Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, July 26, 2011

23 mths old - Adam d picky eater

Ohh yes i'm a mother yg obsessed pasal anak sendiri sbb i mostly blog abt him je. He turned 23 mths today, i'm happy mother coz he's a healthy and happy boy.

he hates stroller now .. maybe not cool la duduk kat dlm tu macam budak kecik. Look at me i'm bored okay.
My superhero diary. kena take a note nih minggu nih berlaku kekacauan dia utara jepun dan ultraman mmg dikehendaki membantu.


Adam is a picky eater, refused to eat but never refuse to play. He can play for the whole day, i mean imitate ultraman (penat okay imitate ultraman sbb kena lawan sorang2) ke and running here and there around d house for the whole day. Tak lapar ke dia, bila nak bagi makan je dia lagi laju lari sekeliling rumah sambil jerit2 dan tutup mulut dia tak nak makan, padahal masa tu i baru je pegang mangkuk nasi dia blm lagi i sua kan sudu ke mulut dia. Walaupun tak berapa nak makan Adam tetap sihat dan jarang sekali demam or selsema .. Alhamdulillah. semalam masa check up 23 mths berat Adam dah 11kg, okayler tu drpd hari tu berat badan Adam jadi drama keluarga kami sbb dr kata bahaya asik turun naik je tade zat seimbang utk membesar .. tapi berkat usaha mak bapak atuk nenek pakcik makcik duk suap Adam makan berhasil juga. Opah Adam lagi ler double triple sentap nye cucu dia kurus, katanya tade dalam sejarah keluarga dia termasuk anak2 dia semuanya montel2 dari kecik bawak ke dewasa skrg nih. Dah dewasa pandai2 ler Deer adik beradik berhempas pulas diet nak kurus. Hiksss Deer jgn marah :D




Ultraman terbabas, bosan tunggu giliran nak jumpa Dr. "Look at me again, i'm bored okay". Memi help me, i wanna go home.



Until today he still lactose intolerance baby, cuba bagi makanan yg ada sumber susu lembu je mesti dia naik ruam. Kalau tengok kaki Adam nak pengsan, berbintat2 parut kesan dari alahan pemakanan dia. Bila naik gatal2 dia garu sampai berdarah lagi laa berparut yg tak garu pun ada parut hitam .. ntahlaa dah ler kaki Adam tu mmg hitam dah sental pun hitam jugak. Nasib baik ler Adam tu lelaki kalau pompuan kesian ler besok kaki bintat2 cam tu mmg buruk ler. Tapi disebabkan memi nih tak leh terima kenyataan kaki Adam berkerak dan berbintat maka memi tak putus2 bubuh lotion dgn harapan kulit Adam walaupun berparut tapi lembut nyer selembut sutera.



Semalam ada insiden pasar malam heheheeh .. begini ceritanyer walaupun Adam dah jadik Ultraman dah boleh berlari bagai tapi tetapla jugak nak berdukung bila ada org ramai2 tak mau jalan, jadik bagi ler bapak nye dukung dlm pasar mlm tu pastu masa nak balik tu Deer ckp kat i 'isshh berat btul Adam skrg nih yer, sampai basah baju papa berpeluh dukung Adam' masuk dlm keter Adam tak mau duduk kat seat pastu i pegang dia nak angkat mak aiii basah nyerrr pampers dia bocor laaa so i bg tau bapak dia 'peluh papa tu air kencing Adam ler, pampers dia bocor' hehahahhahahahah konon bapak dia feeling2 anak dia dah montel.


till next time
daaaaaaaaaaaaaaaaaaa






Thursday, July 21, 2011

Happy Birthday to ME

Today is my birthday .. i'm 32 years old today. I know that i'm gettin older from day to day and i look older :( .. Eventho i don't have enough money to go face lifting, nose job, teeth restructuring, botox etc2 i still can look at myself and still happy with what i have. No party, no celebration .. just me and my small family we will celebrate la kecik2 as long as Adam ada dah jadi party everyday at home. Deer wanna treat me at my all time favourite restaurant Sushi Zanmai jegh pun bkn hotelsss .. oh puhlisss i'm not demanding Deer, sushi zanmai sudah cukup terlebih bagus buatku.



