Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, May 11, 2011

Korean food at home

Baru2 ni i masak korean food 'beef jap chae' wahh korean lagik .. pastu anak i suka sangat mkn tambah2, sedap kot hehheee. Resepi i ambik kat website ni, saje nak try2 sbb asik selalu sgt mkn korean kat luar baik aku try masak sendiri kan lagi jimatss tak delaa haus cam unta lepas mkn sbb masak sendiri tak letak ajinomoto. Sbb Adam suka sangat maka memi pun bersemangat nak masak lagi dan lagi serta mencuba lebih banyak lagi resepi.



First time try boleh laa tapi tersilap sket sbb i guna mihun vietnam sepatutnya cellophane noodles ala macam suhun tu, rasanya kalau pakai suhun pun boleh kot. Resepi asal pakai cooking wine tapi i replaced with apple cider, sama je rasa dia okay jugak dan byk bahan tade tapi bantai je mana ada rumah jadik je. Masakan ni tak letak garam, nak kata tawar tu tadelaa maybe masin dia dtg dari kicap yg kita marinate daging tu kot.




Ini lah mihun vietnam yg i guna tu, mihun ni selalu ada kat rumah sbb i guna mihun ni buat vietnamese roll. Mihun ni kalau kita buat mihun sup mmg sangat sedap berganda2 compared dgn mihun biasa tu. Kalau goreng hancus tak sedap terus jadik basah2 mmg tak bestlaa buat goreng.



Beef jap chae ni rasa dia light sangat cam comfort food gitu ..tak pedas dan kalau nak pedas tambah cili padi kicap tu lagi sedap pastu ada sayur jeruk asin tu sedap gak. Tu jelaa nak show off kat sini hari ni.





Daaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: Deer selalu kata macam2 ler i masak, dia pun pening tgk i try pelbagai jenis resipi katanya berangan tak abis2 tapi tetap org melayu ... elooooooooooooo i tak lupa tau masakan pantai timur tetap paling sedap didunia .. lagi2 singgang dgn budu perghhh sedap tak hingat, kang aku masak tu hari2 Deer plak tak lalu.

Tuesday, May 10, 2011

Menumpang and Happy mothers day


Minggu ni i menumpang berteduh di rumah pil di Kepong, sebab Deer o/station 4 hari. Nak duk rumah dgn Adam tapi Deer plak tak bagi katanya takut apa2 ler, bkn apa i takut org kata i ni tak independent plak asik tade laki kat rumah je menempel ler aku sana sini kalau tak rumah pil kat Keramat rumah cik Nah. Tapi setakat ni dorang ni tak penah ckp apa2 pun cuma i ler takut org lain terpkir begitu.


Sekarang ni pegi keje i naik Komuter la tak kose nak drive ke opis payah nak park keter kat sini, parking kat komuter lagi senang dan murah pastu tak byk keter plak tu pilih je nak park kat mana nak letak keter camana mengiring, melintang semua boleh. Adam mil jaga ler skrg ni, dia dah besar tak nangis2 dah sogok je dia dgn kartun kat PHDC tu sukalaaa dia. Mil plak cam biasalaa setiap hari dia pack kan bekal utk i, terasa bersalah je tapi dia mmg masak byk tetiap pagi sbb sil dan bil mmg bawak bekal pegi keje .. hehe i pun happy gak. Thanks mak ure so sweet seb baik mak ada leh tumpang kasih sayang .. mama kan jauh kat kelantan sob sob.


Owh mmg dah lambat pon nak wish kat sini Happy Mothers day to all mom .. my mama, mak and all my aunties love u all. Tapi dorang ni semua dah wish hari tu kat phone dan kat rumah sbb dah tau dorg tak baca blog.

Mothers day smile from memi's precious ...



My mama with her fake smile .. owh yg paling kiri tu Suria my bau bacang family kat kelantan ..mil pic tak penah ada yg proper sbb dia mmg tak berapa suka bergambar sama dgn my mama tapi mama i boleh paksa nnt mak pun nak paksa jugak la.

I love my mama and miss u a lotsss ( eissh terasa nak nangis laaa mamaaaaaaaaaaaaaaa).


p/s: sebulan nih Deer tetiap minggu o/station menumpang la aku lagi di mana tah lepas nih.

