Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, March 20, 2015

Its Friday

Assalamualaikum and happy barokah Friday, seronok kan bila Jumaat menjelma sbb esoknya tak keje dan boleh berehat.  To me life is still the same n always looking forward for weekend, i've bet semua org pun macam tu kan.  Some people have no life they only looking forward to keje keje keje je kan.  Sekarang my son dah tau merungut if me n hubby balik lambat, or kami asyik keje je dia dah membebel kata mummy papa tak sayang dia.  Lagi2 skrg ni kami dah tak hantar dia pegi school pagi2 mungkin dia terasa sangat kot.  Pasal itu la lately i byk cuti nak pujuk dia and tunggu dia naik bas pegi sekolah n tunggu dia balik dari sekolah angkat dia turun dari bas sekolah  ... suka la dia tak terkata and mummy pun terasa lega.

Last Tues i dah officialy tukar department lagi, this time i joined balik dept masa memula i keje celcom dulu, keje balik dgn boss lama i yg lady boss yg baik itu.  Alhamdulillah everything dlm process pertukaran mmg mudah n lancar dan semoga rezeki bertambah berkat n murah di sini.  Semoga saya cepat belajar dan menerima dgn ikhlas keje2 baru yg bakal saya pikul nnt.  Sejak dah tak jadi secretary saya agak susah nak adapt dgn keje lain sometimes saya paksa diri sendiri utk terima n suka, masa tu saya baru tau keje setiausaha mmg dah sebati dgn diri saya sampaikan pejam mata pun saya boleh buat tapi bila keje baru i have to learn n learn n learn insyaAllah saya boleh.

Gambar bawah last weekend seperti biasa kami berjalan2 je time weekend sbb nak spend quality times dgn anak.  Kalau spend kat rumah kdg yela sbb kami tinggal dgn mentua mmg susah sikit nak lazing around.  InsyaAllah doa ye kawan2 semoga saya dipermudah kan dapat rumah baru nnt. Saya suka tinggal dgn mentua cuma yelaa as a human sometimes you want to be yourself lazing around kang and kadang2 tak sampai hati pulak tgk mil.


Kami mencuba menu baru dari kebiasaan, kalau keluar kebiasaan asik laa mkn benda sama tapi kali ni kami bkn saja cuba sesuatu yg baru tapi malah kami pegi ke tempat yg baru .. bukan tempat baru sangat la actually cuma tak selalu hang out sini.  Normally tak de tempat lain asiklaa ke OU je tak bosan2 jugak hinggala baru ni kami pegi Curve pulak.  Dah 3 kali weekend dah kami ke situ berturut2 ahahahh pelik kan sbb mmg malas nak gi jejauh mungkin kena dgn mood kami kot.  Kalau biasa ke Curve kami asik mkn kat Itallianies or The Apartment sbb ada member card yg boleh collect point n boleh tukar dlm bentuk bill deduction .. jimat kan.  Kali ni kami cuba kat Hadramawt, semua org suka je mkn nasik arab dan okay la tapi tade member card la ahahahhaha so boleh laa kalau nak try lagi next time dari pada asik nak mkn benda yg sama je.



Dah alang2 kat situ kan rugi la kalau tak berkunjung ke Ikea store tapi tak rugi pun kalau tak ke Ikea Cafe sbb takkan ada peluang pun congested sangat.  Kami saja je survey2 furniture sbb ada plan if process pembelian rumah memakan masa yg terlalu lama kami decide to sewa je memana dulu sementara. If tade rezeki rumah sendiri rumah sewa pun okay dah Alhamduillah syukur je apa yg diberi, kali ni kalau nak pindah mmg totally kena beli baru whole things semua barang lama dah bagi org n hantar kampung. Kalau beli pun beli la yg mana mampu je sesuai dgn konsep kami ukur baju dibadan sendiri.  Memandang kan kami berdua tak ada kemudahan kad kredit segalanya perlu di rancang dan menabung la jgn berenti sbb kalau tetiba ada emergency nak cekau mana kan n sapa nak tolong ko.  Beringatla sebelum kena dan sentiasa berhati2 sentiasa ingat langit tak selalu cerah.

