Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, April 24, 2015

Wrong turn

Saya penah berkata sebelum ini yg saya bercita2 nak pencen di kampeni ini saja, tapi itu cuma harapan saya insyaAllah kalau ada rezeki.  Selama ini saya menafikan hati ni yg tak gembira yg sedih memikirkan kenapa lagi sekali perlu mengharungi dugaan ini.  Saya mengharapkan keseronokan dlm berkerja barulah timbul keikhlasan dan sumber rezeki yg halal.

Bekerja di sini sungguh mencabar tapi tidak sehebat cabaran dari kampeni sebelum ini, jadi segala cabaran yg mendatang di sini saya tepis dgn mudah je.  Saya banyak give n take di sini dan tidak pernah berkira dlm bekerja, Pernah kena kerja kat rumah bila time annual leave, penah kena buat keje kat rumah time MC dan penah kena balik cecepat sambung keje kat rumah tapi saya gembira.  Dua tahun lepas saya terima tugas ini dgn terpaksa sbb di transfer tetiba ke dept lain yg baru yg memerlukan kita set up segala dari mula.  Terkontang kanting sesorang tak tau nak buat yg mana sbb ramai sgt report to my boss iaitu nationwide staff dept ni report ke HQ dlm 300 org in total.  Sebab ada org nampak saya sampai tak bfast or lunch sbb tak sempat so boss bagi assitant yg baik lagi hebat dan assistant saya university graduate yg baru start keje.  Kami sesama buat keje ni atur susun cemana nak bagi smooth siap boleh cover kakak secretary lain lagi. Kami sesama gembira dan keje banyak tu kacang goreng je bagi kami sbb kami ada teknik tersendiri so takde hal la.  Setelah dua tahun bersama tahun lepas saya dan assitant saya perlu lepaskan tugas ni demi memberi laluan kepada secretary senior yg tade boss, memula saya ingat dia dari HQ tapi dia dari regional.  

Sejak itu saya kehilangan teman baik saya iaitu assistant saya, jugak saya kehilangan keje yg saya amat suka.  Saya paksa diri terima keadaan ini dgn positive, assistant saya pregnant dan kontrak dia tamat ngam2 dia 9 mths pregnant membuatkan dia tak dpt tempat di mana2 dept lain dan terpaksa end up berenti dan sampai skrg dia duk rumah je.  Dia amat bagus berpelajaran tinggi dan  sangat rugi utk company kehilangan staff spt dia, tapi sapa yg nampak kan sbb boss pun tak back up kami.  Saya pula terpaksa rembat la memana dept yg sudi terima saya namun saya positive je cuba menerima keje baru tapi malangnya saya masih di dept lama cuma jawatan je tukar dan hampir 6 bln dah tukar reporting tapi kena assist pulak secretary baru yg senior tu yg tak sihat asyik MC je. Lelama di situ saya bengang dan demotivated sbb asik duk cover org je sampai terfikir 'whats the point she is here?, tak sudah dgn aku jugak" .. saya tak patut fikir cam tu sbb boss baru pun memahami keadaan saya yg kena cover keje lama dan pada masa sama buat keje hakiki, tapi saya sebagai manusia sedih dgn keadaan ini.


Gambar semasa sambutan hari raya office tahun. Bergambar bersama kawan office juga one of GM yg reporting to my boss masa tu yg mana kami juga ada assisted him dlm secretarial. GM ni baik dan senang kerja dgn dia. 

Jawatan baru di dept lama memerlukan saya bekerja dgn system so byk la saya kena attend training dan meeting dan report yg ada kena siapkan setiap pagi sblm pkl 10 am.  Kena belajar lagi benda baru byk nota kena buat berkenaan system.  Jadi kalau kena cover keja lama saya jadi stress sbb saya tak tau nak focus mana satu.  Saya juga bertambah stress sbb sudah hilang tempat mengadu iaitu assitant saya yg seperti adik sendiri.  Org lain tak akan paham betapa sukar nya dari mula kami bekerja dulu.  Tapi sekarang dah senang sbb semua travel arrangement masuk system dan ada dept lain handle kalau dulu kami buat from A to Z for nationwide staff yg ramai giler. Belum campur keje nak check and verify claim yg melambakk.  Banyak mana pun kami seronok je bekerja.