Sebab dah tua maka saya tade gambar paling terbaru sbb tak boleh terima hakikat bila ambik je huduh maka baik tak yah ambik gambar langsung. Tapi adala gambar yg tak berapa baru .. tadelaa ambik gambar ni 5 thn lepas tapi bln march hari tu mudalaa beberapa bulan dari skrg nih. Hehhe jadilaa feeling2 nak letak gambar sendiri sambil berkata wahhh-gojesnye-aku .. hiks.
Gambar birthday cake bukan i punya ambik dari google jeghh, i tak brapa suka makanan manis tu pasal laa hidupku ini macam kerap pahit sahaja. Diharijadiku ini aku bersyukur kepadaMu Ya Allah di atas kurniaan mu kepadaku selama ini dan semoga selepas ini saya menjadi hamba yg beriman dan menjadi contoh yg baik buat anak ku dan juga dimurahkan rezeki serta dilindungi .. bak kata abahku pula dihari jadiku ini dia berdoa semoga aku terbuka pintu hati utk bertudung, dan diriku berkata InsyaAllah semoga aku akan bertudung satu hari nnt dgn penuh keikhlasan bkn sbb tetiba aku timbul niat nakjadik fashinista versi pakai tudung sbb rambutku huduh .. iye rambutku mmg masalah utama sbb aku huduh (cam perasan aku pakai tudung tu lawa) hik apa2 jelaa.






till next time Daaaaaaaaaaaaaaaa






p/s: thank you to everyone yg wish me a b/day, really appreciate that you guys remember my b/day hehehh tq again.

Friday, July 15, 2011

Saya Menyesal

Seperti sedia maklum yg saya bebelkan selama ni bila suami saya o/station saya pun tumpang rumah pil di kepong dan menaiki komuter ke tempat kerja. Biasanya saya memandu sendiri ke stesen dan terus naik komuter sampai ke tempat kerja saya di KL sentral. Tetapi saya ni tak pandai budget tren sampai pukul brapa nak keluar rumah pkl brapa maka saya pun lewat sampai ke tempat kerja sudah la selama ni saya mmg lewat pun. Pastu nak memburukkan keadaan lagi saya membuat keputusan sendiri balik seawal pkl 5 petang yang mana tak pernah lagi mana2 staff lain di tempat kerja saya buat (kononnya selama ni saya balik lewat tu boleh kaver laa KONONNye) .. tetapi saya beritahu mgrs saya bahawasanya saya pulang awal (tah laa dorang ni iyekan aje tah paham ke tidak tak tau la).


Maka semalam saya kena marah ler sbb balik awal dan datang lewat dalam kata lain saya telah melanggar disiplin, walaupun saya beritahu dia yg saya dah beritahu mgrs saya tapi katanya tak boleh sbb ada org tak bersetuju dgn tindakan saya itew dan telah merepot kepadanya. Maka saya menyesali perbuatan saya itu dan saya ingin berubah menjadi pekerja contoh terbaik di tahun hadapan. Selama ini saya tidak sedar bahawasanya saya telah menyusahkan org sekeliling saya bila saya pulang lebih awal dan datang setiap pagi lewat. Saya bersedih hingga ke saat ini, dan saya dgn sepenuh hatinya ingin berubah menjadi insan yg lebih baik kepada masyarakat sekeliling (1 Malaysia). Pagi tadi saya sampai awal sebelum 8.30, semoga saya terus begitu hingga lah saya berenti. Petang ni pun saya tak nak lagi balik lambat nnt ada org marah saya balik lambat .. jadi saya telah berazam utk keluar dari ofis pukul 5.30 dan paling lewat pun 5.45 .. saya janji tak nak menebeng lagi kat sini lama2.


