak luak la duit sbb tak kuar ahahahahahhahah.

Saya baru start keje semalam Isnin, mmg lantok la kalau org nak kata apa pun sbb MC lama ke apa sbb mmg tak larat sungguh la. Selera makan baru kembali kepada ku semalam, itupun setelah teringin nak makan kat taiwan noodle. 

Kita teruskan cerita melalui gambar baru la syok sket kan, gambar bawah tu cousin saya Azah tgh rajin duk mengajar Adam coloring n drawing.  Sekarang dah jarang Adam berjumpa dgn Aunt Jah sejak Aunt Jah keje event ni sebok je manjang.




Sejak mula demam ritu lagi duk teringin nak makan taiwan noodle tapi pegi ke Ampang Point tu tak larat nak jalan. Lagipun asik terasa nak pengsan je takut pegi kang tetiba tak boleh makan plak. Mil ritu dia ngidam nak nasik lemak kukus so weekend bawak dia g breakfast byk sungguh dia makan terus sihat la hendak nya jgn demam2 lg mak dah la kena ngasuh cucu kang demam susah plak sil nak buat tuisyen tade org jaga anak dia.


Kucing saya baru beranak hari Isnin last week masa saya tengah demam, mmg tak larat nak pedulik kat anak kucing lagipun takut jangkit demam kat kucing kang naya abis duit ku.  Anak kucing baru beranak 3 ekor tak tau lagi jantan or betina, alhamdulillah senang sungguh Heather beranak ye dah la subur nak mamps asik dia je beranak yg aku ni tak de beranak2 dah.

George tengah hidu2 anak kucing tapi tak gigit pun. Kalut je nak tengok dari hari anak kucing beranak lagi duk sebok nak ngintai so bagi dia hidu baru puas ati kot.  George duk dlm cage most of d times n Popeye pulak kerap duk luar.


Diet baru kucing saya bagi raw fish diet, sejak saya baca dlm internet yg kucing ni karnivor mmg perlu di beri byk mkn daging.  Sebenarnya kibbles yg kita beri tu tak berapa bagus spt kita suapkan dorang dgn junk food.  Tin food pulak of coz ada pengawet so pilihan terbaik bagi je ikan mentah, ikan saya beli daily takde simpan dlm fridge masa otw balik keje singgah kedai beli dlm 4 ekor ikan kembong kecik tu pastu gunting2 kecik2 tak mau tulang besar lekat kat gigi. Alhamdulillah kucing saya suka sangat dan tak de muntah2 pun lps mkn ikan mentah.  Bulu pun dah bertambah shiny dan gigi lebih bersih dari makan kibbles. Tapi saya tak bagi raw diet 100% pun campur jugak dgn kibble cuma tak bergantung dgn kibble sepenuhnya macam dulu la.


Ini gambar hari Ahad lepas, saya mmg suka bawak dia pegi kedai buku sejak dia kecik lagi wpun tak lancar membaca tapi dia mmg minat sangat dgn book esp book abt shark n fish.  Memang lama duk book store sbb dia nak tengok satu2 buku kat situ, kalau dia nak beli pun i pilih jugak la yg mana yg perlu tade la dia mintak nak beli buku manjang kdg2 saya lagi suka beli.  Sekarang ni kami banyak beli buku latihan membaca, menulis n math dan alhamdulillah ada antara buku tu tak sampai 2 minggu dah abis buat latihan.  Apapun usaha tu penting dan tak mau ajar dia mengalah .. alhamdulillah sangat bersyukur dia dah byk improve setakat hari ni.


Makan pun dah bertambah selera skearang,  tak macam dulu memilih sangat itu tak mkn ini tak mkn tapi skrg kalau nak bagi lagi selera kita suap la mmg confirm abis.  Kadang2 kena ugut jugak nak suruh abis makan, paling berkesan bila i bgtau sepupu dia yg mil jaga tu dah tinggi dah besar dari Adam terus gelupur Adam nak mkn byk ahahahhah agaknya dia paham kot selama ni sil duk ukur ketinggian anak dia compare dgn Adam.  



Itu saja la cerita hari ni, tade modal nak bgtau dah  ... till next time
daaaaaaaaaaa


Monday, January 26, 2015

Pressure ???


Am i putting too much pressure on him? Entah pagi tadi i marah dia teruk2 jugak sampaikan i pekik dekat telinga dia. Sebabnya dua hari cuti weekend dia tak nak buat homework. Pastu pulak bila i ajar dia buat2 tak dengar n tak focus pun i ckp apa. 