That's us masa company outing, sungguh gembira kami masa ni sesama pegi enjoy satu dept tengok wayang la, bowling la, karaoke la.  


Ini teman yg sudah berhenti, satu2 nya amoi yg very fluent in BM di dept lama kami.  Ye workstation saya di dept itu mmg cubicle sekangkang kucing je langsung tak seperti secretary lain pun kami tak kisah asalkan keje delivered.  Begitu la kami mmg tak kisah apapun sbb too busy with our own business.  

But now saya lagi sekali tukar ke dept lain, dept yg memula saya join company ni bersama2 boss yg membawa saya masuk sini.  Saya suka boss saya tu tapi saya tak directly reporting to her, kalau dulu saya secretary dia dan di celah ketiak dia but now i'm not.  Sekarang saya terdedah dgn pelbagai politik office yg bisa membunuh kerjaya saya di sini.  Dept ini jawatan saya lagi sekali bertukar dan memerlukan saya belajar lagi system lain.  Memang pening tapi saya positive pada mulanya hinggalah hari ni saya tak mampu lagi bertahan memujuk hati setiap hari.  Saya mmg dah tau serba sedikit keje dan dah sedikit sebanyak boleh berdiri sendiri tapi dlm certain2 benda saya perlu refer kpd yg lebih berpengalaman.  Tapi malangnya tak semua org sudi berkongsi apa yg dia tau, di sini saya ada satu kawan yg benar2 ikhlas membantu saya dan sentiasa memberi kata2 semangat.  Terima kasih saya kepada dia tapi yg lain telah meremukkan hati ku.  

Semoga diriku lebih kuat menempuh keadaan di mana periuk nasi ku menjadi taruhan disini.  Apapun sabar la hingga dpt beli rumah dulu kan ehhehehe . InsyaAllah kalau ada rezeki tak kemana pun, ini hanyalah sementara je sementara nak pandai macam ni laa kan.

Entry ini hanyalah luahan dan isi hati sebenar yg saya currently rasa, tak ada sedikit niat pun nak menjatuhkan sesiapa.  

Thursday, April 16, 2015

Popeye we luv u very much. RIP



Popeye our cat for 1 1/2 yrs died last Friday.  Sedih till now, terasa bersalah pada mulanya sbb nya malam sebelum tu iaitu Khamis mlm tu dia terlepas dari cage masa husband saya nak keluarkan potty.  Kebiasaannya kami tak risau pun kalau Popeye yg terlepas sbb dia mmg pandai jaga diri, tak pernah dia jalan2 jauh paling jauh pegi rumah sebelah or selang satu rumah je.  Kalau George terlepas mmg tak senang duduk sbb George lebih bodoh berbanding Popeye.  George suka jalan jauh2 mmg suka main lintas jalan depan rumah.  

Nak jadi cerita pagi Jumaat tu macam biasa la kami keluar rumah pkl 6 am, memula bagi mkn n tukar air kucing dulu dan potty dah tak tukar sbb malam tu dah buat kalau nak buat pagi2 tu mmg lambat la. Pagi tu Deer pegi bukak gate dulu nak buang sampah dan masa tu agaknya Popeye yg duk kat seberang jalan besar dia boleh dgr bunyi gate rumah mengelupur nak balik so dia lintas pakai lalu je terus bunyi "duppp".  Argghh tak boleh cerita sbb sedih sgt bila saya nampak terbujur badan dia yg agak montel tu kat tengah jalan tak gerak2 dah, saya tau kucing saya dari jauh mmg kenal sangat.  Pagi tu jugak saya gali lubang sambil air mata mencurah2 nak tanam dia sebelum pegi keje kalau tidak saya terasa tak lengkap je.  Popeye kena langgaar dgn kereta, muka dia penyek dan mata terkeluar saya tak berapa nampak sbb mata byk air mata.  Saya peluk jugak dia buat kali terakhir, cium2 badan dia dan badan terasa panas lagi sbb baru je kena langgar.  Sedih sbb dia spt keluarga saya jugak, walaupun saya sedih tapi saya tau George lagi sedih sbb masa George masuk hospital dedua tu mencari each other dan dorang tak penah berpisah.  