Entahla hujung bulan ni saya dpt bonus ke tidak tak tahu laa, tetapi saya tidak kisah semua itu yg penting saya MENYESALI perbuatan saya itu. Setiap tahun bila hampir waktu nak dpt bonus je mesti saya kena panggil atas sebab2 tertentu dan akibatnya saya tidak pernah dpt banyak bonus ... tapi nasib baik gaji saya tidak dipotong .. Alhamdulillah (sambil tadah tangan spt nabila). Saya bersyukur dgn apa yg dpt selama ini sepanjang saya bekerja disini, thn lepas kampeni bagi saya allowance parking hampir menitis air mata saya gembira menerimanya walaupun jumlah nya kecil yg penting saya BERSYUKUR. Pernah satu kali bila saya menerima kenaikan gaji yg lebih sikit dari biasa .. (pada saya besar jumlah nya walaupun kecil aje pada org lain) hampir seminggu saya menangis tidak percaya (hinggakan ketika saat saya menaip ni pun bergenang kembali air mata saya) menerima hakikat saya naik gaji. Sebelum saya kerja sini dulu bonus saya sikit je, perform ke tak perform ke yakni dibenci cerca hina pun dpt jumlah sama je iaitu sebulan dan kadang2 tak dapat .. tu pasal la saya sayangg sangat kat tempat kerja saya skrg ni walaupun saya tak pernah dpt 4 bulan bonus macam org lain yg bagus berkerja .. payah nak jumpa kampeni cam ni tau. Tak payah ler citer pasal bonus lagi ni haa terharu saya .. lagipun gaji saya sendiri selama ni pun tak abis pakai (heheheh).


Dengan ini saya insaf dan ingin berubah dan semoga selepas ini saya lebih pandai bekerja dan lebih rajin serta patuh pada peraturan dan lebih berdisiplin .. saya berjanji tak mau mc2 lg dah (ehhh kerap ke aku mc ... jap beru beberapa kali je) tak pe laa saya mmg bersalah sbb dah guna mc beberapa kali thn depan kalau boleh tak mau MC lagi dah kalau tak perlu. Dan juga semoga selepas ini bos saya lebih berpuas hati dgn prestasi kerja saya .. saya sudahi dgn Wabillah hitaufik wal hidayah wasalamualaikum warahmatullah hi wabarakaaaaaatuuhhh.



p/s: saya benar2 insaf dan menyesal dan saya tak tipu .. inilah luahan hati saya y sebenar. Tak sempat la nak cari gambar2 letak buat hiasan sbb saya tgh bersedih ni.

Tuesday, July 12, 2011

Adam 22 mths .. Ultraman fever

Lama tade update, terus terlupa jugak nak update Adam 22 mths. Adam turned 22 mths on 26 June cam biasa laa perkembangan Adam skrg ni selari dgn umur dia. Baru2 nie dia dah pandai bertukar jadi Ultraman, siang malam nak tgk dvd Ultraman .. sangap memi n papa tgk org pakai sarung tuh.


Memang dia selalu jugak tgk citer Ultraman kat Astro ceria tapi satu hari tu tetiba je dah feeling lebih sampai terbawak2 nangis bila ultraman habis pastu papa dia pun layannnnn bawak pegi beli dvd Ultraman kat Speedy area rumah. Bermula saat itulah rumah kami bertukar jadi rumah Ultraman. Sekarang ni kalau duk diam2 pun dia asik buat gaya Ultraman fire 'donosor' ... yg jadi 'donosor' tu memi dan papa la. Selain 'bobot' transformer Adam dah mula mengumpul patung dan dvd 'Otomeng' plak.