Adam dan cukup besar n dia berangan punya bilik dia sendiri, memandangkan dia byk koleksi permainan yg dia sayang dan dia teringin pasang display. Dia teringin sangat nak pasang Thomas set dia yg baru2 ni dia beli lagi ext railways nak bg panjang.  Saya cakap dia InsyaAllah kalau ada rezeki kita nnt kita buat ye.  Siap mintak board n kerusi tu aihhh macam2 la dia dgn berangan senyum2 lagi gembira n somemore dia nak basikal big boys dah la memacam mintak nye macam laa kita ni kayo dgn duit ye kita diberi kekayaan kesihatan dan kebahagiaan begini dah syukur rahmat alhamdulillah.


School holiday ni Adam banyak habiskan masa dgn mamatok Nah and Tok Nab, tak gi jejalan jauh pun cuma gi dekat2 je.  Gambar bawah tu lepas balik dari rumah Tok Nab so dorang g minum petang minum air kelapa n mkn lite2 je.  Adam bukannya makan apa pun seronok keluar dah okay tak lapar dah.  Thank u la my aunties yg layan Adam seperti cucu mereka sendiri dan Adam pun confuse sapa atok nenek dia yg sebenar sbb semua org baik dgn dia.  Ini pun dikira rezeki yg Allah bagi juga .. Alhamdulillah syukur tak terhingga dan jangan la hai hati asyik mengeluh dan tak mensyukuri pemberian Allah.  


Minggu depan sesi persekolahan dah bermula cemanalaa drama yg bakal ku lalui nnt mesti ada la sesi ngamuk nangis tak nak naik bas tu. Semoga Adam rajin2 gi sekolah tamau drama2 malas tu lagi ye.

till next time
daaaaaaaaaaaaaaaa


Tuesday, March 17, 2015

Imadeit withluv

Masakan dirumah adalah yg terbaik dan dimasak dgn penuh ikhlas untuk yg tersayang .. betul tak. Sejak tak ada rumah saya mmg jarang sangat memasak, dirumah pil saya ada masak beberapa jenis masakan mudah yg mil jarang buat tapi yg semestinya pil makan.  

Kalau saya masak tentunya masakan pantai timur laaa kebanyakan nya, yg paling kerap dimasak adalah spagethi bolognese sbb yg itu Adam suka dan makan berkali2 dgn byk.  Gambar bawah tu yg saya masak recently kat rumah Cik Nah, sbb teringin punya pasal.  Kalau beli ada ajelaa tak puas ati baik lah buat sendiri walaupun tak sedap mana tapi puas ati kan, nak letak bahan apa extra pun suka ati la kan sendiri bikin.



Nasi kerabu buat sendiri lagi best sbb boleh makan beberapa kali, ulam rangup dan segar paling penting tu tak was2 pun sbb ulam dibasuh berkali2 dan direndam dgn pencuci botol susu Adam.  Iye Adam masih minum susu, lantak dia laa nak minum pakai botol sampai dia rasa malu sendiri dia stop la kot sehingga itu minum la sampai puas.


Minum petang yg sihat, sebab kami suka jagung tu dikukus sekejap saja supaya rangup dan isinya berjus.  Saya kurang gemar manisan, makan begitu saja lebih enak dan sihat lagi best minum pulak teh panas suam yang berperisa strawberi ahh syahdu.  Ini semua kat rumah Cik Nah, sebab kami punya taste sama kot maklum laa dia mak cik sudah seperti ibu ku sendiri memandangkan ibuku jauh dia kampung dia pun bukan suka nak datang2 sini katanya saya tade rumah tak selesa nak numpang rumah adik beradik.  Baik lah mama nnt orang pindah soon insyaAllah kalau tak dtg jugak tak tau laa nak cakap apa kalau dulu ada rumah pun seribu alasan nak dtg sini mmg mama tak suka suasana sini kot.
Dah makan kenyang2 jalan2 naik turun bukit area rumah exercise lite2.  Cik Nah alhamdulillah masih kuat lagi cuma adala sikit sakit lutut kadang2 dan kena jaga kesihatan.  Mama dan Abah pun alhamdulillah sejak pindah duk kampung dorang bertambah2 sihat almaklum la kat kampung tu kan udara fresh dan sejak itu mama jarang dah kena migrain sbb tak stress2 lagi dan abah pulak sekarang ni sibuk dengan lembu kambing dia membuatkan dia lebih aktif dan bertambah sihat alhamdulillah.