Kami tanam popeye depan rumah, mmg depan rumah ada ruang tanah  yg kosong hanya ada rumput je. Letak batu atas tu sebab ada anjing yg cuba gali lubang tu jadi bapak mentua ku tolong letak batu2 situ.  


Popeye my handsome cat, dia tak penah menyusahkan saya tak penah pulak dia demam teruk dan makan pun tak memilih.  Saya bagi treat ayam rebus, bagi dlm seminggu 3 kali gitu tapi kalau ayam rebus tu yg tulang2 tu la popeye suka so saya pilih tulang bagi dia tapi sekarang bila tgk tulang ayam je sedih plak mikirkan kucing lain tak reti mkn tulang ayam.  

Gambar2 Popeye dan adik beradik dia masa kecik dulu,  mak dia Molly Ball dah setahun hilang. Sekor adik beradik dia Douglas bagi kakak kat opis ni pastu lagi 3 saya bela iaitu Hazel, Popeye and George.  Pastu Hazel hilang pulak tinggala  dorang berdua je tu yg close sangat tu.

Masa ni tgh meningkat remaja .. mata dia juling susah skit nak focus tapi lelama okay.  


Gambar sekarang dah besar, dorang sentiasa berdua dan makan minum tido berdua rapat2. Sekarang George asik duk meowing cari Popeye , dah dekat seminggu George tak lalu mkn asik menung di bucu sangkar.


Sejak dari itu semua kucing tak simply2 lepas bebas dah, kalau nak berjalan kena pakai leash.  Memang dah hilang kepercayaan pada mereka mmg dorang ni tak paham bahaya kan dorang ni kucing je.  Sekarang kucing saya in total ada 6 ekor jela dan saya bercadang nak bela semua tak nak bagi org la.


till next time
daaaaaaaaa





Monday, April 13, 2015

Backdated story

Entry ni sepatutnya dah lama siap tapi letak gambar pastu terbiar lama.  Gambar sekitar last week weekend.  Nak buat entry kerap tapi tak dpt dek kekangan masa dan jugak dek mata2 org sekeliling duk memerati.  Tah la bila sampai kat rumah nak bukak laptop alahai malasnya baik duk layan Adam sembang dgn pelbagai cerita dia kat school.  After office hours limit je masa dah la sampai rumah dah lewat pastu mana la nak layan anak nak layan suami nak layan kucing.  

Ada cerita sedih last Friday, menganggu kegembiraan dihari minggu nanti la saya buat satu entry lain just for this.  

Kami ni tetiap minggu g membasuh kain di tepi sungai, selesai membasuh je mesti akan melencong ke Ampang point dgn tujuan yg satu iaitu nak makan Taiwan noodle n Korean meal mmg bantai dedua skali.  Baru2 ni terperasan Sangkaya ni sbb dah ramai jgk org duk show off kat blog la kat IG la pastu bila sekali try pengsan sedap.  Dah tambah lagi satu dlm menu weekend ice cream ni, dah la makan dlm tempurung mmg sedap n refreshing la mmg tak cukup satu. 



Kat Ampang point tu mmg suka giler situ, kalau tgk dari luaran mmg macam tade apa je kan tapi selain restoran kegemaran, ice cream kegemaran pastu tambah lagi ada kedai kain kegemaran ahahahah dan kali ni saya beli kain tu dua kayu gulung tu.  Satu gulung tu 8 meter dan saya beli 2 corak je nak buat cadar sendiri.  Harga macam biasa la murah je RM 10 per meter, dan semalam pegi ke Spotlight the Curve ada lagi murah RM 5.99 per mtr tapi saya tak beli la kang tamak lak lagipun tak kayo la saya tade duit asik nak borong kain je pastu kain baju raya tak beli2 lagi.