Hari tu sebelum terjebak demam otomeng nih Adam jatuh tangga, tapi satu anak tangga je .. mmg careless le memi n papa nih masa tu Adam ngamuk2 tak tentu hala tak tau nak apa pastu tak mkn pujuk plak tu. Dia main2 kat area tangga tu, tade sapa perasan camana dia jatuh tapi memi ternampak dia jatuh kepala dulu ke lantai .. ngeri sbb ada bunyi 'tap' eeei . Lepas jatuh tu dia nangis kejap je tade muntah2 or merengek ke terus macam biasa dan tido pun cam biasa, tapi memi takut betul mlm tu memi yg tak leh tido sbb duk tgk Adam je, bengkak kat kepala dia besar plak tu. Tapi esoknya tu memi bawak gi hospital jugak nak cek kepala dia .. memi bawak gi Tawakal terus jumpa dr Kishore dan x-ray .. ada sikit retak tapi tak de apa pun dan boleh baik sendiri tak payah letak ubat apa .. Alhamdulillah. Tade plak gambar x-ray Adam tu nnt nak ambik letak sini so boleh tgk in future.


ini Adam kat rumah opah .. skrg ni kalau sesapa solat dia mesti ikut skali pastu tunggu nak salam dan suka ajak berdoa .. Owh kami skrg ni menumpang rumah mil ehehhe deer o/station.



Tu jelaa ceritanye tade apa yg menarik dlm hidup saya kecuali anak saya Adam .. till next time daaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: kucing saya molley ball dah beranak buat kali ke 2, anak dia persian 3 ekor dan comels serta montok. setakat nih anak ball sihat .. dah pandai dia jaga anak.

Tuesday, July 5, 2011

Termite

Rumah kami ada anai2 sejak sebulan lepas, mula2 i perasan sikit je pastu tak tau yg itu anai2 so buat tatau jela. Seminggu kemudian ia merebak berganda2 sampai merebak ke 4 bahagian dlm kabinet dapur. Masa i nak ambil barang dlm kabinet tu i boleh dgr anai2 tu berbunyi2 .. geli, macam merayap ke tgh makan kayu ke tak tau la.


Minggu tu jugak Deer panggil termite eliminator, panggil 2 kampeni berbeza pastu survey2 harga then decide pilih Ridpest. Dorang datang cek dulu bagi quotation pastu setuju next day dtg bawak ubat dia letak dlm almari. So setakat nih dah 2 kali dorang dtg, memula pasang ubat termite dan hari sabtu hari tu lepas 2 minggu pasang dia dtg buat pemeriksaan dan tak ilang lagi termite tu tapi tak merebak la. Termite eliminator yg kami pilih ni senang tak payah tebuk2 lubang just nak letak ubat, tapi ubat dia letak dlm kotak kat tempat yg ada anai2 tu pastu tinggal je kat situ. Org ridpest dtg cek sampai abis anai2 tu dan kalau anai2 tu dtg balik kat kawasan lain dlm masa setahun dorang akan dtg lagi sbb under guarantee satu rumah selama setahun.



Ini gambar yg i ambik selepas seminggu kena serang anai2, mula2 dia dtg ada satu dua spot tanah tu je. Cepat sungguh dia buat keje. Org yg dtg cek tu kata sbb kami letak kotak, anai2 suka makan kotak tu pasal la agaknya dia cepat merebak. Masa memula nampak ada anai2 ni pun i tak spray shieldtox ke bygone ke apapun tak, nasib baik jugak sbb org tu kata kalau kita spray dgn racun tu nnt anai2 ni boleh lari ke tempat lain dan start merebak merata tempat dlm rumah.


Nasib baik dia start kat dapur so kami cepat perasan, kalau anai2 nih start kat dlm bilik store tentu kami tak tau pastu sedar2 dah satu bilik penuh anai2 agaknya. Kalau lagi byk anai2 lagi byk ler org penghalau anai2 ni charge. Sekarang ni rumah kami belum bebas anai2 lagi mungkin lagi sebulan kata org Ridpest tu, tak pe anai2 ni tak gigit org pun tak de la rasa ngeri ke apa cuma takut kalau tade rawatan menghalau anai2 ni rasanya boleh runtuh rumah kami kena gigit dgn benda kecil yg kuat ni kan.


till next time


Daaaaaaaaaaaaa

Wednesday, June 22, 2011

puasa

Minggu nih adalah minggu puasa walaupun hari isnin hari tu percubaan utk puasa gagal sbb sakit kepala sampai nak nangis so terpaksa bukak utk mkn ubat semata2, i tak mkn apa2 pun sbb dah bloated campur sakit kepala. Dalam sakit2 kepala tu balik keje bawak Adam gi KFC mkn jugak ler sket ayam, Adam ke situ nak beli 'bobot' transformers si Bumblebee tu.