Singgang ikan tenggiri, ooh saya suka sangat makan ni mmg comfort food for me kalau demam tak de selera ada singgang ni mmg gerenti lalu makan. Adam suka makan macam sup je, letak nasi dlm mangkuk dan tuang kuah ni byk2 hirup dgn nasik tu mmg sedap.


Budu dan ulam mmg heaven laaa,  tu kat atas mmg tade stok ulam cuma ada kesom dipetik dari pasu depan rumah Cik Nah buat ulam jadik laa sedap jugak.  Kalau kemaruk ulam lagi cili api tu potong kecik2 makan dgn nasi pun best.  Itulaa humble food kami yg most of the time asik teringin je tapi yg homemade punya la bukan yg teringin yg beli sbb yg dibeli di kedai tak sama dgn buat sendiri.

till next entry
Daaaaaaaaaaaa


Monday, March 16, 2015

Food that we try

Hi, actually dah lama cuba siapkan entry ni tapi tak publish.  Cerita pun agak lama dah sbb benda ni last week, sejak dua menjak ni Deer balik agak lambat so kami makan malam mostly kat luar je. Dah lama food truck ni kat ada kat tepi padang area Taman Setiawangsa cuma kami baru try.  Awal jugak kami sampai situ lepas maghrib kat umah cik nah terus ke sini dan org pun tak ramai lagi masa hanya kami je kat situ.  Food truck kami try ni nama dia Baden Baden on Wheel, 



Makin lama sikit makin ramai jugak org tapi kebanyakannya orang tapau je sbb seat limited je. Kami try chicken shawarma, spageti bolognese and meatball with fries.  Makanan dorang mmg dah prepared awal2 kat rumah cuma dorang panaskan je. Macam meatball and fries kena gorang kat situ la kan and spageti tu hanya panaskan kuah n noodle pasta tu je.


Makanan dia okay je laa tade laa meletup sangat, kalau teringin tetiba tu okay laa tau la nak dapat kat mana kan. Kot2 ada yg mengidam kat umah tu rather than tetiba nak masak sbb jauh nak g beli kan so ada food truck ni senang laa nak fulfill your crave tu.   


Anak saya mmg suka meatball so dia makan semua meatball tu n pasta noodle dia tak abis pun. Price wise pulak okaylaa mana ada benda murah skrg ni kan. Pasta ni RM 7.90, shawarma 5.90 and meatball fries rm 7.90 air semua minum air tin je. Air bukan bersoda pun ada bagi yg menjaga kesihatan.  Itu je nak share till next time Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Tuesday, March 10, 2015

Sharing recipe n story


Sebelum mulakan cerita saya nak share resipi ikan kukus ni haa, kawan saya mintak nih kalau tak tadela saya letak sini macam perasan chef pulak. Nah Shiela ko salin la ye, nnt bitau aku ye babe jadi ke tak ke .. antar gambar skali tau.


Ikan Kukus Siakap 

1 ekor ikan Kukus (size besar)
1/2 cawan sos ikan
2 biji limau nipis
Secubit garam

4 batang serai
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 kotak tauhu lembut
1 paket lobak asin
1 biji Carot
5 cm halia muda 
daun ketumbar

Mula2 lumurkan ikan dgn secubit garam,
ambik 2 sudu je dari setengah cawan sos ikan tu lumur kat ikan pastu biar jap. 