Gambar kami wefie dua beranak, lepas makan Adam happy sangat dan senyum sangat lebar. 



Singgah Hamley jap ... itu je la hari minggu di minggu lepas. Weekend semalam citer layter la.


till next time
daaaaaaaa



Thursday, April 2, 2015

takde tajuk

Semalam kencohs kan semua org duk perkatakan GST tak abis2 lagi , biasala mula2 mmg kalut sikit nanti lama2 benda ni dah stabil semua ok la kan.  Saya pun terkejut jugak sbb makan mamak pun ada gst adoii benda baru pastu melibatkan duit mmg la perkara sensitif kan.  Saya ada upload gambar resit entry smlm tu kat IG pastu tetiba ramai plak duk up status pasal simpan resit la apa kalau tak lanting2 je resit tu.  Terasa plak i ni sbb i pun duk ambik gambar resit gak ehehehh tak tentu hala mmg makan cili, ala tapi yg duk up status tu pun apa kurang nya dah macam pakar ekonomi plak. Ehh cukup2 la pasal gst nih, hati ni dah boleh terima dah redhooooooooooo je la cakap banyak pun tak guna.

tade banyak modal nak cerita ni, bawah ni gambar Adam bersama reward dia yg pertama sempena dgn dia boleh membaca. Ala merangkak je membacanya tapi jadi laa kan, kami mak bapak bersyukur dah ... Alhamdulillah.  



Gambar tengah tunggu bas, masa ni saya ada keje luar alaa luar opis je pun dekat area KL jugak. Pertama kali la join aktiviti keje luar ni so hari tu katanya start keluar pkl 11 am jadi banyak la masa nak layan anak pepagi spt siapkan dia g sekolah pastu teman tunggu bas.  Walaupun nampak macam tade apa tapi anak saya dah seronok dah ... hhmmm bestkan kalau tak payah keje tapi apakan daya tak mampu la nak menampung perbelanjaan yg mahal. 


Eh itam nye lutut Adam, mummy lupa nak letak losyen. lelaki tak pe la berkerak sket baru jantan kan. Tapi walaupun lutut itam tak bermakna malas nak mandi yer.


Sepupu belah papa, cucu kedua mil dah besar dah n yg ketiga dah ada pun dlm perut .. bkn perut saya tapi perut adik ipar laa.  Subur nau adik ipar saya tu pantang sebut nak je dapat sebut tak nak je tak de, hebat sungguh.  Gitulaa rezeki memasing kan elok la beranak ramai dah itu rezeki kan daripada jadik cam saya ni tadok hampeh seb baik ada Adam kalau tak sudah tentu di cop pompuan mandul oleh org ramai.


Poyo kan buat homework kat kedai mamak uolss, sementara semangat nak jadik org pandai nih tgh meluap2 elok laaa.  Sebagai anak tunggal usaha kena lebih ye sbb tade yg lain boleh mak pak harapkan.  Jangan marah ye kalau kena paksa suh buat latihan jeghhh.


Sebagai seorang mak yg tak kayo dan perlu memikir masa depan anak yg seorang itu maka mak nye kenala mulai hari ni berjimat cermat dan berbelanja penuh berhemah.. Gambar atas tu baju yg saya beli dgn harga RM 9 je hehehhe bangga ye lagi2 beli sebelum gst.

Itu je la untuk hari ni
till next time Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Wednesday, April 1, 2015

Happy GST ing

Hari ni dah pun bermula GST, suka atau tidak kena hadap jugak kan. Bermula hari ni paksalah diri terima dah tu nak buat cemana kan. Harapan saya semoga saya naik gaji 70% lepas ni.


Pagi tadi pegi makan kat tempat biasa mamak sebelah Giant Setiawangsa dgn auntie saya. Ohh saya EL lagi hari ni sempena menyambut hari permulaan GST. 