Tadi pagi buat homework dlm kereta pastu tergagap2 tah naper tetiba tak kenal nombor pulakkk siap la kena sergah sampaikan dia nangis teresak esak pun i tak peduli suruh dia siapkan jugakk. Mungkin selama ni kami terlalu berlembut sgt dgn dia dan terlampau mengikut apa kemahuan dia tp skrg no more la maybe i sorang je kena strict biar papa cool sikit takut biol plak kang dedua duk garang dgn dia. 


Maybe tak terlewat kot nak paksa2 dia macam tu kan.  Better late than never, lagipun skrg i pulak yg stress lelebih sbb risau dgn pencapaian akademic dia takut terkebelakang lagi kesian, tambah pulak dgn dia macam tu .. paham tak keadaan bila org lain spt opah, atuk pakcik makcik dia tanya pape pasal school or test him suruh jawab math  bukan dia nak jwb elok2 dia buat tatau je hinggakan semua org ingatkan dia bodoh, memula i pun ingat cam tu gak tapi bila tanya teacher bg tau okay je so i test kat umah sometimes okay tapi bila dia malas mmg dia buat2 tatau eeiii geram betul. Hati ni jadik serabut bila org duk pikir anak kita macam tu kan, sedangkan kita sendiri pun positive n cakap baik2 je selama ni taknak tersalah ckp tak baik kata2 ibu ni merupakan doa. Astafirullahhalazimmmm

Last week pulak i baru tau yg sekolah rendah yg i daftarkan dia tu sekolah rendah berprestasi tinggi so dia kena sit for exam dlm bln Mei ni kalau lulus baru diterima masuk kalau tak kena pg sekolah lain which is jauhh la kan susah la aku nnt. Dah elok kaw tim dgn Cik Nah nnt Adam darjah satu auntie i nak hantar n ambik tak payah naik bas tetiba macam  ni adoii berganda stressa ku.

Bila i marah dia pasal malas nak buat homework i akan jelaskan balik kenapa mummy paksa sbb takut Adam tak pandai. Lepas kena marah dia sedar kejap, i have to make sure that he's on d right track. 


Gambar pagi tadi masa hantar dia, macam tu la dia tetiap pagi bila i hantar, dia akan tunggu situ sampai i turun. Biasanya i tak de perasaan pun tapi pagi tadi jadi kesian pulak disebabkan marah teruk kat dia. Tadi plak i call umah mamatok nah biasa dia jwb sbb he's expecting me to call tp tadi cik nah jwb kata Adam tamau ckp dgn mummy. Haiii lah hati terasa sedih plak tapi mummy harus kuat tamau pikir macam ni Adam dah besar i should forced u to make sure u at the right track. Hati mummy ni kena kering tak nak terikut sangat perasaan ni, dia kan anak tunggal kalau dia kecundang i pun turut sama tau.

This week will be the last week for us to send him to school start from next week papa dah start work kat office baru dia kena naik bas to n fro.  We will send him to Cik Nah's house very early dlm pkl 6.30am so dia kena bersiap kat situ la nnt bas ambik pkl 7.45am.  Tak pe la susah2 dahulu kan nnt kemudian hari kita tak susah payah macam ni lagi hopefully n kita pun harus ingat ramai lagi org lain lagi susah payah dari kita wahai anak.



Bila rajin mmg rajin sangat pantang tengok book or newpaper apa pun dia cuba nak baca or kalau tak tatau dia reka2 la ikut imaginary dia masa tu.  Itu pasal la i ada mention dlm previous entry nak hantar tuisyen sbb ini la masalahnya dah lama i pendam.  Harapan ku besar mahu anak ku jadi anak yg pandai yg berjaya dunia akhirat.

Satu punca stress lagi si George tu payah gila nak bagi makan ubat, apapun kena paksa dia gila2 nnt sakit lagi punca laaa mana nak cekau lagi seribu lebih.  Adooiiii aku stresss nye mintak mahap laaa rasa nak pekik kat org nihhh ini pun cerita yg baik2 je sini ada lagi yg kusut2 aku simpan dlm ati jelaa kang ada org tak semena2 terbaca mampussss.