Sediakan bekas loyang nak kukus tu n dlm tu letak la carot dan halia yg dah di potong bulat2. Pastu ambik ikan tu baring atas halia muda n carot tu.  Serai dan cili padi ketuk2 n tabur2 atas ikan pastu letak sikit kat dlm perut ikan tu tamau bagi hanyir lepas msk.  Perahkan limau nipis dan curahkan sos ikan yg balance tadi.

Pastu last skali letakla bahan yg lain spt tauhu lembut tu tapi potong2 dulu n sayur asin.  Sayur asin tu sblm ptg kena rendam dulu dlm setengah jam tamau dia terlampau masin.  Pastu kukus la sampai masak. Nak tau masak ke tak senang je jap2 pegi la cucuk kat karot tu kalau dah lembut masakla ikan tu.  Bila dah masak baru letak daun ketumbar. Jangan kukus lelama tau nnt kering ikan tu tak sedap dah.



Ohh kucing pun skrg dah jarang dah bagi makan ikan mentah macam ritu sbb dorang ni kalau makan ikan tak larat la plak saya kejenye tetiap minggu nak basuh cage kucing sbb busuk laa sbb dorang mkn tu comot2 kot plus taik dorang pun super busuk.  Gambar George tu tengah tunggu nak makan malam.  Menu baru for kucing sekarang ialah ayam rebus, kena beli chicken rib or breast pastu rebus biasa je bila sejuk siat2 isi tu simpan dlm peti ais. Sup rebusan ayam jgn buang sbb kucing mmg suka sup tu siap jilat2 lagi. Jadi skrg dah tak bau busuk lagi dan kucing pun gembira je.


Gambar bawah tu pulak hari Ahad ritu, g makan kat Manhattan Fish je gambar makanan lain tade cuma ada gambar dessert je.  Dessert tu Sizzling banana with ice cream, ada gravy macam susu dan saya kurang sikit dessert ni so yg makan ni dua beranak tu la. Masa waiter tu hantar ke meja bunyi sizzle banana tu pastu bila curah susu berasap n tetiba ada kuang2 sebelah ni macam konon nak mati la lemas asap dengan buat muka annoy nye. 


Nak ambik gambar kaki tapi yg ternampaknya perut Adam tu,  mmg dia mkn byk hari tu abiskan spageti sepinggan. Sebelum mkn spageti Adam mkn biskut bekal dia lagi pastu banana tu lagi dah nak meletup perut dia ahahha mummy seronok tgk Adam mkn byk.  Ikea ada sale skrg ni tapi kami tak masuk Ikea ramai sgt org cuma kami beli biskut Ikea mmg murah boleh beli byk2 stok bekal Adam nak bawak g sekolah .. saya mmg tak mkn biskut2 jem ni tapi anak saya mengikut bapak dia dari segi makan dan segalanya.


Pastu g beli susu coklat Adam nak letak dlm peti ais sbb balik sekolah dia nak minum sejuk2, memacam dia sekarang.  Pakai selipar je dia keluar hari tu, selalunya kami jarang bagi dia berselipar tapi hari tu dia kata kaki dia nak nafas.


Kat opis ni ada kawan yg suka makan2, suka jalan2 cari makan mmg suka share makan sana sini best dan rajin membawa saya tumpang sekaki. Itu pun saya jarang2 je ikut sbb kalau ikut dorang manjang dah rupa size mesin basuh dah kot badan ni, saya ni kan pendek je kalau gemuk mmg pat segi la.


Semalam kami g makan kat Nasi Vanggey kat Wangsa Maju, dengar cerita dari kawan2 opis ni sedap dia pengsan bangun 5 kali excited la nak try ... hmmm tapi tak kena pun dengan citarasa saya sbb saya tak boleh habiskan pun terasa muak. Petang lepas lunch semalam mata mmg melekat gam jenuh nak lawan mengantuk, sampai ke malam tak payah makan mmg kenyang dah sbb duk terasa muakkk je seharian.  Cerita kat husband dia macam berminat nak pegi try jugak, mmg dia suka la makanan mamak ni so husband saya pun rasanya nnt terjebak jugak. 