Makan sebelas ringgit pastu kena GST 65 sen. Tak pe laa memula kekok sket sbb biasa mkn mamak mind set tak mahal kot. So lepas ni kalau lagi mahal mkn lagi mahal la charge gstnye. Semua bill2 lepas ni ada tambahan 6% tak leh nak kata apa la. Semoga gst dpt bagi manfaat kpd negara kita. 


Gambar makan2 sblm gst bermula. Makan hari ni kenyang setahun. 


Till next time 
Daaaaa

Monday, March 30, 2015

Donut and Matthew

Kucing kesayangan ada ramai tak terambik gambar memasing, cuma mana yg sempat je dapat update sini. Nak kata ramai sangat tu tidakla, buat masa sekarang ni ada 3 adult cats, 1 teen cat and 3 kittens. Dulu ada ramai lagi sbb ada dua emak kucing tapi skrg ni tinggal satu je iaitu Heather, lagi satu Molley ball dah lama hilang tak pulang2 ke rumah. Kalau bercakap pasal kucing hilang mmg kejadian biasa kot kat area rumah in laws saya tu. Sejak duk situ dah 4 ekor kucing saya hilang dan 2 ekor kucing mak mentua hilang tapi dia punya sebelum saya duk situ lagi dah hilang 2 ekor tu so total kucing hilang dlm masa 5 tahun ni dah 7 ekor ... jenis keluar rumah tak balik2.  

Sebab itula kucing saya hanya lepas main2 kat luar bila saya ada kat rumah je, kalau nak pegi keje saya letak dalam cage.  Kesian tu kesian la tapi lagi kesian kalau hilang sbb sesat ke, org vietnam ambik buat lauk tak pun dapat kat org psiko pastu dera dia ke, tapi kalau jatuh ke tangan pencinta kucing tak apa saya redha je.  Area taman rumah mentua saya ni ada je renovation dan mmg time2 org buat renovation tu ada je satu kucing akan hilang mmg tak baik syak kan tapi baru2 ni jiran mentua ada bagitau org yg keje baiki rumah tu tanya dia 'kucing sapa ni nak ambik boleh?' sejak itu kucing hanya boleh lepas keluar hari Ahad  je itu pun bila i ada kat rumah la. Kucing yg org tu tanya jiran tu George la, dia biasa jinak dgn strangers.

Gambar bawah tu kucing saya yg diberi pada Cik Nah auntie saya tu, sebelum ni auntie saya ada bela kucing tapi dah mati tahun lepas. Sejak kucing dia mati dia mmg nak cari kucing yg color sama macam kucing dia dulu. Kebetulan ada sekor anak Heather ni pada mulanya ada kawan nak adopt katanya dah lama kami simpankan tak ambik2 jugak . Anak Heather ni color pun sama dgn mak dia jugak 'tortoiseshell' female cat umur dlm 6 mths nama diberi oleh Adam Donut. 


Donut masa memula bagi kat Cik Nah dia tak friendly langsung, dua minggu dia takut2 tapi sekarang dah okay cuma dia kurang manja sikit.  Elok la Donut tu duk dgn Cik Nah boleh la jadi teman dari duk sorang kan.  Semalam kami bawak Matthew ke rumah cik nah atas permintaan cik nah jugak nak tengok kitten baru tu.  Kebetulan Mok iaitu nenek saya ada kat situ kemain seronok la mok yg dah lama tak main2 dgn anak kucing dan saya yakin sangat mok mesti rasa rilek dan tak stress kalau tak mok asik laa duk membebel kata kami tak sayang dia.  Mok saya dah berusia 86 tahun dan mmg perangai org tua gitu suka bebel2 n pikir bukan2 maybe dia stress sbb semakin berusia semakin tak larat kan.  Matthew tu cik nah macam nak bela tapi tak termenang tangan la kot sbb dah ada Donut n rumah cik nah kecik je.  Saya offer kat cousin dorang nakk tapi malas nak bela, apalaa org muda mmg suka keluar2 nnt kalau bela kucing terus terbiar baik tak payah.