Semalam puasa lagi tapi bila nak berbuka terganggu selera lari ler sbb perut ku dah masuk angin. I mmg ada gastrik dah lama tak menyerang, rasanya gastrik dah dtg balik kot cuma tak kuat je tapi selera ku punah sudah. Hari ni sebenarnya berkobar nak puasa, i dah bangun sahur tapi tak leh mkn pun rasa bloated, kang kalau aku puasa mmg kena gastrik nih so today i skip besok i sambung balik puasa dan harapnya sampai ke jumaat tade halangan ler. Kalau rajin dah sihat minggu depan pun nak puasa jugak .. harapnye berjaya ler.
Semalam berbuka dekat kedai mamak area rumah i je, memula nak mkn roti nan cheese & ayam tandoori tapi hampess tadak selera. Adam pun satu hal jugak skrg nih, payah betul memi dan papa memikirkan nak mkn kat luar dia tak nak duk diam langsung, asik nak berlari sana sini kalau disekat kehendak dia nnt dia amukkkkkkk.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Wednesday, June 15, 2011

Nangka / Jackfruit

Nangka or jackfruit hmm i mmg suka tapi tak suka mkn nangka masak begitu saja .. i lebih gemar yg masak gulai tu waaah marbelesss. Nangka putik yg direbus tu sedap gila kalau buat ulam cicah budu tak pun cicah sambal belacan ke pastu ada plak ikan bakar mmg meletup lah. Mengikut org tua2 nangka ni tak elok kalau mkn byk nnt sakit urat dan angin. Tidak tepat utk semua org tapi amat tepat sekali bagi i, sejak lepas bersalin i jarang mkn tapi pernah mkn dan tadelaa teruk sangat effectnya pada i. I jarang mkn tu sbb jarang jumpa yg masak gulai ni lagi satu kalau nak mkn tade sapa nak masak pun (sendiri malas masak) pastu mama pun asik bebel je jgn makan nangka tak elok laa bla bla terus tertutup hasrat nak mkn nangka.

gambar nangka from google.


Last week i terjumpa gulai nangka kat foodcourt sbb tak tahan tgk nangka masak lemak cili api dgn daging kot wahh menitis air liur ku terus cedok, byk plak tuh. Lepas lunch tu my frens syurei yg kuar sesama mkn dia call ckp sakit ulu hati kalau mkn nangka so i dgn bangganyer 'tadek apa2 pun aku mkn byk tadi cam biasa je' . Selang sehari baru i terasa sakit nye kat belakang mostly bila tarik nafas, makin lama makin sakit pastu hari Sabtu tak leh buat apa sbb sakit gila menyucuk2 sampai kena gi klinik ambik jab baru lega. Ekoran dari itu terus badan i ni tak sedap macam nak demam sampai ke hari nih.



Semalam i MC plak tu sbb muka bengkak akibat alergy ubat .. ubat tahan sakit yg doctor bagi tu la yg buat muka ku bengkak .. dah ler sakit2 badan muka bengkak2 mmg teruk laa kesian Adam dah ler weekend hari tu i byk duk baring je tak peduli pun kat dia pastu memi nih asik sakit je. Hari ni i dah okay sket tu pun i minum air rebusan buah manjakani (petua mama i) mmg berkesan jugak tak yah mkn2 ubat lagi lepas kes alergy tu terus takut. Lepas nih i tak mau lagi dah mkn nangka cukup2 la mmg sakit ler .. lepas nih i palang dah nangka tuh. Bye bye nangka.






Daaaaaaaaaaaaaa