Itu je la tade modal dah nak citer ... till next entry .. Daaaaa


Wednesday, March 4, 2015

Tunggul kayu


Semalam dan kelmarin saya EL, saya mmg malas nak g keje kebetulan tetiba pulak Adam meragam tak mau pegi sekolah.  Sejak dia pegi sekolah naik bas ni dah sebulan dah, saya tak pernah hantar n tunggu dia naik bas.  Pastu pulak saya dah apply ke department baru dan dah lulus dah pun cuma tunggu boss sini nak release saya pada 15 March ni juga tgh tunggu surat.  Keje tu ada tapi tu laa lepas dah buat performance review for next mth bonus lagi double triple malas.

Sejak dah apply ke department baru saya terasa seperti tunggul di sini, kawan2 sini busy giler dan sebahagian dari mereka bekerja mmg dlm style kalut dan kelam kabut mmg cara gitu. Jangan salah faham sbb mmg dept skrg ni keje byk dan dpt pun adhoc n urgent pulak tu kena handle system plak salah key in kang mampus. Kawan sini baik2 belaka dan super fun, dorang ni kalau kita hang out lunch time g mkn2 kat luar or kat kantin opis ke kalau bersembang tade topik lain selain kerja .. see mmg dorang ni bagus takde ckp hal org cuma hal keje je manjang.

Gambar bawah tu saya masak, bila cuti saya habiskan masa kat rumah cik nah, sbb Adam balik sekolah situ.  Hari isnin saya masak tom yam putih ayam dan siakap stim semua tu ala thai.  Siakap beli kat JJAU2 mmg murah giler sekor size besar gemuk rm 9.90. Ikan kukus saya mmg menjadi sangat mmg sangat sedap ... saya puji diri sbb cik nah ckp sedap. Saya improvised letak tauhu lembut dan sayur asin, teringat masa makan kat PD last year kat kedai tu letak dua bahan tu.  Penuh bahan2 sampingan sampai tak nampak ikan, ikan kena potong dua sbb tak muat pengukus.



Bed conquerer, siap berpusing lagi mmg macam tu dan mmg suka bawak kawan2 soft toys dia reramai tidur sekatil.


Itulah dog Adam yg dia pegang tu, setelah berbulan2 duk mintak nak beli dog dan dah letih jugak mummy dok explain takboleh bela haram tetap tak paham. Akhirnya jadi la dapat jugak dog toy yg mmg persis dog yg dia nak, 



Semalam aunt Jah datang visit Adam, kalau jumpa aunt Jah mmg tak sah kalau tak mengusik walaupun begitu dia mmg rindukan auntie dia tu dan kalau dah lama tak jumpa dia akan sebut2.  Dan paling best semalam bila saya dan mamatok nah skali tunggu bas sekolah dia at least dia lega lah sikit dan bila jemput dia turun dari bas sekolah tu bukan main senyum lagi dia.  Hari ni ada sedikit mengamuk nangis takmau pegi tapi mamatok nah pujuk pegi jugak Alhamdulillah.  Mummy doakan Adam lepas ni rajin pegi skolah dan semoga lebih pandai dan jadi anak yg soleh ye.

daaaaa


Friday, February 27, 2015

Cny break

Gambar dah lama i upload tapi cerita tade, sbb upload gambar thru phone n gambar semua dlm phone senang terus upload tapi nak type kat phone adoii malas nyee. Terus lupa nak cek tgk balik hehehe lagipun tetiba busy pulak.  Semalam n kelmarin i EL dua hari tau, malas plak mood nak keje tade.

Masa cuti CNY hari tu kami tak de plan pun nak balik KB,  mmg dah agak akan jammed gila2 nih sbb org kelantan mmg penyumbang paling besar kesesakan lalulintas ke pantai timur. Ada kawan cerita dia stucked dlm jamm sampai kena bermalam kat Kuantan.  Mak cik saya 3 org balik kelantan melawat mak cik yg mangsa banjir kat Kuala Krai juga stucked situ terpaksa bertolak balik Ahad pagi pukul 3 am dan sampai KL pukul 9 am alhamdulillah tade jamm apa sbb keluar awal.