Donut semalam jeles dgn Matthew langsung dia sembunyi celah kerusi pastu kalau keluar asik duk hissing2 je marah.  Adam mmg seronok sangat sbb kat rumah mil dia tak bebas nak main2 dgn Matthew.  Baru2 ni dia bawak masuk Matthew dlm rumah pastu bergaduh dgn cousin dia Rayyan tu berebut kucing. Well budak2 kan mmg gitulaaa tak payah la sesusah nak cari sapa salah sapa betul kalau dicari kita yg biol.

Matthew pun asik duk kepit dgn Adam, and kucing mmg suka budak2 kan kalau adam pegang Matt terus lembik manja.



Ni gambar kat PetCare Clinic Melawati masa gi beli makanan George terserempak dgn furry fren gemok n baik ni pun sama lembik je manja.  Bagus clinic ni dia letak makanan n air selambak kat luar utk stray cat yg lalu lalang.  Rasanya kibble tu Hills or Royal Canin baik betul kan semoga bisnes dorang terus maju la harapnya.


Sejak Donut duk dgn Cik Nah ni semakin rapat la hubungan Adam dgn Donut.  Dlm gambar atas tu dorang mmg berkepit lagi2 kalau Adam minum susu Donut suka la datang dekat2 sbb bau susu hahahha teringin kot sbb tak puas menyusu.


Ini pulak gambar throwback Matthew masa umur masuk ke 2nd weeks dan baru bukak mata .. tembam kan tapi bila besar sikit skrg muka dia tirus dah.  

Okayla till next entry Daaaaaaaaaa



Monday, March 23, 2015

On Monday

Hari ni kalau sampai opis lambat tu biasa la kan, seminggu cuti sekolah heaven je jalan raya dan ramai je opismate sampai office awal and on time.  For us no effect at all pun sebab i normally reached office at 7.30 am and by 8.30 am i already taken bfast and ready to start work dah see how positive i am rite now but cannot promise for how long mungkin selagi tak ada pematah semangat.

For my son today hopefully no drama no cry cry little boy lagi sebab semalam i dah bagi kata2 semangat pada dia dengan mengambil contoh dari sepupu dia kat kelantan Danish yg sebaya Adam.  Contoh yg baik kita ajar dia contohi dari awal lagi macam Danish ni rajin betul g sekolah tak ada langsung drama nangis2 malas nak ke sekolah sejak awal sekolah lagi dah rajin dah la Danish tu baru je start skolah tahun ni tapi dia cepat pick up tau.  Adam bersemangat la nak beat Danish dan nak jadi rajin n pandai macam Danish.  Gambar bawah tu Adam dan Danish last year masa balik kampung, dia cepat ngam dgn sepupu dia tu kalau gaduh tu tak dela sampai tumbuk2 just merajuk2 gitu la maybe balik pun kejap je kot kalau duk lama maunya gaduh gak nih.  Lagipun Danish ni cepat mengalah sbb dia dah jadi abang kalau Adam tu anak tunggal dia macam lebih manja lagi dari Danish dan jelas la nampak Danish lagi abang dari dia walaupun dia lagi tua sebulan dari Danish.  Adik Danish nama Danisha tak ada dlm gambar dan dia tu mmg taiko laa tak padan dgn pompuan hebat dia boleh kalah kan abg dia sekelip mata je ,, macam2 la budak2 ni kan.  



Gambar kat sekolah masa perjumpaan parents n teacher last year jugak.  Anak saya small frame dia la paling kecil dlm kelas harapan semoga jadi lebih tinggi bila besar sbb cita2 nak jadik tinggi macam Justin Bieber ahahah besar pengaruh Bieber.