Thursday, May 5, 2011

Sudah setahun berlalu

Hari ni genap setahun dah pemergian adik bongsu saya arwah Nik Hanif. Dia meninggal di usia muda dan tak ada waris selepas kami kaum keluarga maka menjadi tanggungjawab kami selagi nyawa dikandung badan saya akan senantiasa sedekahkan dia Al-fatihah dan berdoa semoga dia ditempatkan dikalangan orang beriman.




Ini gambar arwah bersama kucing kesayangan dia Obie .. Obie pun dah tade.. . gambar ni sebelum mama dan abah pindah balik kampung rasanya dlm thn 2009. Masa dia sedih kot nak tinggal Obie bwh jagaan i sepenuhnya.


Cepat masa berlalu, setahun macam sekelip mata je .. saya takut makin lama masa berlalu memori kami makin pudar. Cuma saya boleh berdoa semoga Allah kurniakan saya ingatan kuat biar sampai tua pun semua kenangan semasa arwah ada tersimpan rapi dlm kotak memori saya.


Al-fatihah buat adik ku

Wednesday, May 4, 2011

Pasar

Sempena cuti hujung minggu hari tu tetiba i pun teringin nak ke pasar dekat area rumah, selama ni hanya beli ulam jelaa sbb ulam kat pasar mmg fresh.


Kat pasar ikan2 mmg fresh sungguh, macam bersinar je nampak tapi tak berani beli sbb dah set dlm kepala ikan, ayam, udang, sotong dll kalau jual kat pasar harga mahal nak mampus. Kalau beli kat Jusco mahal pon boleh collect point kan tapi pasaraya nih ada diskaun je manjang tu yg untung kalau beli situ... hehehe.


ooh berbalik pada kisah pasar td .. ada beberapa kedai situ i nampak ada salmon, terus teruja tapi takut nak tanya, takut mahal melampau .. pastu tengok2 sekeliling rata2 yg jual salmon tu peniaga cina tapi ada sorang peniaga ni baik sangat siap boleh nego2 lagi nak bahagian mana pastu siap bagi diskaun .. terus beli situ. Murahnye yg amat laah selalunya i beli sepotong salmon dlm lingkungan harga paling mahal rm18 dah paling murah dpt dlm rm 8 cam tulaa dan sekilo rm 56 lebih kuranglaa tapi kat pasar i dpt bahagian kepala ikan dan dapt byk isi (dorang tak timbang ) bagi i dlm harga rm 20 dan i dpt lebih kurang 2 keping isi yg besar. Bkn itu je i beli ikan tenggiri yg bahagian tengah ke ekor dlm harga rm 15 je dpt dpt dlm 6 keping isi 3 besar dan 3 kecil.. heehehe murah nyee dah ler segar .. salmon pun segar dan bukan frozen salmon tu.


ini sebahagian ikan2 tu .. sebahagian lagi dah masak. Kepala ikan tu i buat miso sup salmon head dan lain2 bahagian i masak bagi Adam ler. Lain kali boleh beli pasar ni jelaa .. rugi nye aku selama ni beli harga mahal melampau kalau ku tau sini murah lama dah ku dtg. Owh tetiba i berangan masak macam2 berasaskan ikan je .. hehehe i suka try resipi kat blog http://3hungrytummies.blogspot.com/search/label/fish, semua resepi kat sini sihat dan lazat. I hope blog owner don't mind if i shared the link here.

Till next time
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, April 29, 2011

Our very own royal wedding party

Kat opis i nih pkl 3 ptg siap ada party sempena british royal wedding. Party biasa jelaa kot, party nak suka2 dan rasanya tade la banner or baloon ke apa tapi ada provide makanan. i pegi jelaaa sbb boleh lari dari membuat kerja sekejap sambil suka2 bersama teman2 feeling2 kami ni socialite british .. heehhehhee






Ini email yg dihantar pagi tadi oleh party planner opis kami iaitu org HR. email ini membuat ramai org suka hati sbb hari ni kan jumaat, so bila lepas lunch mmg pikiran dah kat rumah kan .. ilang ngantuk i .. lain la org yg tade life kecuali kerja jegh.