Ini gambar masa cuti CNY hari tu la, hari isnin or selasa tak ingat dah. Saja bawak Adam jalan2 situ mmg tenang je sbb kami keluar rumah awal jugak dlm pkl 10 am kot lepas bfast terus g Curve.


Memang dah rindu melampau lampau kat mama n abah insyaAllah before puasa kami plan nak balik. Susah for my husband sbb nak apply cuti mmg serba salah kan baru je keje kat kilang baru tu sebulan je.  Sekarang ni Deer byk ada training n kena byk buat persentation for bosses, sampai ke rumah dia bekerja .. sedih sungguh demi mencari sesuap nasi. Apapun jangan lupa bersyukur ALHAMDULILLAH at least ada keje dan sumber rezeki yg halal.



Nampak kat Curve macam tak ramai org tapi bila nak time lunch terasa nak makan kat Ikea Cafe la pulak macam dah dekat setahun tak makan situ.  Dalam pukul 11.45 am kot kami ke Ikea Cafe .. mak aii nak mampus ramai gila org beratur nak beli tempat duduk tatau laa ada ke tade nih, cuba gak la beratur dlm 15 minit nak marah la rasanya lamaaa gak tak gerak pun.  Kalau begitu tak payah la makan Ikea Cafe lagi merajuk.


Gambar atas tu sebelah petang balik dari Curve kami ke rumah adik ipar dia ajak pegi lepak kat rumah dia. Kalau ke situ Adam beria la nak mandi swimming pool sama jugak dgn Rayyan anak SIL dia pun sama siap nak swim sendiri tamau org pegang2 nak tiru abang Adam. PIL tido situ satu malam turut serta BIL yg bongsu tido situ jugak tinggal kami je tak join. 


i pun selfie jugak hehehehehe ... mmg hari yg panas kalau tak pakai sunglass saya boleh kena sakit kepala sbb mata tak tahan sinaran matahari lagipun dah tua begini mmg byk benda dah mula mereputs dan muka pun mengembang walaupun mkn hanya sesudu nasik.


Kami end up makan sini laa mmg panas hati masa beratur kat Ikea tu macam mustahil dah bagi kami anak beranak nak makan situ asik memanjang padat.  Nasib baik tak mengandung cuma mengandungi tahi je kalau tidak pasti baby dlm perut kempunan, kalau tahi tade kempunan apapun la kalau lemak tu mmg la memanggil2 makanan berlemak. 

Makan kat Italiannies, disamping dpt point yg boleh diconvert dlm RM and boleh deduct the next bill saya boleh makan dgn tenang sbb tak ramai orang dan paling best anak saya dpt free kids meal.


Lepas makan dah bosan kat Curve pegi OU plak hahahha mmg gila berjalan sungguh mungkin minggu sebelum tu weekend tak keluar sbb bz bawak kucing pg klinik la, basuh baju tepi sungai laa macam2 la. Kat OU tempat wajib singgah apalagi Hamleys kalau tak pun Toys r us, bukan semestinya beli tapi kena singgah window shopping je pun jadi lah for Adam.  Tak baik membazir beli toys ni baik kita simpan duit tu Adam oii.

Daaaaa

Tuesday, February 10, 2015

Demam n demam

Hi happy Tuesday, last week whole week saya demam mmg stok baring2 je tak lalu makan segala mmg rosak la plan nak g bercuti bermalam di hotel kat KL Sentral tu.  Tak kemana pun cuti lama ritu, nak buat cemano kan tapi ada baik nya jugak tak luak la duit sbb tak kuar ahahahahahhahah.