Okaylaa till next time
daaa

Thursday, January 22, 2015

Macam macam cerita


Hi all, ini entry bergambar last week spt rasanya sudah elaborate panjang lebar cerita ini tapi bila view aikkkk naper kosong hah abis yg aku tulis byk tu mana pergi nyaaaaa.  Dah lupa cerita apa sini bosan nak ulang2 lagi rasa macam repeat same thing je.  

Gambar bawah tu dihari minggu tengah siap2 nak keluar jalan2, skrg ni dah timbul rasa malas nye nak keluar dah rasa best nye duk umah golek2 kan. Tapi kalau tak keluar sian mil sbb hari minggu pun dia jaga cucu jugak sampai ke mlm sometimes sbb sil ngajar tuisyen.  Kalau kami tak keluar nnt anak sil tu asik nak main dgn Adam kdg2 tak tido sbb seronok duk berkejar main pastu mil letih laa nak melayan kan budak kalau tak tido siang nnt nakal sket.  Kadang2 sil tade tuisyen weekend kami duk rumah la golek2 main dgn kucing pastu layan2 Adam main bola kat luar ke.  Eissh tak sabar nye nak pindah kan best duk umah sendiri memacam boleh buat kan.




George kat hospital ritu, tangan dia kena drip pastu dok kuis2 tangan dia sbb tak selesa.  2 hari jugak dia kena drip, ooh skrg i dah tau punca penyakit George ni adalah sebab utama dia tak minum cukup air spt manusia la kan.  Jadi sekarang ni saya dah strictly force drink semua kucing jantan di rumah spt nasihat doctor 20ml air mmg dah mencukupi utk haiwan spt kucing.  Kena rajin monitor bekas air kalau tak luak jgk mmg kena 20ml kalau luak sikit kita bagi la dlm 10ml at least utk mengelakkan penyakit pundi kencing.  Menurut dr situ mmg common la penyakit ini dgn kucing jantan dan ada baka2 terentu yg mmg senang kena sakit ni, malas nak google letak sini..





George dah discharged on last week Thursday, i g pick up after office hours.  Animal hospital ni mmg recommended la bagus. Dia bagi kat i George tu bau wangi siap mandi lagi pastu bagi makanan special tu tah la for free kot sbb tak de tulis pun dlm bill diaorg charge for semua tu.  To me hospital ni mahal la tapi mengenang kan bagus service tak apa la demi kucing tersayang takkan la nak korbankan dia demi duit yg boleh dicari.  InsyaAllah ada rezeki lain menanti, diberikan rezeki kesihatan begini pun dah cukup dah tak payah tukar dgn wang ringgit or harta benda.  Semua kucing saya bela mmg seperti anak saya sendiri, even Adam pun anggap kucing2 kami tu spt keluarga dia sayang spt adik beradik.



Ni nak citer kisah Adam, skrg ni mmg hari2 w/out failed bawak bekal g sekolah. Harapan saya semoga dia habiskan bekal dan tabiat membawa bekal ni kekal la sampai dia sekolah rendah abis darjah 6. Contoh salah satu bekal dia bawak la tu, kadang2 ada selit2 buah spt apple, grape, pear depend la apa ada kat rumah dan paling win banana sbb dia suka giler banana.  Nanti tunjuk sini i buat banana sandwich ala yg kita belah dua buah tu pastu sapu nutella gitu je. Ooh buat epal pun i buat gitu gak tapi la buah ni leceh sket kalau pisang tu cepat lebam tapi Apple tu tak pela rendam dgn lemon tahan la tak lebam.


Ni kisah balik sekolah, hari jumaat dia ada kelas swimming pastu bila sampai rumah cepat flat. Masa ni mama tok Nah ajak g keluar beli barang, dia dah siap2 tukar baju tapi tertido gitu tunggu mamatok nah siap. Sian dia mmg letih macam tu kalau hari Jumaat tapi malam hari bertenaga lebih sket, elok laa boleh buat homework.


Sekarang dah ceria g sekolah sbb dia suka teacher baru yg takeover kelas dia skrg, kalau dulu hari2 nangis sbb tak suka teacher tu katanya garang la adoila macam mana kalau darjah satu buatnya ada teacher garang mampos la i tak larat la hari2 nak pujuk.  Next mth dia dah start tuisyen, walaupun ada org kata awal tapi tak pe laa dia tak lancar lagi membaca masih tergagap2, kena hantar tuisyen awal semoga nnt masuk darjah satu dia lancar membaca.  

daaaa