Daaaaaaaaaaaaaaaa


Thursday, April 28, 2011

Happy 20 mths

Happy 20 mths Adam ...

Happy and healthy as always .. Alhamdulillah. Baru2 ni Adam gained another kg so berat total skrg ialah 10kg je tak pelaa kurus pun kuruslaaa kang gemuk sangat payah plak.

His development sama jugak dgn budak lain yg umur 20mths tu, dah bertambah byk berckp dah pandai macam2 dah jugak dah pandai tunjuk protes dan pandai jugak dah melawan ckp memi. Sbb dah pandai melawan maka dah selalu jugak kena marah, tapi setelah di ajar dia pandai meminta maaf dan tau kesalahan dia buat, lepas kena marah nangis beria2 memi tak pujuk pastu dia dtg kat memi said 'coyi memi' pastu cium tangan hehheh dan i tanya 'nak buat lagi tak ? Adam geleng2 kepala ckp 'nanak'. Harapnye besar besok jgn laa melawan ibubapa yer Adam.


Perkembangan paling terbaru dah pandai pegang pensil dgn betul .. betul grip macam dah teror menulis tapi tak bagi ler pensil betul kang abis dinding rumah. Owh tapi belum pandai tulis apa2 pun cuma cakar2 je laa tapi dah pandai lukis bulatan senget jela. Memi skrg berangan konon nak anak genius (hehhe muntah le mak org lain) toy Adam skrg ni kena beli yg developmental toy je .. hari tu ada beli kat satu blog tu, mmg best mainan dia dan harga murah .. nnt next entry ke bebila ke i share link blog tu dgn gambar toy tu skali.


Tu jelaa pasal buah hati pengarang jantung ku .. till next time daaaaaaaaaaaaa


Tu je


Friday, April 15, 2011

Friday

Olaa i luv Friday .. tetiba tadi tgk jam ehhh dah setengah hari laa, cepatnye masa berlalu. Last night i cooked simple dish, ayam goreng dan sayur goreng tu je tapi rasanye sedapp dan Adam pun makan byk. Dalam seminggu ni baru malam tadi jela i masak dan selebihnya asik makan kat luar je, stok makanan kat rumah byk lagi dan mlm td tengok sayur dlm fridge abis dah kecut. Deer minggu nih demam, asik nak mkn macam2 la, abis diet lebur (deer punya diet la) dari konon nak mkn soupy2 tapi pegi mkn Kenny Rogers la, KFC la pastu mamak ler macam2 laaa .. me don't like, i prefer home cooked food (ceh cam ler aku masak sedap sgt) penat kena masak tapi tak pe.


Nih gambar Adam tengah berlatih suap makanan pakai sudu. Dia dah boleh makan sendiri dah skrg ni, tapi bersepah tok sah citerlaa. Adam practice pegang sudu sambil suap2 kat Inchan dan bear siap letak stacking cup buat cawan. I letak clippo block dlm tupperware buat makanan tipu2 .. heheh macam main mak2 plak Adam nih. Yang penting dia dah boleh grip spoon properly ..tapi tumpah jugak laa.



Next week Deer tade outstation 3 hari je, me and Adam tumpang rumah PIL ler, pastu kena angkut skali our cat Molley Ball sbb kalau tidak tak larat i nak ulang2 balik rumah kami just to feed the silly cat tu. Ohh rasanya baru je i update Molley ball branak kan tapi unfornately our little kitten tu dah mati hari Rabu, makna nye 4 hari je anak ball idup. Sekarang ni rasa benci kat ball tu sbb punca utama anak dia mati adalah dia tak pedulikan anak dia .. tapi nak buat camana kan ball pun sebenarnya bodoh lagi nak beranak dah pastu tak pandai jaga anak cam tu la jadik nya. Sayang betul anak ball tu kalau idup mmg comel, anak dia tu macam baka persian putih dan lebar cam kontot tu eeiii sayang plak. Tak pelaa nnt selagi tak gi spay pasni tentu beranak lagi tu.

okaylaa nak gi lunch dah ni ..till next time daaaaaaaaaaaaa