Saya baru start keje semalam Isnin, mmg lantok la kalau org nak kata apa pun sbb MC lama ke apa sbb mmg tak larat sungguh la. Selera makan baru kembali kepada ku semalam, itupun setelah teringin nak makan kat taiwan noodle. 

Kita teruskan cerita melalui gambar baru la syok sket kan, gambar bawah tu cousin saya Azah tgh rajin duk mengajar Adam coloring n drawing.  Sekarang dah jarang Adam berjumpa dgn Aunt Jah sejak Aunt Jah keje event ni sebok je manjang.




Sejak mula demam ritu lagi duk teringin nak makan taiwan noodle tapi pegi ke Ampang Point tu tak larat nak jalan. Lagipun asik terasa nak pengsan je takut pegi kang tetiba tak boleh makan plak. Mil ritu dia ngidam nak nasik lemak kukus so weekend bawak dia g breakfast byk sungguh dia makan terus sihat la hendak nya jgn demam2 lg mak dah la kena ngasuh cucu kang demam susah plak sil nak buat tuisyen tade org jaga anak dia.


Kucing saya baru beranak hari Isnin last week masa saya tengah demam, mmg tak larat nak pedulik kat anak kucing lagipun takut jangkit demam kat kucing kang naya abis duit ku.  Anak kucing baru beranak 3 ekor tak tau lagi jantan or betina, alhamdulillah senang sungguh Heather beranak ye dah la subur nak mamps asik dia je beranak yg aku ni tak de beranak2 dah.

George tengah hidu2 anak kucing tapi tak gigit pun. Kalut je nak tengok dari hari anak kucing beranak lagi duk sebok nak ngintai so bagi dia hidu baru puas ati kot.  George duk dlm cage most of d times n Popeye pulak kerap duk luar.


Diet baru kucing saya bagi raw fish diet, sejak saya baca dlm internet yg kucing ni karnivor mmg perlu di beri byk mkn daging.  Sebenarnya kibbles yg kita beri tu tak berapa bagus spt kita suapkan dorang dgn junk food.  Tin food pulak of coz ada pengawet so pilihan terbaik bagi je ikan mentah, ikan saya beli daily takde simpan dlm fridge masa otw balik keje singgah kedai beli dlm 4 ekor ikan kembong kecik tu pastu gunting2 kecik2 tak mau tulang besar lekat kat gigi. Alhamdulillah kucing saya suka sangat dan tak de muntah2 pun lps mkn ikan mentah.  Bulu pun dah bertambah shiny dan gigi lebih bersih dari makan kibbles. Tapi saya tak bagi raw diet 100% pun campur jugak dgn kibble cuma tak bergantung dgn kibble sepenuhnya macam dulu la.


Ini gambar hari Ahad lepas, saya mmg suka bawak dia pegi kedai buku sejak dia kecik lagi wpun tak lancar membaca tapi dia mmg minat sangat dgn book esp book abt shark n fish.  Memang lama duk book store sbb dia nak tengok satu2 buku kat situ, kalau dia nak beli pun i pilih jugak la yg mana yg perlu tade la dia mintak nak beli buku manjang kdg2 saya lagi suka beli.  Sekarang ni kami banyak beli buku latihan membaca, menulis n math dan alhamdulillah ada antara buku tu tak sampai 2 minggu dah abis buat latihan.  Apapun usaha tu penting dan tak mau ajar dia mengalah .. alhamdulillah sangat bersyukur dia dah byk improve setakat hari ni.


Makan pun dah bertambah selera skearang,  tak macam dulu memilih sangat itu tak mkn ini tak mkn tapi skrg kalau nak bagi lagi selera kita suap la mmg confirm abis.  Kadang2 kena ugut jugak nak suruh abis makan, paling berkesan bila i bgtau sepupu dia yg mil jaga tu dah tinggi dah besar dari Adam terus gelupur Adam nak mkn byk ahahahhah agaknya dia paham kot selama ni sil duk ukur ketinggian anak dia compare dgn Adam.  



Itu saja la cerita hari ni, tade modal nak bgtau dah  ... till next time
daaaaaaaaaaa