Weekends kami spend kat rumah Cik Nah dari Sabtu dan Ahad, sebab kat rumah SiL nak datang berehat dan bawak anak dia.  Sekarang SIL i mengandung lagi dan dia dah pindah umah last year tapi area dekat2 rumah PIL je la sbb senang nak antar anak dia situ kan.  Since mengandung ni dia byk datang berehat kat rumah PIL so kami tak mau la ada kat rumah bila dia dtg sbb takut Adam kacau anak dia dan MIL yg pening nnt gaduh berebut barang.  Anak SIL tu dah pandai berebut barang n merajuk skrg dan juga pandai dah ngamuk kalau tak dpt barang dia nak so kerap jugak la bergaduh dgn Adam nak main Lego.  Mainan Lego tu mmg dah larang Adam main kat bawah tapi tulaa budak kan mmg dia tak dengar nak pukul pun sian dia plak tade privacy tempat dia main nak tak nak bawak la keluar umah kalau tak ke rumah Cik Nah kitaorg pegi la jalan2.  

Semalam kami lepak situ dan Azah my cousin yg Adam panggil 'auntie princess' la konon datang situ jugak lepak2 dan masak2.  Seronok reramai n harapnya cik nah tak bosan la kami kat situ, ini semua sementara je nak dpt rumah.  


Menu minum petang hari sabtu, jagung rebus je tapi sedap sbb kami mmg suka jagung tu rebus n makan begitu saja lebih sihat dan lebih sedap.  Teh Earl Grey yg dpt free daripada husband saya pegi training kat hotel ehhehee i mmg pesan kalau ada tea best macam TWG or Harrold Tea or Ronnefeldt bawak la balik kan... mmm kalau korang tak tau la buat gini ke tak tapi i mmg ambik.  Kami tak byk duit nak beli tea mahal2 tapi kami suka minum tea mahal. Tapi ada jugak org bagi tea mahal tu biasa nya dari boss2 kami la yg tau kami suka.


Ini gambar minum petang semalam, keledek chips tu sbb beli keledek jepun kat Tesco so nak try goreng instead of rebus or bakar je tapi turn out tak berapa cantik dan serap byk minyak.  Cekodok tu Azah yg nak sangat hinggakan sanggup redah hujan g Giant Setiawangsa beli pisang semata. Teh tarik tu pakai serbuk teh biasa yg cap org kampung beli kat kelantan tapi sedap tauuuu.  Berbalik pada keledek tu walaupun berminyak tapi sedapp ye rasa manis2 je dan pasal minyak tu tak pe sbb pakai minyak jagung so pejam mata kata sihat la kot.   


Ini pulak saja nak promote CD mixtape yg husband saya n gang dia usahakan selama ni, husband saya bukan artis pun tapi punya passion into music maka terhasil la CD mixtapi bersama kawan2 dia. Lawalah familia ni ramai la dan ada yg dah jadi artis spt Lawanie Gang tapi yg lain2 tu tak pasti la sapa lagi pegi mainstream.  Kalau berminat CD ni boleh la cari kat You Tube dengar or nak beli bitau la nnt saya tolongkan. RM 15 hengget je satu ye.



Saya baru mencuba air berherba ni dari kedai sensei cina kat Tesco, memacam air herba dia ada, InsyaAllah halal sbb air herba je pun i dah tanya dia ada campur bahan tak halal ke dia kata tade apa just jus biasa yg dia process secara semula jadi mmg sesuai utk vegetarian tegar sesuai jugak utk muslim.  Dari duk beli coke yg manis tu baik i beli air herba ni.


Sejak dua menjak ni macam tak cukup rehat dengan terkejar sana sini maka i dah tukar multivitamin biasa to multivitamin with action Omega.  Campur plak dgn B complex mmg berselera makan tak hingat lately. Pemakanan pun kena jaga jugak only makan benda sihat dan less fast food dan tak mau minum air soda lagi.  Adam pun makan dua jenis vitamin jugak skrg satu multivitamin dan satu lagi fish oil.


Vitamin Adam, sebab dia picky eater dan kurang makan tapi byk minum susu. Tak kisah la kalau org kata tak baik mkn byk vitamin for kids tapi sbb payah sgt nak dpt dari natural source dek kerna memilih mkn yg terlampau.

ehh panjang nye citer .. ahh lantak la kan dah tu kalau skali ada peluang baik kita buat sekali harung je cerita kan.  Tak suka tak pe tak kisah pun.

till next time
daaaaaaaaaaa